Mengajar sendiri di rumah atau homeschooling pastinya bukan satu tugas mudah untuk digalas. Seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi. Menurutnya homeschooling itu tidak mudah.
Bila ibu bapa mengambil keputusan untuk homeschooling anak, mereka harus bersedia untuk menggalas satu lagi tugas selain menjadi tukang masak, tukang sapu, tukang dobi dan lain-lain kerja di rumah yang perlu juga dibereskan.
Namun oleh kerana anak-anak yang masih lagi tidak dibenarkan ke sekolah, sudah tentunya ibu bapa mula risau dan supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran, homescholling adalah salah satu cara yang boleh dibuat.
Wawa ada berkongsi 3 syarat asas yang perlu jika ada ibu bapa yang ingin mengajar sendiri anak-anak di rumah.
Saya tak rasa homeschooling tu mudah. Sebab itu saya tabik kepada parents yang hebat homeschooling anak.
Keputusan untuk homeschooling bermakna kita setuju untuk mainkan banyak tanggungjawab dalam satu masa.
Ads
Nak jadi tukang masak, tukang sapu, tukang dobi, tukang cebok berak dan nak kena jadi cikgu dalam satu masa.
Disiplin kena tinggi.
Dalam masa yang sama, fizikal, mental dan emosi kena terjaga.
Tapi, nak tak nak, semua parents dah perlu lalui fasa mencabar ni. Demi tak mahu anak ketinggalan bila sekolah dah mula dibuka tahun depan.
Ads
Salah satu struggle yang dihadapi adalah, bila nak minta anak fokus waktu kita mengajar.
Geram oih, bila kita mula berdedikasi nak mengajar, mereka tak tumpu betul-betul. Itu. Itu yang kadang termengaum juga waktu ajar mereka.
Sebenarnya, kenapa anak susah nak fokus? Apa kita nak buat untuk tajam kan fokus anak?
Ads
3 syarat asas HOMESCHOOLING : 1. angan letak expectation yang tinggi kepada anak.
Lagi tinggi expectation, lagi mudah kita frust. Bila kita frust, kita mudah nak marahkan anak.
2. Konsisten dan rutin.
Biarlah sehari dapat 5 minit. Asalkan konsisten.
Kalau tak konsisten, penat kita nak mengajar dari peringkat awal balik. Sebab anak dah lupa.
3. Makan cukup.
Tau tak? Waktu anak belajar, otak mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk proses maklumat. Mana nak dapat tenaga tu?
Ofcourse dari makanan yang anak makan. Bagi anak makan makanan berkhasiat. Jangan lupa air yang secukupnya.
Bila jadi mak-mak ni semua benda kita nak buat. Bila dibiarkan jadi bebanan tanpa kita sedar boleh trigger stress dalam diri kita.
Sebab apa? Sebab kita tak yakin bila anak buat. Sebab kita tak puas hati bila anak buat.
Sebab kita tak sabar nak menunggu anak siap buat. Tambah lagi bila kita ada anak lelaki.
Rasa kurang percaya dengan kemampuan mereka ni.
Tapi bila kita teruskan tak letakkan sebarang harapan kepada mereka inilah akan menjadikan mereka seorang suami atau ayah yang berat tulang kepada isteri dan anak-anak mereka kelak.
Lepas makan, tinggal pinggan dalam sinki.
Lepas mandi, tak pernah sental bilik air.
Lepas tukar baju, tinggal dan sepah atas lantai.
Lepas buat kerja, sampah dibiarkan saja.
Kita tak nak macam ni. Anak jadi tak boleh harap dan risau sampai tahap mereka jadi kurang ajar.
Kita pula, hari-hari terus penat tanpa dibantu. Kanak-kanak seawal usia dua atau tiga tahun inilah kita boleh perkenalkan mereka dengan erti tanggungjawab.
Tak perlu kejar kesempurnaan, kerana mereka belajar dulu secara berperingkat sepertimana belajar berjalan, pasti akan terjatuh dulu sebelum dapat berjalan dengan baik.
Belajar dari pengalaman. Berikan masa dan peluang. InsyaAllah pengalaman tersebut akan dapat mendewasakan mereka.
Percayakan mereka dan raikan prosesnya, yakin mereka boleh buat apa yang orang lain boleh buat juga.
Bagi mereka peluang untuk menunaikan tanggungjawab untuk diri sendiri dulu seperti menggosok gigi sendiri, menyimpan mainan, letak pakain dalam bakul.
