Malang tak berbau. Siapa menyangka hasrat seorang ibu untuk menikmati ramen bertukar tragedi bila anaknya terkena air rendaman makanan segera itu.
Luluh hati seorang ibu bila mana menyaksikan kesakitan yang dilalui anak kecil itu yang baru berusia dua tahun.
Melalui akaun Tik Tok ibunya, ibu kanak-kanak itu memuat naik wajah anak kecil itu, Rizqi Anaqi Muhammad Reduan dengan kesan lecuran yang mengundang rasa sayu dikalangan wargamaya.
Menerusi petikan di Mstar, ibu mangsa, Nurulzarina Shafie berkata, insiden tragis yang berlaku di rumahnya di Maran, Pahang, berlaku terlalu pantas.
“Cawan berisi air panas dan ramen tu saya letak atas meja di dapur. Baru lepas buang plastik ramen dalam tong sampah, tak sampai beberapa saat saya pusing je nampak anak capai cawan tu dan air panas tertumpah kena dia,” katanya berkongsi.
Cemas dengan keadaan itu, sejurus selepas insiden berlaku dia bergegas membawa anaknya ke klinik kesihatan berhampiran sebelum di rujuk ke Hospital Temerloh.
“Doktor kata keadaan melecurnya 70 peratus. Mujur tak kena pada bahagian mata yang boleh menyebabkan keadaan lebih parah, mungkin boleh buta.
Ads
“Esoknya anak saya menjalani pembedahan bagi merawat luka,” kongsinya lagi.
Akuinya lagi, dia terlalu sedih mendengar rintihan anaknya yang menanggung sakit ketika melecur. Malah anaknya yang baru berusia dua tahun itu meronta-ronta dan menangis tanpa henti.
“Anak menangis, meronta-ronta. Ibu mana yang tak sedih apabila anak sakit macam tu. Kalau sakit anak tu boleh berbalik kepada saya… saya sanggup menanggungnya.
“Saya akui salah saya kerana cuai. Kejadian yang berlaku memberi pengajaran buat saya sendiri dan diharap dijadikan iktibar kepada ibu bapa lain agar lebih berhati-hati,” katanya.
Ads
Dia kini bersyukur bila mana akhirnya Rizqi Anaqi dibenarkan pula selepas menerima rawatan lebih lima hari di hospital. Kini Rizqi melalui fasa pemulihan.
“Alhamdulillah, keadaan anak semakin baik dan dia kembali aktif. Kalau di hospital sebelum ini asyik mengadu sakit terutama di bahagian dada.
“Sekarang ni saya serik nak makan ramen. Dulu saya memang suka sangat makan ramen, sekarang ni benci tengok ramen tu.
“Disebabkan satu cawan ramen, anak saya tanggung sakit teramat sangat. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” ujarnya lagi.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang lain dari yang lain. Jika ramai anak-anak kecil kita memilih menggayakan kostum polis, bomba dan sebagainya untuk sambutan Hari Kebangsaan lalu, lain pula halnya dengan anak kecil ini yang tampil unik dan berbeza dengan kostum yang satu ini.
Lari dari kebiasaan, penampilan si cilik, Aisy Muhammad yang muncul sebagai penembak hendap atau sniper seperti dalam pasukan ketenteraan menggunakan baju penyamaran atau ghillie suit meraih tumpuan.
Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun itu, Saiful Azwan Shamsul sengaja memilih kostum hebat itu bagi mencari kelainan.
“Saya mahu buat kelainan untuk anak saya supaya kelihatan lebih gempak. Jadi saya perlu fikirkan idea di luar kotak untuk kelihatan dari daripada yang lain.
Tidak hanya memikirkan idea bahkan bapa sporting ini turut menempah set ghillie suit itu untuk anaknya lebih awal.
Walaupun bimbang pada awalnya baju yang ditempah tidak sempat siap, namun dia bersyukur akhirnya anak kecilnya itu dapat menyarung suit berkenaan.
“Saya tempah di kedai di mana baju celoreng dicerai halus untuk dijadikan ghillie suit dan juga kait benang-benang hijau.
“Selain ghillie suit, anak saya juga memakai topeng muka baraclava, sarung tangan serta dipadankan dengan kasut sekolah berwarna hitam,” kongsinya lagi.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata yang juga anggota Pasukan Gerakan Am(PGA) itu tidak menyangka anaknya beraksi dengan baik ketika membuat persembahan di sekolah.
Malah perkongsian video itu di Tik Tok juga turut menarik perhatian ramai, tidak kurang juga yang mahu turut sama bergambar.
Tidak mahu anak-anak merasa bosan di sekolah, banyak aktiviti yang dianjurkan untuk memupuk kreativiti mereka. Salah satunya adalah dengan meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Sesetengah sekolah mengetengahkan tema kerjaya untuk menjayakan sambutan ini.
Mengikut minat dan cita-cita, semua murid bersemangat menggayakan pelbagai jenis pakaian yang bersesuaian mengikut tema. Namun, kisah seorang ayah yang berkongsi di akaun TikTok tentang anak perempuannya yang dipanggil Auni, mendapat perhatian ramai.
Nak dijadikan cerita, anaknya berkeras untuk menjadikan pekerjaan si ayah sebagai kerjaya pilihan. Biarpun disuruh untuk memilih kerjaya yang lain, kanak-kanak perempuan itu tetap berkeras mahu pakai uniform ayahnya.
“Aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak. Alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal..”
Melihat uniform ayahnya, dipercayai dia merupakan kakitangan di sebuah majlis perbandaran di negeri Perak.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Dengan bangga Auni menyarungkan si ayah. Walaupun ayahnya menyuruh memilih kerjaya yang lain, Auni menolak. Katanya, dengan pekerjaan itulah ayahnya dapat memberi mereka sekeluarga makan dan tempat tinggal.
Melihat sikap Auni yang sangat menghargai dan bagga dengan ayahnya membuatkan ramai pihak tersentuh. Bagus didikan ibu ayah Auni, pasti dia akan membesar menjadi seorang anak yang merendah diri dan sentiasa menghormar orang lain.
Pasangan Youtuber Ryzal Ibrahim dan Maryam sering memuatnaik video gelagat anak perempuan mereka, Rina, yang sangat comel. Setiap perkongsian mereka selalu mendapat perhatian warganet kerana ada saja gelagat mereka sekeluarga yang mencuit hati.
Selain itu, ramai yang sukakan personaliti Rina yang sangat periang dan bijak. Terbaharu, dikongsikan melalui laman Instagram duriankimchi ketika mereka bertiga berada di sebuah stesen kereta api.
Yang menarik perhatian adalah Rina meminta ommanya untuk berhenti di setiap tiang yang ada di sana. Bila dilihat rupa-rupanya kerana ada gambar kartun Pororo yang menjadi kegemarannya. Dapat dilihat keterujaan Rina apabila melihat gambar kartun tersebut.
Punyalah tajam mata Rina, gambar Pororo atas lantai pun dia boleh nampak! Agaknya, kalau tidak didukung oleh Maryam, pasti Rina akan berlari sendiri ke setiap tiang yang ada di sana. Atas dasar keselamatan, Ryzal dan isterinya tidak membenarkan Rina untuk berjalan sendiri di situ.
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...