Kalau anak tiba-tiba tarik-tarik cuping telinga atau mengadu sakit dalam telinga, periksa dengan segera. Jangkitan dalam telinga boleh berlaku jika anda lambat bertindak. Kemungkinan besar serangga masuk ke dalam telinga anak anda tanpa sedar.
Serangga biasanya masuk ke dalam telinga ketika anak sedang tidur. Dimana keadaan yang tidak sedar. Serangga akan merayap masuk ke dalam dan sukar untuk keluar.
Ini akan menimbulkan rasa sakit yang kuat dan kalau lambat dirawat boleh terkena jangkitan seperti telinga bengkak dan sebagainya. Ikuti Perkongsian Doktor ini;
Doktor, tolong tengokkan telinga anak saya, nampak macam ada serangga. Dia asyik menangis dan sakit dalam telinga”
"Dr, tolong tengokkan telinga anak saya, nampak mcm ada serangga. Dia asyik menangis dan sakit dalam telinga" – Ini adalah situasi yang saya alami di klinik 2 hari yang lepas.
Ingin tahu apa LANGKAH-LANGKAH AWAL jika seranggan memasuki telinga anda? Follow THREAD 👇👇 pic.twitter.com/CTDPZOJL2n
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) August 3, 2018
Ini adalah situasi yang saya alami di klinik 2 hari yang lepas. Ingin tahu apa LANGKAH-LANGKAH AWAL jika seranggan memasuki telinga anda?
Ads
JANGAN PANIK/KALUT
Ini sangat penting, bukan sahaja bagi kanak2, tetapi untuk orang dewasa juga (jangan terkejut, saya pernah dapat pesakit dewasa yang sangat agresif). Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan komunikasi yang berkesan.
JANGAN CUBA MASUKKAN “CoTToN BUDs”/BESI/KUNCI KE DALAM TELINGA
Ini perkara yang sangat biasa berlaku. ELAKKAN..!!! Kerana ia boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga & juga berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga.
Ads
TITISKAN OLIVE OIL/MINYAK ZAITON KE DALAM TELINGA
Ini boleh melemaskan/mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain disebabkan oleh serangga tersebut, lebih-lebih lagi bagi serangga yang agak besar.
ANDAI NAMPAK IA DILUAR, KELUARKAN
Jika bernasib baik, bagi serangga yang sudah nampak keluar di hujung lubang/cuping telinga, boleh keluarkan samada gunakan jari anda (jika dapat) atau pengepit kecil yang boleh tangkap serangga tersebut.
Ads
MASIH DI DALAM, SEGERA KE HOSPITAL
Walaupun rasanya serangga itu sudah mati , anda perlu SEGERA ke Hospital untuk Doktor keluarkan kerana andai dibiarkan di dalam telinga walaupun serangga itu sudah mati, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman telinga boleh berlaku.
Tahukah ibu-ibu ada sejenis penyakit yang boleh membunuh ibu berpantang secara senyap. Wanita lepas bersalin dan masih dalam pantang memang mempunyai banyak risiko jika tidak menjaga kesihatan dengan betul.
Sebenarnya tak ramai ibu menyedari walaupun sudah selamat melahirkan bayi dan selesai menjalani tempoh berpantang tradisional iaitu 44 hari, ibu sudah bebas daripada sebarang masalah atau komplikasi penyakit.
Hakikatnya risiko komplikasi seperti penyakit darah beku dalam salur darah ke paru-paru atau nama saintifiknya pulmonary embolism yang boleh membawa maut kepada ibu tetap ada.
Jadi, ibu kena ambil tahu tentang hal ini dan segera bertindak jika ada tanda-tanda awal penyakit berbahaya ini.
Baca lebih lanjut penerangan tentang penyakit pulmonary embolism oleh Dr. Mardiana Kipli, Pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching dalam mmgazette.com
Darah lebih pekat
Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut.
Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem. Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi. Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.
Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar.
Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis.
Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism. Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.
“Dulu saya bersalin, ok jer. Tak ada pun apa-apa masalah. Kenapa kali ini doktor kata saya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini?’
Siapa yang berisiko?
Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa. Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:
* Berumur lebih daripada 35 tahun
* Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
* Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
* Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
* Menjalani pembedahan caesarean
* Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
* Dehidrasi
* Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
* Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
* Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
* Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
* Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
* Kandungan kembar
* Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)
Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa. Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah.
Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi. Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.
Tanda-tanda awal adalah:
1. Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
2. Sukar untuk bernafas
3. Sakit dada
4. Batuk berdarah
5. Nadi sangat laju
Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism.
Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera. Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.
Kalau berisiko apa patut buat?
‘Sekiranya saya tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan pulmonary embolism?’
Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:
Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial. Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital.
Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas. Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.
Sumber: www.mmgazette.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cik Epal selamat melahirkan anak keduanya pada awal bulan Mei tahun ini yang diberi nama Yuki. Ringkas dan comel nama cahaya mata perempuan mereka. Menerusi instagramnya, dia menjelaskan kenapa ibu ingin menjaganya dalam pantang.
Sebab previous post ada yang request nak tengok ibu aku yang susah payah masak lauk pantang aku setiap hari tu, haa ni lah ibu aku.
Fyi, aku memang tak nak susahkan ibu aku pon untuk jaga aku dalam pantang. Memang aku ok je nak hire orang, tak nak lah kacau dia. Tapi ibu aku yang excited nak jaga aku setiap kali aku pantang. Aku pon lagi suka je lah ibu aku jaga aku.
Aku rasa aku tahu kenapa ibu aku excited nak jaga aku dalam pantang. Sebab…. walaupon si Yuki ni baru lahir ke muka bumi, aku pon dah berangan, kalau aku dapat cucu nanti,aku pon excited nak jaga Yuki dalam pantang.
Nak masak makanan pantang yang paling sedap untuk Yuki, sediakan air daun pagi2 untuk Yuki mandi and etc.Wahaha jauh benor aku berangan kan. Padahal anak aku cinonet lagi
Rata-rata netizen turut berkongsi pegalaman yang sama dengan Cik Epal. Ibu mereka rata-rata teruja untuk menjaga anak dan cucu sendiri.
Mak sendiri jaga dalam pantang is the best
Nanti bila Yuki dalam pantang, Cik Epal pula jaga
Seorang ibu pasti excited nak jaga anak dia dalam pantang
Sumber: Cik Epal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nipple hanyalah membantu untuk ibu menyusukan bayi dengan baik. Puting leper atau puting tenggelam bukanlah satu masalah dalam penyusuan sekiranya ibu-ibu tahu teknik lekapan dengan betul.
Namun, nipple boleh di’bentuk’ perlahan-lahan dengan merujuk kepada teknik yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Nad Masrom. Dengan harapan selepas nipple ibu-ibu timbul, ibu-ibu lebih yakin untuk menyusukan bayi tanpa sebarang masalah.
Berikut teknik yang boleh dilakukan oleh ibu yang mengalami masalah ini
Bagi ibu yang dah tahu teknik ini dan mengalami masalah puting tenggelam cuba dulu. Kita ikhtiar untuk anak. Mana tahu rezekinya ada walaupun pada permulaan sedikit mencabar.
Walaupun tak boleh secara eksklusif sekurang-kurangnya anak dapat juga rasa susu ibu yang terbukti banyak khasiat dan sangat bagus untuk sistem imunisasi anak.