Memiliki anak yang mempunyai alergi memanglah satu cabaran. Mama dan papa perlulah memahami dan mengetahui cara untuk menghadapinya. Umumnya, alergi ditandai dengan simptom seperti cirit-cirit, bengkak pada bahagian tubuh serta muntah-muntah. Bagi mengetahui dengan tepat alergi yang dihadapi oleh si kecil ujian khas akan dilakukan.
Kira-kira 15% bayi dan kanak-kanak di Malaysia mengalami alergi seawal usia dan angka ini meningkat saban tahun. Hal ini tidak boleh diambil mudah kerana ia memberikan kesan fizikal dan emosi kepada si manja.
Alahan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang luaran dan pemakanan. Mari kita kenali 5 pencetus alergi yang biasa di kalangan anak kecil.
1)Susu lembu
Susu lembu mengandungi protein yang asing buat si kecil. Sebaik-baiknya diperkenalkan selepas mencecah usia setahun. Sebarang produk yang dihasilkan menggunakan susu lembu seperti yogurt, keju, aiskrim dan dadih boleh menyebabkan si manja cirit birit dan muntah.
Ads
2)Telur Telur mengandungi protein yang menyebabkan si manja menunjukkan reaksi alergi seperti kegatalan dan tumbuhnya gegata. Si kecil yang alah telur turut alah kepada daging ayam dan spesies unggas.
Ads
3)Kekacang
Ada juga si kecil yang alah terhadap kekacang . Ia akan menyebabkan kegatalan sehingga rasa tidak selesa.
4)Ikan dan makanan laut
Bagi si alergi makanan laut, simptom yang terjadi ialah seperti sesak nafas, muntah dan bengkak pada bibir. Makanan laut seperti udang, ketam dan spesies ikan tertentu perlu dielakkan baginya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi dan anak kecil memang mudah diserang batuk atau selesema. Enam tahun pertama adalah waktu kritikal anak mudah dijangkiti penyakit. Penyebab utama gejala selesema dan batuk ialah jangkitan kuman virus.
Memang tidak dinafikan ubat-ubatan perlu untuk meredakan batuk dan kahak bagi mengelak ia berlarutan yang boleh menjejaskan kesihatan anak. Namun bagi anak di bawah usia dua tahun terutama bayi tidak digalakkan bagi sebarang pengambilan ubat.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur dua tahun sejak tahun 2007. Malah, FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur dua tahun. Manakala kanak-kanak di bawah enam tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.
Oleh itu, para ibu-ibu boleh cuba pelbagai petua untuk redakan batuk dan selesema anak.
Ikuti salah satu perkongsian ibu ini, Fazira Salleh yang menggunakan natural remedies untuk bayi batuk berkahak
Petua 1 Lemon Bath
Air suam + sebijik lemon
Sebesen air suam campur dengan sebijik lemon yang dihiris nipis-nipis. Perah sikit jus lemon dan masukkan si kecil dalam besen yang ada air.
Lemon ini tersangatlah wangi dan fresh sangat baunya. tak yah buh pewangi toilet dah.
Kalau ada mak bapak yang teringin nak mandi sekali silakan.
Muka ada senyum. Syiokk lettew!! Sepuluh ke lima belas minit untuk bagi kahak tu cair.
Petua 2 Garlic Oil
Bawang Putih + Virgin oil
Bawang putih tu racik halus-halus atau ketuk je dengan pisau. Seulas bawang putih campur dengan sesudu besar virgin oil cukup. Garlic oil ni tahan 2-3 hari. Bagi penyedut hidung, boleh beli kat mana-mana farmasi.
Ni rupa garlic oil tu
sapu garlic oil kat dua-dua tapak kaki
Pakai kan stokin dan banyakkan bersabar dan jangan lupa sapu juga dekat dada dan belakang badan. Sapu sambil selawat yaa
Petua 3 Penyedut hidung
Memula ingatkan si techik ni tak ada hingus..sebab tak meleleh apa pun. Cuma dengar macam bunyi kahak tersangkut jerr. Tapi, rupa-rupanya bila sedut kot hidung tu…BANYAKKKK yang keluar!!
Sekali kahak-kahak yang sangkut kena sedutttt keluar.
Hingus yang berjaya disedut keluar sebelum ianya menjadi kahakk!! Perasaan macam menang award!
Dah sihat, boleh pergi jalan-jalan!
Nak cuba juga, silakan ya!
Kepada ibu bapa yang nak cuba natural remedies ni, memang kena bertabah dan banyakkan bersabar.
Si techik yang tak sihat memang akan merengek dan nak berdukung je sepanjang masa. Ambil masa juga dia nak recover . Sebab si techik sebenarnya nak build dia punya imun sistem.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila seorang kanak-kanak sedang tersedak atau tercekik, ia bermaksud terdapat objek atau makanan yang terperangkap di bahagian trakea (laluan pernafasan). Ini akan mengakibatkan gangguan dalam aliran udara ke paru-paru dan akan menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bernafas dengan lancar.
Trakea adalah sebahagian organ pernafasan yang dilindungi satu injap, yang dinamakan Epiglottis. Laluan di bahagian tekak itu dikongsi dengan bahagian esofagus, iaitu laluan bagi makanan dan minuman ke bahagian perut.
Epiglottis memainkan peranan penting sebagai ‘penutup’ yang membenarkan makanan dan minuman melalui Esofagus tanpa memasuki bahagian trakea. Bagaimanapun, timbul situasi dimana bahagian Epiglottis ini tidak ‘tutup’ dengan cepat (ketika kanak-kanak sedang menelan) yang menyebabkan objek atau makanan memasuki laluan trakea.