Walaupun tak sebersih dan sekemas apa yang diharapkan, namun tetap hargai usaha mereka.
Tetapkan peraturan, jadual dan jadikan rutin. Lama kelamaan tanggungjawab yang mereka laksanakan akan menjadi kebiasaan.
Dan dengan izin Allah anak akan membesar dan berkeluarga satu hari nanti dan menjadi orang yang tak menyusahkan isteri dan anak mereka. InsyaAllah
Bukan semua dari kita berada dan mampu untuk makan sedap-sedap setiap hari. Kerana itulah perlu kita didik anak-anak kita untuk berbagi rezeki. Berkongsi rezeki bersama anak-anak yang kurang senang.
Perkongsian seorang pendidik, Cikgu Fadli Salleh yang cukup dikenali ramai ini bercerita kisah anak-anak muridnya yang berkongsi bekalan buat ramai yang kagum.
Walau masih kecil namun mereka tidak berkira malah sanggup berkongsi rezeki dan bekalan yang dibawa dari rumah dengan kawan-kawan. Didiklah anak kita berkongsi.
Untuk mak-mak pula, masaklah lebih sedikit untuk dikongsikan bersama kawan-kawan. Kawan-kawan gembira, anak kita pun gembira.
IBU TERBAHAGIA DI DUNIA
Aku rasa, orang yang paling bahagia melihat gambar ini ialah si ibu yang memasak untuk bekal anaknya ini. Bekas kosong dibawa pulang dan bila anak bercerita,
“Bu, bekal tadi adik makan dengan kawan-kawan adik. Kawan-kawan adik kata masakan ibu sedap.”
Esoknya pasti si ibu memasak lagi dengan penuh bersemangat. Kawan-kawan mereka ini, bukan tak ada duit untuk makan. Tapi bila ada yang mengajak makan, mereka pakat makan beramai-ramai.
Makan beramai-ramai ini menambah selera. Betul tak? Malah, masa aku ambil gambar mereka, sempat lagi murid ini mempelawa aku,
“Cikgu nak tak? Jom makan sama-sama.” Allahu. Jujur sungguh anak-anak ini. Tiada sedikit rasa penting diri. Tiada rasa tamak dan ingin makan sorang-sorang.
Aku menyeru pada ibu bapa sekalian, kaum ibu khususnya. Jika kalian ada kesempatan untuk sediakan bekal makanan untuk anak-anak, tolong sediakan. Sediakan lebih sedikit ya.
Paling penting, ajar anak mengajak kawan dia makan bersama. Ajar anak berkongsi rezeki. Itu amalan yang sangat mulia.
Murid yang membawa bekal ini bukan dari golongan kaya raya. Bekal makanan dia pun cuma nasi goreng biasa sahaja.
Tiada apa yang istimewa. Namun sikap anak itu yang dididik baik supaya berkongsi sangat aku kagumi. Banyak sahaja murid yang membawa bekal sedap dan mahal. Spaghetti, nugget, sosej dan makanan yang lebih mahal serta sangat menyelerakan.
Namun waktu pulang, bila si ibu memeriksa bekal makanan anak mereka, lebih dari separuh bekal makanan itu berbaki. Tidak habis!
Maka si ibu mula tawar hati untuk memasak yang sedap-sedap kerana seringkali membazir dan anak tidak habiskan makanan.
Tolong ajar anak berkongsi. Ajar anak berkawan. Ajar anak supaya habiskan bekal yang dibawa.
Kami guru di sekolah saban hari mengingatkan murid agar berkongsi bekal. Terutama dengan murid yang miskin dan kurang berkemampuan.
Kalian ajar anak-anak di rumah, kami di sekolah pula ingatkan. InsyaAllah, generasi yang lebih cakna bakal kita lahirkan. Begitulah.
Susu ibu telah terbukti mempunyai pelbagai manfaat dan membantu mengekalkan kesihatan bayi, terutama sistem imunisasinya.
Penyusuan susu ibu bukan sesuatu yang mudah jika tiada ilmu. Sebab itu tak semua ibu dapat memberikan susu badan kepada anak atas faktor-faktor tertentu. Bukan itu sahaja, ada ibu menganggap susu badan tak cukup untuk memenuhi permintaan anak.
Oleh itu, Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom berkongsi pengalaman cabaran penyusuan untuk anak keempatnya. Walaupun sentiasa membantu orang, tak semestinya diri sendiri berjaya. Namun jika bertekad, semua itu pasti akan mudah.
