Selamat menimang cahaya mata sulung pada 8 September lalu, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad yang kini baru sahaja dua minggu berpantang mengakui masih lagi kekok untuk menguruskan putera sulungnya.
Masih terkejut malah masih lagi kekok untuk memegang cahaya matanya, Raja Urhan. Begitu kata Uyaina menerusi satu laporan akhbar.
Malah akui Uyaina lagi yang kini dalam fasa merehatkan dirinya agar segera pulih, apa yang dipelajari sebelum bersalin adalah berbeza dan dia sendiri kini masih tidak tahu apa yang anaknya mahukan.
Malah ibu cantik manis ini juga mengakui masih kurang pandai menyusukan badan dan kekok memegang anaknya yang masih lembut.
“Saya masih tak tahu apa yang dia nak. Raja Urhan pun masih tak pandai menyusu badan, malah saya sendiri masih tak pandai nak pegang kerana dia sangat lembut.
“Kalau dia menangis pun saya masih ‘blur’. Pada minggu pertama saya agak terkejut kerana banyak benda yang saya tak tahu,” kongsinya lagi.
Ads
Menurut kata Uyaina lagi, sebelum bersalin lagi, dia sudah mempersiapkan diri lebih awal dengan pelbagai macam ilmu untuk menyambut kelahiran anaknya itu.
Tidak hanya kerap membaca buku dan menonton Youtube bahkan Uyaina sering bertanyakan pendapat dari orang terdekat. Pun begitu kata Uyaina apa yang dilaluinya kini amat berbeza.
Meskipun berdepan cabaran dalam menguruskan anak, namun Uyaina berkata dia perlu memastikan keadaannya baik sepanjang tempoh berpantang malah cukup enjoy melakukan rutin pantang disamping belajar dari hari ke hari mengenai bayinya.
“Sebelum bersalin saya memang kerap baca buku, menonton YouTube dan dengar pendapat orang lebih berusia mengenai cara menguruskan anak, tapi bila diri sendiri lalui saya hilang kata-kata.
Ads
“Dalam tempoh berpantang ini saya juga suka makanannya, bertungku, urut dan macam-macam lagi proses yang perlu saya lakukan bagi memastikan keadaan diri saya sihat,” katanya.
Melalui Instagramnya, Uyaina turut berkongsi sekeping gambar Raja Urhan yang dibaluti tuala comel selepas mandi. Memang cute!
Malah meninjau di beberapa Insta Story yang dimuat Uyaina jelas ibu yang petah berkata-kata ini amat menikmati waktu pantangnya biarpun masih kekok mengendalikan cahaya mata sulungnya itu.
Terdahulu, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan pelakon Raja Syahiran pada 20 Disember tahun lalu. Uyaina selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama, Raja Urhan secara pembedahan pada 8 September lalu.
Apabila sudah bergelar ibu bapa pastinya pelbagai ilmu keibubapaan yang harus diketahui termasuk sebab-sebab kenapa anak menangis. Antara sebab anak menangis biasanya lapar, sakit perut, kembung perut atau ada faktor lain lagi.
Kebanyakan bayi menangis apabila mengalami masalah kembung perut. Oleh kerana, tiada pengalaman, rasa cemas dan tidak tenteram sukar dibendung, apabila bayi yang menangis berlarutan hingga beberapa jam. Pelbagai cara dilakukan seperti menyapu minyak pada perut atau mendodoikannya, dengan harapan tangisan reda dan bayi kembali tenang.
5 petua elak bayi kembung perut
1. Jangan biar bayi menangis terlalu lama
Ia akan menambahkan lagi angin dalam perut bayi. Sambil dukung, tepuk secara lembut bahagian belakang bayi.
2. Sapu minyak angin
Selepas mandi atau sebelum tidur sentiasa sapu minyak angin pada bahagian ubun-ubun kepala, perut, bahagian belakang, tapak kaki dan betis. Waktu malam jangan lupa pakaikan stoking selepas menyapu minyak pada tapak kaki bayi. Jangan culas untuk lakukan setiap hari.
3. Bedung bayi
Cara balutan ini mengelak bayi mengalami kembung perut. Bedung membantu bayi tidur dengan lena dan terkena angin kipas atau penghawa dingin secara terus.
4. Sendawa
Paling berkesan untuk mengelak bayi kembung perut. Pastikan selepas menyusu anda mengosok atau menepuk bayi sehingga sendawa.
