Pisah tempat tidur anak bila sampai waktu dan usia sesuai memang menjadi salag satu tuntutan dalam ajaran agama Islam.
Sama ada anak lelaki mahupun perempuan, perlu diasingkan tempat tidur mereka bagi mengelakkan pelbagai masalah sementelah anak-anak membesar.
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh diambil untuk memisahkan tempat tidur anak.
1 – Sediakan satu bilik yang sesuai untuk anak perempuan dan satu bilik untuk anak lelaki.
2 – Hias dan kemas bilik secantik – cantiknya mengikut kemampuan poket anda dan kesesuaian umur anak.
3 – Sediakan katil yang sesuai untuk anak terutama anak kecil yang lasak tidur. Pemilihan katil amat penting di samping untuk memberikan keselesaan yang terbaik untuk anak juga keselamatan harus diutamakan. Sebaik – baik katil yang sesuai ialah jenis “playpen” yang berdinding jaring kain cotton. Kalau katil bayi yang berkayu biasa , saya khuatir keselamatan anak – anak kerana peluang untuk mereka memanjat dan cedera lebih tinggi dari jenis “playpen”.
4 – Untuk anak yang lebih besar, katil kanak – kanak yang sesuai dengan bentuk yang menarik lebih sesuai untuk mereka. Ada berbagai jenis rekaan dan bentuk yang direka khas sesuai dengan jantina dan citarasa mereka. Jika menggunakan katil, kita boleh guna untuk masa yang lama.
5 – Bentangkan cadar yang menarik dengan gambar kartun yang mereka suka. Lebih baik , biar mereka pilih sendiri corak dan warna apa yang mereka suka dengan panduan anda.
6 – Kalau bajet kecil, tidak ada masalah. Bentangkan saja tilam atau comforter untuk mereka.
7 – Pastikan bilik dilengkapi dengan kipas atau aircond kalau mampu.
8 – Pastikan ubat nyamuk dipasang atau diperiksa bilik itu terlebih dahulu kalau – kalau ada semut atau lipas. Jadi di sini, kebersihan amat dipentingkan. Sentiasa membersih dan mengemas bilik anak anda. Sentiasa menjemur tilam dan bantal sekerap yang mungkin. Buka tingkap setiap pagi seluas – luasnya untuk pengudaraan dan pencahayaan semaksima yang mungkin agar segala hama dan virus mati.
9 – Pasang lampu tidur untuk anak. Pilih bentuk yang menarik yang mereka suka. Jangan biarkan anak tidur dalam gelap. Tidur dengan lampu tidur lebih baik sebab kalau anak terbangun dan mahu ke bilik air atau mencari kita, mereka tahu ke mana mahu dituju.
Ads
10 – Boleh gantung bintang, bulan atau apa saja bentuk yang menarik di siling. Elakkan gantung binatang seperti ular, buaya , biawak , dinosaur atau sebarang binatang buas. Tidak elok untuk semangat anak – anak.
11 – Buat permulaan latihan untuk anak tidur berasingan dari ibubapa, anda boleh menemani mereka pada malam – malam terawal mereka.
12 – Jangan terlalu memaksa mereka untuk berpisah tidur dari kita.
13 – Temankan mereka tidur dengan membacakan buku cerita kepada mereka. Pilih cerita – cerita yang sesuai seperti kisah -kisah nabi, para solihin dan cerita kanak – kanak sebagai contoh teladan. Bacakan dengan suara yang lembut, perlahan dan membuai rasa mengantuk mereka. Elakkan cerita seram atau cerita kelakar, nanti mereka langsung tak boleh tidur atau mereka akan ajak anda bermain dan bergurau sampai subuh.
14 – Bagi mereka peluk bantal peluk atau teddybear atau apa – apa yang mereka selesa dengannya. Sebagai pengganti diri anda dan peneman mereka tidur.
15 – Bila mereka sudah lena, bolehlah anda beransur dengan perlahan. Suka diingatkan di sini, ada anak – anak yang mudah tertidur dan senang nak dipisahkan tetapi ada yang tersangat susah. Anda harus banyak bersabar kerana anda ibu yang penyayang dan jelita. Teruskan dengan cara ini sehingga berjaya.