CABARAN PENYUSUAN
Sejujurnya saya juga hadapi pelbagai cabaran penyusuan untuk bayi keempat ini. Antara cabaran yang saya lalui ialah:
1. Bengkak susu awal kelahiran
➡️ Punca: Semasa di HDU tangan saya macam tak ‘berfungsi’ sangat. Saya rasa kebas dan tangan tak kuat. Saya pula terlantar sahaja masa tu. Saya cuba marmet tapi jujur saya lemah.
✅ Cara atasi: Selepas dapat bayi, saya terus menyusukan sekerapnya. Tapi bengkak masih berlaku. Maka saya tuam, buat urutan untuk bengkak susu dan marmet. Sakit? Memang sakit sama seperti ibu lain. Tapi kalau tak buat, saya yang merana nanti.
2. Puting melecet sebelah
➡️ Punca: Tangan saya kebas sebelah kanan (sampai hari ni). Dan saya tahu pegangan tangan kanan saya tak ok yang menyebabkan lekapan bayi tak ok. Maka puting saya melecet pada peringkat awal.
✅ Cara atasi: Saya betulkan posisi dan gunakan alat sokongan seperti bantal dan lain-lain. Bila posisi betul, secara automatik lekapan akan betul juga.
3. Jaundice
➡️ Punca: Anak-anak saya semua memang ada jaundice. Ada yang prolong jaundice. Ada yang breastmilk jaundice. Jadi saya taklah risau sangat cuma sejujurnya saya dinasihatkan berkali-kali untuk top up susu formula untuk turunkan kuning cepat. Tapi, saya tak buat. Cukuplah anak pertama saya ada alahan susu formula dulu.
✅ Cara atasi: Menyusukan bayi sekerapnya. Pastikan bayi menyusu lama (15-20 minit) untuk bayi dapat hindmilk yang mencukupi. Bila bayi asyik tertidur, saya buat breast compression. Ada juga waktunya saya perah dulu (marmet) sebelum menyusukan bayi supaya bayi dapat hindmilk lebih banyak ketika direct feeding.
Saya berkongsi apa yang saya lalui ini melalui live dan webinar saya yang lalu. Saya nak ibu-ibu tahu, walaupun saya dah jadi kaunselor penyusuan, saya tetap berhadapan cabaran.
Cuma bezanya saya ADA ILMU. Bila ada ilmu, kita tahu nak atasi cabaran penyusuan yang berlaku. Sejujurnya, emosi saya juga turun naik waktu berpantang bila diuji dengan cabaran penyusuan. Namun, saya tahu cara nak mengendalikannya dan yakin dengan apa yang saya dah praktiskan selama ini.
Cuma saya kesal bila dengar ibu-ibu lain mengadu, mereka disarankan untuk top up susu formula bila bayi kena kuning.
Jika saranan diberikan kepada ibu yang TIADA ILMU, ada dua perkara yang selalunya terjadi:
1. Penghasilan susu berkurang.
2. Bayi keliru puting.
Kenapa keadaan ni berlaku? Kerana biasanya bila ibu-ibu ada bayi jaundice, mereka ditakutkan dengan keadaan itu. Dan bila disarankn untuk top up, mereka tak dibimbing dengan kaedah penyusuan yang betul.
Jadi ramai ibu-ibu akan terus ambil saranan itu dan terus fokus pada pemberian susu formula selama 1-2 minggu (ada yang sampai 3 minggu) menggunakan BOTOL. Sudahnya bila kuning turun, susu ibu dah mula berkurang dan bayi tak nak menyusu direct!
Akibatnya, emosi ibu-ibu jadi tak keruan, ibu sedih, menangis dan menyesal dengan apa yang berlaku tanpa ibu tahu kesan dan akibat.
Jadi, janganlah cepat memberi SOLUSI tanpa memikirkan kesan lain kepada ibu. Kasihanilah ibu-ibu ini. Saya sedih bila ibu-ibu ramai mengadu, JAUNDICE menyebabkan mereka gagal dalam penyusuan susu ibu.
Nasihat saya buat semua ibu, buatlah persiapan ilmu dari awal. Saya tak janji ibu-ibu akan terus berjaya bila ada ilmu. Tapi sekurang-kurangnya, kalian tidak terus putus asa dengan apa yang bakal berlaku.
Kredit: Nad Masrom Kaunselor Laktasi
#nadbreastfeedinginfo
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!