Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tanda-tanda awal Malaysia berjaya mengekang penularan wabak COVID-19 berdasarkan laporan graf daripada Malaysian Institute of Economic Research (MIER). Perkara ini dikongsikan melalui laman Twitter KKM Putrajaya.

Kata beliau, hasil Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang dijalankan untuk fasa pertama menunjukkan terdapat garisan mendatar dalam graf kes sekaligus memberi bayangan tanda awal yang langkah ini membuahkan hasil.

Kalau Rakyat Masih Berdegil, WHO Jangka Kes COVID-19 Malaysia Meningkat Pertengahan April

Sesungguhnya perkhabaran ini memberi kelegaan kepada kita tetapi sekiranya rakyat Malaysia terus leka atau langkah pencegahan sedia ada dilonggarkan, tidak mustahil kes penularan wabak ini melonjak semula.

Artikel Berkaitan: [Ada Tanda Awal Covid Makin Pulih, Tapi Bergantung Pada Rakyat Malaysia. KP Kesihatan Saran Rakyat Terus Patuh Arahan & Amal Langkah Pencegahan!]

Berikut berita penuh tentang hal ini menerusi Berita Harian.

IKLAN

Jumlah kes COVID-19 di Malaysia dijangka mencapai puncak pertengahan April.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, berdasarkan data yang ada, Pejabat WHO Negara menganggarkan Malaysia menunjukkan jumlah tertinggi pesakit di hospital pada pertengahan April.

Ketua misi merangkap wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Ying-Ru Lo, berkata jumlah pesakit kritikal di negara ini dijangka meningkat minggu depan.

IKLAN

“Malaysia mempunyai jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara dengan 2,908 kes yang disahkan dan sudah mengeluarkan larangan perjalanan bagi membendung penularan coronavirus ini.

“Berdasarkan data yang ada, Pejabat WHO Negara mengunjurkan kes yang dimasukkan ke hospital di Malaysia akan memuncak pada pertengahan bulan ini,” katanya dalam jawapan e-mel kepada Reuters.

Katanya, jumlah pesakit yang kritikal pula dijangka memuncak menjelang minggu depan, namun ramalan WHO itu mungkin berubah.

IKLAN

Kalau Rakyat Masih Berdegil, WHO Jangka Kes COVID-19 Malaysia Meningkat Pertengahan April

“Wujud tanda-tanda lengkungan kadar kes akan mendatar tetapi ia mungkin melonjak kembali jika langkah pencegahan sedia ada dilonggarkan atau orang ramai tidak lagi mematuhi arahan perlindungan,” katanya.

Artikel Berkaitan: [Siap Sedia Gelombang KEtiga, MAEPS Dijadikan Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19]

Tambah beliau, data mengenai jangkitan baharu setakat ini dan langkah pemantauan tambahan tidak menunjukkan penyebaran meluas wabak dalam kalangan penduduk negara ini.

Kini terdapat 102 pesakit coronavirus ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh Malaysia dan 45 kematian dilaporkan setakat ini. – AGENSI

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI