“Hidup harus diteruskan dan mengikut nasihat salah seorang guru saya sebelum ini, teruslah berpegang kepada Allah SWT walau apa pun dugaan yang diberikan”.
Luah selebriti, Mizz Nina yang diterjemahkan menerusi perkongsian semula aplikasi QalbyApp di Instagram.
“Seperti yang dikatakan oleh salah seorang guru saya baru-baru ini, kita perlu bertawakkul dan beriman kepada Allah dalam setiap perkara yang berlaku dalam hidup, Dia tahu apa yang terbaik dan akan memberikan yang terbaik kepada anda, kita hanya perlu terus melakukan yang terbaik dan tidak tenggelam dalam kesedihan & kesedihan masa lalu atau takut akan masa depan yang membawa kita kepada tidak aktif atau tidak produktif. Itulah antara ketakutan terbesar saya – tidak menggunakan masa yang Allah berikan kepada saya untuk kebaikan dan tersesat dalam emosi negatif.”
Dalam pada itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkongsi doa yang boleh diamalkan jika seseorang itu berada dalam keadaan stress dan sedih.
Ads
“Doa ini sangat mujarab untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya sekarang :-”
[Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari pengecut dan bakhil, dari dibebani hutang dan dari dikuasai oleh manusia.
Ads
[Sahih al-Bukhari: 6369]
Mizz Nina turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan buat dirinya sekeluarga.
“Alhamdulilah & جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا atas segala doa dan kata-kata semangat, hikmah dan sokongan, semoga Allah membalas dan memberkati anda semua dengan lebih khayr, kasih sayang, rahmat, barakah, perlindungan dan kejayaan dunia dan Akhirah Aameen3”
Berbanding buah-buahan lain, buah strawberi antara yang paling mudah berair dan tidak tahan lama walaupun disimpan di dalam peti ais.
Rupanya ada cara untuk memastikan buah ini tahan lebih lama sehingga satu hingga dua minggu. Macam mana caranya? Ini yang dikongsikan oleh Pn Rahayu Rosli. Memang nampak segar.
Assalamualaikum, salam sejahtera. Mesti ada yang penggemar strawberry atau bakers-bakerjs yang selalu guna strawberry dilema untuk simpan buah strawberry supaya tahan lama kan.
Meh sini sis nak share cara simpan buah strawberry supaya tahan lama, tak berkulat dan berair.
Insya allah boleh tahan satu minggu hingga dua minggu (bergantung pada kesegaran buahnya).
Tips untuk tahu buah segar atau tak, kena tengok daunnya. Kalau daun masih hijau, tak ada kuning-kuning atau hitam, insya allah buah masih segar.
Benda pertama kena buat mesti lah kena pegi beli buah strawberry dulu. Terpulang la nak gi beli kat mana. Asalkan buah strawberry tau. Boleh tengok step pada setiap gambar ye.
Kita perlukan buah strawberry, tisu (tisu yang tebal ye, nak guna tisu dapur pun boleh supaya air-air wap boleh meresap pada tisu dan tisu tak cepat lembik)
Bekas untuk simpan. Saya guna bekas yang letak kek je. Bekas tu make sure berlubang ye supaya udara dapat keluar masuk. Nanti tak ada la air bertakung dalam tu. Saya tebuk bekas guna pemutar skru somi.
Basuh tangan bersih-bersih. Ambil buah, letak atas tisu. Pastu balut ikut kretiviti.
Belasah jela janji terbalut.
Habis semua, susun dalam bekas tadi. Susun elok-elok supaya tak terbuka.
Menjadi kebiasaan sesetengah ibu bapa sekarang memberikan anak-anak gajet tidak kira masa asalkan dapat menenangkan anak-anak dari tantrum. Ada juga yang memberikan gajet dan bangga anak dapat menggunakan gajet di usia yang sangat muda.
Bila tiba waktu makan, sesetengah ibu bapa mengambil jalan pintas dengan memberikan gajet namun tahukah anda tentang kesanya? Puan Adlil Rajiah berkongsi cara mengatasi anak yang tak duduk diam ketika makan tanpa memberikan gajet.
“Saya terpaksa bagi anak gajet waktu makan sebab dia tak duduk diam!”
Sounds familiar?
Saya terima BANYAK mesej macam ni especially from parents yang ada anak below 3yo. Terus teringat zaman struggle nak bagi Haikal makan masa dia kecik2 dulu. Dia punya bergelut tu, macam kat medan perang
Itu tak masuk lagi bab picky-eater, bab taknak makan kalau takde youtube kat depan muka, bab anak muntahkan balik makanan yang dah masuk mulut, bab kena kutip 80% makanan yang bersepah kat lantai, bab anak nak berak time makan.
I feel you, guys. I feel you.
Hanya orang yang sabar tahap langit ketujuh sahaja yang berjaya mengharunginya. Itu pun setelah gagal 796254814 kali.
Walaupun saya dah melepasi fasa “berperang nak bagi anak makan” ni, tapi setiap momen dan pergolakan yang berlaku masih segar dalam ingatan hahah. And I guess, momen2 itu lah antara penyumbang terbesar yang menjadikan saya ibu yang lebih tenang dan sabar hari ni.
So sebab ramai yang bagi soalan tentang topik ni, saya nak kongsikan 7 Strategi yang saya belajar dari Occupational Therapist, yang dah terbukti membantu saya menang setiap kali berperang dengan anak di meja makan.
1. MAKAN BERJADUAL
Ye, memang bosan bila bercakap tentang jadual. Tapi percaya atau tak, ini adalah senjata yang paling berkesan sebenarnya.
Cuba jarakkan mealtime anak setiap 3 jam, dan selama gap 3 jam tu jangan bagi apa2 makanan atau snack – kecuali air.
When I say JADUAL, I’m not talking about a specific time of the day, tapi INTERVAL. Ini penting untuk set awareness tentang waktu makan pada anak. Supaya anak tak makan secara random atau bila2 lapar je, makan. Kaedah ni juga akan pastikan anak LAPAR dan FOKUS MAKAN bila tiba waktu makan.
2. GET THEM INVOLVED
Bila anak dah besar sikit, libatkan anak dalam persiapan meja makan. Mungkin boleh suruh dia susun pinggan atau cawan. I did this before, dan mula2 memang challenging sebab anak tak biasa.
Haikal pernah terpecahkan cawan, pernah keluarkan pinggan yang salah, dan macam2 mistake dia buat. Tapi things surely get better in time. Bila kita libatkan anak macam ni, dia akan lebih mentally ready untuk MAKAN.
3. TEMPOH MAKAN 10-30 MINIT SAHAJA
Anak suka main dan tak duduk diam masa makan adalah sebab dia rasa dia ada seluruh masa dalam dunia.
So how to teach them about sense of time? SLOWLY HADKAN MASA MAKAN.
Bila dah ready nak makan, tunjuk jam dinding dan cakap pada anak—
“Kita boleh makan sampai jarum panjang tunjuk nombor 6 sahaja, okay? So we have to eat quickly, sebab kita ada 20 minit sahaja. Lepas nombor 6, no more food.”
Itu contoh.
Mula2 mungkin anak tak faham konsep masa dan tak tahu berapa cepat jarum jam tu bergerak, but it’s ok. Konsisten hadkan masa dan lama2 they’ll get it. Strategi ni sangat helpful especially bila kita tengah rushing pagi2 nak pergi kerja atau nak kejar masa.
4. PASTIKAN ANAK DUDUK DENGAN BETUL
I hear this a lot from Occupational Therapist. Pastikan anak SELESA di meja makan. Pastikan kerusi tu tak terlalu besar atau terlalu rendah, dan pastikan anak tak terlalu jauh dari meja makan.
Can you imagine makan dalam keadaan permukaan meja satu level dengan muka?
So pastikan bontot anak tekap di kerusi, siku di atas permukaan meja, dan kaki tidak tergantung. Letak la apa2 kat bawah kaki dia. Atau gunakan booster seat yang boleh ikat di kerusi biasa. Ada banyak booster seat yang portable sekarang. Sila cari.
5. SENSORY ACTIVITY SEBELUM MAKAN
This is what we experience di pusat intervensi masa proses pemulihan Haikal dulu. Sensory activities sangat sangat sangat membantu untuk bagi anak tenang dan fokus dalam aktiviti seterusnya– iaitu MAKAN.
Ada banyakkk sensory activity yang sesuai mengikut umur. Yang paling mudah: melompat, merangkak, menari, anything involves body movements.
6. SENSORY TOOLS DURING EATING
Bila anak tak duduk diam jugak waktu makan, gunakan senjata seterusnya – SENSORY TOOLS. Try google “Sensory Tools” atau “Sensory Toys”, ada banyak pilihan. Try cari yang ada vibration. Vibration adalah one powerful treatment untuk beri anak duduk diam, alert dan focus.
Btw, sensory tools ni sebenarnya selalu digunakan untuk anak autistic/ADHD/ADD/Hyperactive, tapi untuk anak biasa pun, SANGAT MEMBANTU.
7. NO SCREEN TIME DURING MEALTIME. BIG NO!
Ini yang palinggg berbuih mulut bila bercakap dengan parents. Saya sangat sangat sangat faham kenapa korang terpaksa bagi anak phone, TV, tablet masa makan.
And yes, betul, ia sangat sangat sangat memudahkan. Tapi, tahukah anda itulah pencetus kepada masalah yang lebih besar dan kritikal kelak?
Satu, because you’re actually teaching a bad eating habit pada anak. Dua, kau kejam because you’re actually hypnotising your child!
Anak makan banyak bila menghadap screen, bukan sebab dia berselera, but because they’re hypnotised!
Brain is conquered by the screen. Anak dah tak sedar dengan apa yang dia buat (makan), anak dah tak rasa kesedapan makanan tu, dan otak dia tak mampu trigger rasa kenyang, sebab dia sebenarnya dah “HILANG DALAM SCREEN”.
And this will cause much bigger problems, contohnya masalah penghadaman, overeating, obesity, dannnnn KETAGIHAN SKRIN!
Once anak dah mula minta screen setiap kali masa makan, it won’t be easy to say no, anddd it will trigger severe tantrums.
Maka tanya diri, inikah yang aku mahu?
So please, kalau betul sayang anak, jauhkan phone atau TV masa makan. Banyakkan berinteraksi dan eye-contact dengan dia.
Sehebat mana pun kita menjadi ibu ayah, tetap bergantung kepada Allah untuk menjaga anak-anak sepanjang masa. Sebab itulah, setiap hari perlu titipkan doa sebagai pendinding anak-anak walau di mana mereka berada.
Melalui perkongsian Puan Wan Nur Syakira, ada beberapa doa yang boleh diamalkan untuk kebaikan semua di dunia dan akhirat.
Ini antara doa yang boleh diamalkan untuk melindungi diri dan keluarga. Doa ini, saya jadikan ikhtiar dan doa peribadi saya.
Doa ini ada dalam al Mathurat. Sudah pasti, bila saya kongsi mengenai kes berkaitan dengan pornografi dan salah laku seksual dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, ramai ibu ayah bimbang, takut.
Pasti pembaca yang mengikuti akan rasa paranoid dan bimbang mengenangkan anak sendiri. Rasa macam tak nak beranak dah lepas ini. Banyak sangat cabaran.
Mindset saya untuk menenangkan hati saya sebagai ibu, setelah apa yang kita telah usahakan dan didik anak, Berdoalah, Bertawakallah.
Memang jagaan kita tak sempurna. Jagaan siapa paling sempurna ? Allah yang Maha Menjaga. Ya Hafiz.
Siapa boleh jamin keselamatan anak bila kita tiada di sisi?
Siapa boleh jamin anak boleh jaga diri bila kita tiada?
Siapa boleh jamin anak tak lakukan benda pelik bila kita berada jauh dari anak?
Hanya Allahlah, sebaik-baik penjaga. Yang jauh dari kemampuan kita, kita serah dan tawakal. Hasbunallah wa ni’mal wakil.
Begitulah, jadi ibu ayah, memang banyakkan doa. Doa ibu lagilah, kan mustajab.
Guna keistimewaan yang ada.
Saya kongsikan ikhtiar dan amalan Ustazah Asma’ Harun dalam menjaga anak-anak beliau
Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat-ayat ni sebelum tidur atau masa lain pun tak apa ;
1️⃣ Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)
(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
2️⃣ Baca Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia mencipta kan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara
(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
4️⃣Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu”.
5️⃣ Amalkan surah al Ghafir, ayat 44.
وَأُفَوِّضُ أَمري إِلَى اللهِ ۚ إِنَّ اللهَ بَصيرٌ بِالعِبادِ
Maksudnya : Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.
Jangan terlalu bimbang, terlalu rasa tak berdaya. Allah ada bukan? Kunci tenang ketika berusaha, adalah BERDOA SENTIASA .
Kunci tenang selepas usaha, adalah TAWAKAL. Kita yakin Allah ada. Allah berkuasa.
Untuk menjaga anak kita di kala pancaindera kita tak mampu nak melihat anak kita.
Ajarkan doa-doa ini kepada anak juga.
Amalkanlah al Mathurat. Jadi, jangan lupa ketika berusaha melindungi anak dengan ilmu pendidikan seksualiti yang kita bekalkan, berdoalah dan bertawakallah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!