Ads
16 – Jangan rapatkan pintu bilik anak agar anda mudah mendengar apa-apa bunyi dari bilik mereka.
17 – Sentiasa bangun memeriksa keadaan mereka ketika tidur.
18 – Pastikan setiap tingkap dan pintu bilik air mereka tertutup.
19 – Sebaik – baiknya anda meletakkan pengesan bunyi atau sejenis walkie talkie yang mana alat ini sesuai diletakkan untuk mengesan sembarang bunyi dari bilik anak anda. Anda boleh mendengar suara anak terjaga atau menangis atau mereka memanggil anda dari bilik anda. Tanya penjual bagaimana nak setkan alat tersebut.
20 – Anda boleh bergilir dengan suami untuk meneman dan menidurkan mereka.
21 – Tidurkan mereka awal – awal agar anda ada masa untuk melayan suami atau membuat kerja lain.
22 – Peringatan di sini, jangan letak banyak mainan di bilik tidur anak. Satu dua cukuplah. Setkan di fikiran mereka bilik tidur adalah untuk tidur. Jika tidak sampai pukul berapa pun mereka tidak akan tidur kerana asyik dengan mainan
Penyanyi terkenal yang juga merangkap guru, Tasha Manshahar baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Muammar 1 tahun.
Apa yang menariknya ulang tahun Muammar apabila Tasha sendiri yang berusaha membuat kek hari jadi buat Muammar walaupun sebelum ini dia langsung tidak pernah membuat kek.
Memandangkan Muammar masih kecil lagi, Tasha membuat keputusan untuk membuat sendiri kek yang boleh baby makan.
“Our Muammar is turning 1yo today. How time flies. Happy 1st Birthday, my little hero. Minta jasa baik semua doakan supaya Muammar membesar sihat, baik, bijak dan bermanfaat. Terima kasih ya semua, sebab sayang Muammar walau hanya dari kejauhan.”
“Mommy spam banyak gambar and video harini dekat feed and igstory sebab mommy tengah reminiscing pengalaman melahirkan Muammar tahun lepas. Sorry okay”
“Dari awal lagi I mmg dah niat nak bake birthday cake specially for Muammar on his 1st birthday walaupun sebenarnya i tak pernah dan tak pandai baking langsung! Tapi saja nak make today more memorable and meaningful (atleast for me).”
“Tengah malam semalam ya i mula baking time semua org dah tidur. Nervous gila sebab memang tak reti!”
“Kek cantik order jugak untuk orang dewasa makan, tapi Muammar kan tak boleh makan kek tu sebab dia baby lagi, so I made an effort inspired by many other supermoms out there untuk buat cake yang anak boleh makan.”
“Boleh je nak upah baker buat ikut resipi yang kita bagi, tapi i saja nak buat sendiri hehehe. Tapi berani mati jugaklah i sebab honestly kuantiti bahan dia ada yang i main agak-agak je”
“Nasib baik lahhhhh rasa dia boleh tahan sedap walaupun rupa dia agak mengerikan ya. Patut mommy boleh design-design letak buah ke tapi mommy tak sempat, sorryyy Muammar”
“Emmm nak share resipi tapi rupa kek kita pun mcm tak berapa meyakinkan…tapi ada yang nak resipi ke?”
Tasha mendirikan rumah tangga dengan Raqib pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang. Pasangan ini menimang cahaya mata pada 21 Jun tahun lalu.
Setiap hubungan perkahwinan perlu sentiasa disuburkan sepanjang masa. Bukan hanya di awal perkahwinan sahaja. Sepatutnya lagi lama berkahwin, hubungan suami isteri lagi kuat. Namun situasi hari ini ramai pasangan bila dah berkahwin lama, mula rasa puas dan sengaja mencari alasan tiada keserasian.
Jika cinta tidak disemarakkan, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan hubungan yang dingin bertambah serius.
Bagi menambahkan kemanisan hidup rumah tangga, sepatutnya peranan suami isteri kena sama-sama seimbang. Barulah sentiasa ada manisnya.
Apa yang patut kita lakukan supaya hubungan suami isteri sentiasa rasa mahal. Perkongsian dari Encik Muhammad Hassan ni cukup bagus dan boleh dimanfaatkan bersama pasangan.