Kebiasaannya, makanan atau objek yang menutupi sebahagian laluan trakea itu mampu dikeluarkan apabila anak itu batuk dan pernafasan mereka akan kembali normal.
Menurut Dr Ayiemahadi, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan sekiranya anak tercekik makanan ataupun tercekik permainan yang bersaiz kecil. Mari lihat video perkongsian mengenai cara selamatkan anak jika tercekik melalui akaun TikToknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bengkak susu adalah situasi yang selalu terjadi kepada ibu selepas bersalin. Rasa sakitnya tak boleh disentuh, adakalanya menitik juga air mata.
Proses ini terjadi secara semula jadi selepas bersalin dan akan berlaku selama dua hingga tiga hari. Ada yang berlangsung selama seminggu.
Namun apa yang paling menakutkan apabila ia tidak juga reda sehingga payudara menjadi merah, ibu ditimpa demam dan rasa sakit yang berlarutan. Perkongsian tip untuk menghadapi bengkak susu daripada Dr Aimi Jaafar ini boleh dijadikan panduan.
BENGKAK SUSU
Ramai yang membicarakan tentang sakitnya bersalin, namun tak ramai yang bercerita mengenai perjuangan yang berterusan setelah itu.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman 31:14)
BERLAKU SELAMA SEMINGGU SELEPAS BERSALIN
Dalam Al Quran sebenarnya telah Allah s.w.t sebutkan, mengenai perjuangan dari mengandung, sehingga akhir penyusuan, dalam anggaran 2 tahun setiap anak. Oleh sebab itu juga kenapa kita wajib berbuat baik kepada ibu bapa kita.
Namun saya ingin bercerita mengenai sakit yang dihadapi dalam lebih kurang 1 minggu pertama setelah melahirkan. Rata-rata ibu akan mengalami sakit ini, iaitu sakit bengkak susu.
Pada awal usia si bayi, susu ibu yang diterima terus adalah susu kolustrum. Iaitu susu yang pekat, paling tinggi nutrisi dan pertahanan imun. Setelah beberapa hari, dengan stimulasi yang berterusan dari bayi, susu ibu akan mula banyak.
JANGAN RISAU, BENGKAK SUSU ITU NORMAL!
Harus diingat, bahawa bengkak susu adalah normal. Namun begitu, cara tangani bengkak susu yang betul adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah yang lebih serius seperti abses, depression, dan kegagalan penyusuan badan.
1. Tuam
Tuam dengan air sejuk boleh membantu kurangkan sakit.
Tuam dengan air panas pula akan bantu untuk melancarkan aliran susu dan darah.
Boleh dilakukan secara selang seli mengikut keadaan. Namun digalakkan untuk lakukan tuam panas sebelum urutan / penyusuan. Dan tuam dengan air sejuk setelah penyusuan.
2. Urutan
Sewaktu payudara membengkak, akan dapat dirasa juga gumpalan dan benjolan pada payudara.
Letak minyak, dan lakukan urutan untuk pecahkan benjolan ini. Lakukanlah urutan berpusat pada benjolan, sehingga benjolan semakin kecil, dan seterusnya tekanan diturunkan ke arah puting. Lakukan urutan ini pada setiap benjolan yang dapat dirasakan pada payudara.
Boleh dapatkan khidmat urutan laktasi sekiranya ada di tempat anda.
3. Perahan
Seeloknya lakukan perahan menggunakan tangan (marmet), berbanding perahan dengan pam. Perahan dengan tangan boleh dilakukan bersamaan dengan urutan. Tidak perlu perah sehingga payudara kosong, hanya sehingga payudara kurang tegang.
Penggunaan pam boleh menyebabkan overstimulation dan oversupply pada payudara yang menyebabkan penghasilan susu berterusan banyak.
4. Berikan susu pada bayi mengikut kadar keperluannya (on demand)
Badan dan hormon ibu sedang belajar berapa keperluan bayi, susu akan dihasilkan mengikut demand. Sekiranya ibu berhenti menyusukan, susu akan turut berhenti.
5. Mandi air panas
Selain bantu melancarkan aliran susu, ini juga boleh bantu ibu lebih relax dan kurang rasa stress. Kawalan emosi dan stress ibu adalah sangat penting.
6. Hisapan bayi yang optimal
Pastikan juga hisapan anak adalah efektif dan efisien untuk mengelakkan payudara tidak kosong seperti yang dikehendaki. Boleh dapatkan khidmat kaunselor laktasi untuk kenalpasti keadaan ini.
Selalunya setelah 2 – 3 hari, bengkak susu akan reda, dan penghasilan susu akan terhasil mengikut keperluan (demand – supply).
Sekiranya ada bahagian yang mulai merah, sakit, dan ibu mulai demam, jumpalah doktor dengan segera. Mungkin ada jangkitan yang memerlukan penggunaan ubat ubatan.
BENGKAK SUSU BOLEH JADI PENGALAMAN NGERI
Penyusuan adalah sambungan kepada episode perjuangan sebelumnya. Jalan dan kisahnya tidak sama buat semua, namun setiap ibu yang melahirkan, ataupun tidak (induced lactation), berpeluang untuk melaluinya.
Bengkak susu boleh menjadi permulaan yang ngeri buat sesetengah ibu, jadi saya kongsikan tips ini dengan harapan ibu-ibu dapat mengatasi rintangan yang ini, ke muka surat seterusnya.
Semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan buat ibu-ibu sekalian <3