Luahan ini bukan kata-kata biasa. Ia adalah jeritan hati seorang remaja berusia 13 tahun, Allahyarham Zara Qairina (bukan nama sebenar), yang kini menjadi tumpuan inkues selepas kematiannya mengejutkan ramai pihak.
Dalam prosiding yang sedang berjalan, dua pelajar tampil memberi keterangan bahawa mereka pernah mendengar arwah mengemukakan soalan-soalan hipotesis yang memilukan hati, termasuk: “Kalau saya terjun dari sini, masih ada orang sayang saya? Apakah rasanya?”
Menurut laporan Harian Metro, peguam Azhier Farhan Arisin yang mewakili salah seorang kanak-kanak terlibat memaklumkan arwah pernah meluahkan lebih daripada 10 kenyataan seumpama itu. Walaupun Mahkamah Koroner belum mengesahkan catatan diari yang dikatakan milik Zara, seorang saksi mendakwa tulisan di dalamnya adalah tulisan arwah.
Ads
Diari itu dikatakan memuatkan luahan yang menyayat hati: “Ya Allah, kenapa aku dibenci?” dan “Kenapa aku tidak disukai?” — isyarat jelas bahawa anak ini berasa terasing, sunyi dan memerlukan bantuan.
Seorang saksi turut memberitahu bahawa dua hari sebelum kejadian, Zara pernah dimarahi ibunya. Malah, ketika dihantar semula ke sekolah, salam yang diberi kelihatan seolah-olah tidak ikhlas, menggambarkan ketegangan emosi yang mungkin dialaminya ketika itu.
Ads
Namun begitu, peguam menegaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai punca kematian Zara kerana ramai lagi saksi dijangka tampil memberi keterangan.
Ads
Ibu Ayah, Dengarlah Jeritan Sunyi Anak Kita
Kisah ini menjadi peringatan besar buat ibu ayah. Anak-anak mungkin nampak ceria di luar, tetapi jauh di sudut hati mereka berperang dengan luka yang tidak terlihat. Bila mereka mula bertanya tentang mati, menulis ayat sedih atau menyendiri, itu tanda minta tolong.
Sebagai ibu bapa, jangan cepat memarahi atau menghakimi. Duduklah bersama anak, dengar luahan mereka dengan hati terbuka. Pelukan, kata-kata lembut dan sokongan kecil mampu membuat anak rasa mereka masih disayangi.
5 Tanda Awal Anak Mungkin Alami Tekanan Emosi
Kerap menyendiri dan enggan bergaul seperti biasa.
Ucapan negatif tentang diri sendiri seperti “saya tak disayangi” atau “saya menyusahkan orang”.
Mood berubah mendadak, mudah marah atau menangis tanpa sebab.
Gangguan tidur atau selera makan, sama ada berlebihan atau terlalu sedikit.
Minat menurun, tidak lagi teruja dengan aktiviti yang sebelum ini digemari.
Jika ibu ayah perasan tanda-tanda ini, dapatkan segera bantuan daripada guru, kaunselor atau pakar psikologi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Arwah Nurin Jazlin dah genap 25 tahun jika masih ‘ada’ ucapan hari lahir bapa undang sebak. Biarpun sudah 17 tahun berlalu, namun kisah tragis menimpa seorang kanak-kanak bernama Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan masyarakat.
Arwah Nurin Jazlin Dah Genap 25 tahun Jika Masih ‘Ada’ Ucapan Hari Lahir Bapa Undang Sebak
11 September merupakan ulang tahun ke-25 tahun buat Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak yang dibunuh kejam 17 tahun lalu,
Bapa Allahyarhamah, Jazimin Abdul Jalil memuatnaik ucapan hari lahir menerusi akaun Facebook dan TikToknya.
Dalam hantaran tersebut, Jazimin berkongsi gambar Nurin Jazlin yang ketika itu berusia lapan tahun beserta tulisan ’11 September 1999, Al-Fatihah’.
Menjengah ke ruangan komen, hantaran Jazimin dibanjiri dengan ucapan hari lahir berserta takziah. Ramai yang mendoakan semoga keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarham.
Berikut antara komen-komen warga maya:
INFO TENTANG KISAH NURIN JAZLIN JAZIMIN
*Anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman diculik pada 20 Ogos 2007 ketika dia meninggalkan rumah sendirian untuk menuju ke pasar malam di Wangsa Maju.
*Kegagalannya pulang menyebabkan adik-beradik serta ibu bapanya cemas dan tertekan.
*Pada pagi 17 September 2007, mayatnya ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya.
*Siasatan kemudiannya mengesahkan bahawa dia dirogol dan dibunuh.
Pada 2018, bapa Nurin menggesa pegawai polis membuka semula kes pembunuhan anaknya itu dengan harapan dapat mencari sesuatu yang baharu dengan penggunaan teknologi moden tetapi rayuannya tidak pernah dikabulkan.
Identiti penyerang masih bebas dan kes masih belum selesai sehingga hari ini.
Setelah hampir enam tahun menanti kehadiran cahaya mata, pempengaruh media social, Beby Tora berkongsi khabar gembira kini sedang hamil anak pertama.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie menunjukkan keputusan hamil kepada suaminya, Apit Johari, yang ketika itu jelas terpinga-pinga dan tidak menyangka keputusan hamil itu.
Kedua-duanya menangis gembira kerana terlalu terharu akan kurniaan rezeki yang tidak disangka-sangka itu.
“Assalamualaikum. Bismillah. Masya-Allah, Subhanallah. Terima kasih Ya Allah atas pinjaman-Mu yang tidak ternilai ini. Penantian selama hampir enam tahun akhirnya berbalas.
“Selama ini, saya tidak pernah dapat rasa melihat dua garisan pada alat ujian kehamilan, sehinggakan hati ini sudah reda dengan takdir.
“Namun, setelah setahun berikhtiar menjaga pemakanan dan mengamalkan diet sihat, akhirnya Allah makbulkan doa yang tidak pernah putus,” tulisnya di laman Instagram.
Tambahnya lagi, kehamilan ini merupakan hadiah paling bermakna dalam hidupnya dan suami setelah sekian lama menunggu. Malah Beby Tora juga turut mendoakan agar wanita yang menanti zuriat dikurniakan sama rezeki sepertinya.
“Benar-benar rezeki yang tidak disangka. Hadiah paling bermakna dalam hidup saya untuk tahun ini. Saya doakan agar semua pejuang TTC (Trying To Conceive) juga dikurniakan rezeki kehamilan tahun ini. Aamiin.
“Doakan saya dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat serta dipermudahkan segala urusan sepanjang kehamilan ini. Alhamdulillah, kini usia kandungan saya sudah mencecah lima bulan,” luahnya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang turut berkongsi rasa gembira dan mendoakan agar segala urusan Beby Tora dipermudahkan sepanjang kehamilan ini.
Tunjukkan kasih sayang dan menghargai pasangan bukan hanya sesekali atau ketika dalam keadaan gembira saja namun ia perlu dilakukan setiap hari dan setiap masa. Begitu juga bagi seorang wanita bergelar isteri. Ada yang rasakan lebih bahagia apabila terima barang-barang mewah dan ada juga yang selesa bersederhana bersama keluarga tercinta.
Begitulah kisah pelakon, Fasha Sandha yang merasakan erti kebahagiaan baginya apabila dapat meluangkan masa bersama suami.
Menurut pelakon yang berusia 38 tahun itu, erti bahagia adalah berlainan bagi setiap wanita. Baginya, dia memiliki erti tersendiri dalam menilai perasaan bahagia tersebut.
Erti kebahagiaan untuk setiap wanita memang berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat beg mahal.
Bagi saya, ini adalah kebahagian saya (berada di samping suami).
Tambah pelakon Khilaf Asmara tersebut, dia tidak begitu gemar dengan barang kemas atau aksesori. Fasha menyatakan dirinya adalah seorang yang sederhana dalam kehidupan.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh Fasha di ruangan Instagram story miliknya.
Hantaran tersebut juga memaparkan kemesraan pasangan suami isteri tersebut di mana Aidil sedang mengurut kaki isterinya.
Sekadar info, Fasha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu juga seorang anak seni, Aidil Aziz pada Mac 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira. Fasha turut mempunyai 2 lagi orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.