Selain empat petua di atas, petua kelima anda boleh cuba perkongsian petua daripada seorang ibu ini, Noor Azira Maswan yang menggunakan bawang merah sebagai asas untuk mengatasi masalah kembung PERUT anaknya.
Menggunakan bawang merah dan minyak kayu putih
Alhamdulillah, Allah temukan dengan petua ni
Bahan-bahan
1) sedikit bawang merah
2) minyak kayu putih
Cara-cara
-hiris bawang merah dan tumbuk sehingga lumat
-letak dalam pinggan
-campur sikit dengan minyak kayu putih dan Gaul sebati
-sapu pada keliling pusat sambil selawat dan bacaan ayat kursi
-kalau non- muslim boleh la doa ikut cara tersendiri
Tips tambahan
– beri minum air suam setiap 10-15 minit
– boleh jugak guna demahan dengan air suam sekali sekala
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tarikh bersalin makin dekat, debaran kian terasa. Ibu hamil akan mula menyediakan kelengkapan ke hospital. Penyanyi Tasha Manshahar juga sedang sibuk membuat persiapan.
Tasha yang kini sedang sarat hamil berkongsi di Instagram barangan yang disediakannya untuk beg hospital dan caranya menyusun serta mengasingkan setiap keperluan bayi agar mudah untuk dicapai apabila ingin digunakan nanti.
Tasha juga kelihatan menyediakan banyak keperluan penyusuan susu ibu.
“My hospital bags are almost ready. Masih lagi belum betul-betul complete walaupun dah last minute sangat sebenarnya ni. Ada few things lagi I nak masukkan.
“Macam biasalah kita perempuan, “incase nak guna” ? Cuma one thing je I need help, I tengah cari minyak herba **** ***** belum dapat sampai skrg.
“I tak pernah guna, tapi ramai sangat suggest minyak tu. Hopefully sempat dapatkan. Kalau sesiapa ada jual atau tahu mana nak beli, ready stock, please let me know.
“Generally, I refer blog @irine_nadia untuk prepare barang-barang ni. And ada google and gather infos from few other bloggers jugak.
PLASTIK BERZIP UNTUK KEPERLUAN BAYI
“Plastik ziplock Ikea tu mmg sangatlah membantu untuk kita organise barang-barang especially barang baby.
“Siap-siap packing ikut hari. Senang, ambil satu plastik tu ada semua keperluan harian. InshaAllah malam nanti kalau rajin, I share apa je ada dalam hospital bag I.
“So korang pun boleh la share pengalaman ATAU kalau korang tengah nak prepare hospital bag ke, bolehlah tengok-tengok sama.” #raqshajrjourney
GUNA BEG BAGASI KECIL UNTUK KEPERLUAN DIRI ps : ya, untuk barang-barang mommy, memang I masukkan dalam small luggage. Based on experiences orang lain, they said lebih praktikal dan well-organised. Ching!
Perkongsian daripada Tasha mendapat komen daripada para follower yang turut berkongsi tip dan cara penyusunan barangan keperluan bag hospital.
Baru-baru ini isteri kepada penyanyi terkenal John Legend, Chrissy Teigen mengalami keguguran selepas dimasukkan ke hospital akibat pendarahan teruk.
Ekoran daripada itu, pelakon Puteri Sarah bagaikan terpanggil untuk berkongsi pengalaman mengalami keguguran dan mengandung di luar rahim ketika awal perkahwinannya dahulu.
Menurut Puteri Sarah, 34, dia terpaksa menjalani pembedahan ketika itu bagi menyelamatkan nyawanya daripada terkorban.
“Menyayat hati. Satu benda yang harus diketahui. Sarah pernah keguguran dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul, masa itu tahun 2014.
“Ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim), lagi menakutkan..sakit perut teruk nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital.
“Apabila kena Ectopic pregnancy tak bedah cepat-cepat ibu boleh meninggal ya,” tulisnya menerusi Instagram Stories pada Jumaat lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, Puteri Sarah turut memuat naik posting isteri penyanyi John Legend, Chrissy Teigen yang baru sahaja mengalami keguguran, baru-baru ini.
Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini, kejadian tersebut terjadi pada awal perkahwinannya bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.
“Dah la masa tu baru empat bulan berkahwin, masa kena itu banyak pendarahan dalaman.
“Kalau tak cepat-cepat, dah meninggal kut. Allah masih bagi peluang untuk hidup dan lahirkan Shaikhul dan Sumayyah, bersyukur masih hidup!” tulisnya lagi.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.