Lakukan teknik ini
Physical Touch
❤ Peluk pasangan dari belakang.
❤ Pegang tangan dia dengan penuh kasih sayang.
❤ Picit hidung, gosok pipi dia zahirkan kemesraan.
❤ Cium dahi dia dengan cinta setiap kali pergi dan pulang dari kerja.
❤ Doa kebaikan dihadapan dia, biarkan dia dengar setiap doa kita.
❤ Ketika pegang tangan, tatap wajah dia dan katakan kepada dia kita terlalu sayangkan dia, sayang hingga ke syurga.
Break the routine
🧿 Cuba lakukan yang lebih dari biasa.
Jika sebelum ini isteri siapkan sarapan, apa kata esok pagi kita pula sediakan sarapan.
🧿 Jika sebelum ini isteri kejutkan kita solat Subuh. Apa kata esok kita pula yang kejutkan isteri dan keluarga solat Subuh.
🧿 Jika sebelum ini isteri setiap hari basuh dan jemur pakaian. Apa kata esok kita pula buatkan. Malam ini masukkan ke dalam mesin, esok selepas subuh jemurkan.
🧿 Jika sebelum ini tak pernah picit urut kaki isteri, cuba selepas solat nanti minta isteri hulurkan kaki, picit-picitkan kaki dia.
🧿 Sebelum ini tak pernah makan bersuap, minum air satu gelas. Cuba makan malam nanti suapkan pasangan, minum satu gelas yang sama dan tempat yang sama.
🧿 Jika sebelum ini dah lama tak ajak isteri makan tengah hari cuba esok ajak isteri makan di luar, pilih tempat yang dia sukai.
🧿 Cipta masa untuk bawa isteri dan keluarga jalan-jalan. Pusing kampung, pusing taman pun dah cukup melegakan.
Nak tahu kesan dia?
Cuba buat sekarang tengok dalam beberapa hari. Pasti pasangan kita sangat teruja dengan teknik ini. Hubungan makin baik, isteri mula merasai dirinya dihargai, suami akan makin jatuh cinta.
Memang lumrah ibu-ibu, walaupun sakit tetap akan melakukan kerja rumah dan tetap menjalankan tugas sebagai ibu serta isteri. Penat macam mana sekalipun para ibu tetap tidak akan berhenti dan berehat. Baginya, selepas berkahwin hidup hanyalah untuk suami dan keluarga.
Tapi ibu-ibu perlu ingat, sekuat mana pun kita usaha untuk melaksanakan tugasan kita. Kita tetap memerlukan rehat. Ambil masa dan tenangkan diri, buatlah terapi diri yang anda sukai kerana ibu-ibu juga manusia biasa. Jika bukan anda yang meraikan diri sendiri, siapa lagi kan?
It’s OK Mommy…
It’s OK Mommy untuk take a break dari melayan anak bermain dan memintanya bermain sendiri pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari memasak dan memberi anak makan apa saja yang ada di rumah, asalkan kenyang pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari sesi pengajaran akademik dan membiar anak menonton kartun dari ipadnya pada hari ini.
It’s Ok Mommy untuk take a break dari mengemas dan mencuci lalu bergolek saja senang hati layan YouTube pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari mengurus rumah dan anak-anak untuk melepak sebentar bersama kawan-kawan pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari tidurkan anak on time demi layankan movie best di Netflix pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari habit pantang nampak makanan kegemaran anak di kedai pasti nak belikan dan beli saja apa anda mahu untuk diri sendiri pada hari ini.
Tidak ada sesiapa yang akan berikan ibu cuti jika bukan ibu sendiri.
Tidak ada sesiapa, TERMASUK anak- anak, boleh buat ibu gembira jika bukan ibu sendiri.
Tidak ada anak yang gembira memiliki ibu yang tak hidup dengan gembira.
Pemandangan indah yang terpampang di depan mata hanya MAMPU DI NIKMATI ANDAI
KITA MEMILIH UNTUK BERHENTI SEKETIKA.
Maka ibu belajarlah untuk berhenti seketika. Kerana, urusan hidup dan tanggungjawab tidak akan pernah selesai samada ibu pilih untuk take a break atau tidak.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.