Perubahan hormon, morning sickness dan keletihan semasa hamil adakalanya membuatkan ibu-ibu jarang bersiap semasa kandungan makin sarat.
Hanis Zalikha juga mungkin berhadapan situasi yang sama. Dalam entri Instagramnya, Hanis memuatnaik foto yang menampakkan baby bump.
Katanya kalau tidak bersiap untuk keluar, maka tiada foto yang dirakamkan pada kehamilan anak keduanya ini. Jadi dia cuba untuk mengabadikan foto di Instagram sebagai kenangan untuk tatapan anak yang bakal lahir nanti.
haniszalikha “Kalau tak keluar bersiap, memang takde gambar time pregnant ni ?
Ads
“Mommy tried sayang, so one day I can tell you, this was me when I was pregnant with you ❤️.
Hanis jarang memperlihatkan baby bump nya di Instagram membuatkan peminat teruja. Masing-masing memuji kecomelan baby bump milik selebriti ini dan menyatakan tidak sabar untuk menatap adik Yusuf Iskandar yang bakal lahir kelak.
Para peminat tidak ketinggalan meneka jantina bayi. Ada yang meneka lelaki dan ada pula yang mengatakan perempuan.
Kehamilan bukan saja tentang perubahan fizikal, tapi juga satu perjalanan spiritual. Bila ibu tenang dan dekat dengan Allah, insyaAllah anak dalam kandungan pun rasa kasih sayang dan ketenangan tu.
Ramai pakar dan ustaz menyarankan supaya ibu-ibu mengamalkan bacaan surah-surah tertentu sepanjang tempoh kehamilan sebagai salah satu cara untuk memohon perlindungan, ketenangan, dan kelahiran yang mudah.
Jom tengok surah-surah dan doa-doa yang boleh ibu amalkan:
1. Surah Maryam – Untuk Mudahkan Proses Kelahiran
Surah ini sangat sinonim dengan ibu hamil sebab kisahnya berkaitan dengan kelahiran Nabi Isa a.s. yang dilalui oleh Maryam seorang diri. Amalkan surah ini untuk memohon kekuatan dan kelahiran yang dipermudahkan.
Waktu terbaik: Dibaca setiap hari, lebih-lebih lagi masuk trimester ketiga.
2. Surah Luqman – Untuk Anak Yang Bijak & Berakhlak Mulia
Mengandungi nasihat Luqman kepada anaknya tentang syukur, solat, akhlak dan tawaduk. Bacaan surah ini bagus untuk mendoakan agar anak yang lahir menjadi insan yang bijak dan berakhlak mulia.
Bonus: Boleh juga bacakan ayat ini secara kuat agar bayi dapat “dengar” dan ‘absorb’ aura positifnya.
3. Surah Al-Fatihah & Ayat Kursi – Pelindung Dari Gangguan
Amalan ini sangat bagus diamalkan setiap pagi dan malam. Untuk ibu yang mudah rasa takut atau gelisah, ini adalah antara ayat pelindung dari gangguan syaitan dan energi negatif.
Tip: Baca sambil usap perut, niatkan perlindungan untuk ibu dan anak.
4. Surah at-Taubah
Seperti Surah Yaasin, surah at-Taubah ini juga boleh diamalkan oleh bakal ibu dan bapa untuk membersihkan jiwa dan memelihara anak daripada maksiat.
5. Surah Yusuf
Bila menyebut surah Yusuf mesti terlintas di fikiran berkenaan paras rupa yang cantik dan segak. Namun begitu tahukah anda, selain untuk paras rupa dengan mengamalkan surah ini, kita juga berdoa agar anak yang dilahirkan nanti menjadi seorang muslim yang sentiasa menjauhi zina dan cantik akhlaknya seperti Nabi Yusuf.
6. Doa Nabi Yunus – Bila Rasa Down atau Letih Sangat
Doa ni sangat menenangkan jiwa. Sesuai dibaca waktu rasa sedih, hilang semangat atau tertekan. Ibu hamil memang akan alami fasa emosi naik turun. Jadi doa ni boleh jadi penyelamat hati.
7. Doa Surah Al-Imran Ayat 38 – Untuk Zuriat Yang Baik
Ini doa Nabi Zakaria minta zuriat yang baik. Walaupun anak dah ada dalam kandungan, tak salah untuk terus minta agar anak tu jadi anak soleh/solehah, penyeri hidup dan penyejuk mata.
8. Surah An-Nahl (Ayat 78)
Ayat 78 dalam Surah An-Nahl ini boleh diamalkan para ibu dan bapa bagi memperolah anak yang bersikap rajin dan berdisiplin.
9. Surah Al-A’raf (Ayat 54)
Ayat ini juga boleh diamalkan oleh ibu bapa sepanjang sembilan bulan mengandung agar proses bersalin nanti menjadi lebih mudah
Doa Mudah Bersalin
Selain surah-surah di atas, bakal ibu juga boleh mengamalkan doa dibawah ketika sudah hampir proses bersalin:
“Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
Cara Amalan Ringkas:
* Baca selepas solat atau bila-bila masa tenang.
* Niatkan doa dengan penuh harapan, sambil letak tangan atas perut.
* Konsisten lebih baik dari banyak tapi jarang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengumuman pemberian vaksin yang dibolehkan kepada ibu hamil pastinya memberi kelegaan kepada semua ibu hamil. Dengan adanya vaksin pastinya lebih perlindungan buat ibu-ibu hamil.
Namun pastinya ada ibu yang keliru sambil menunggu bila waktu sesuai mereka dipanggil untuk menerima vaksin. Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari berkongsi informasi mengenai waktu sesuai ini untuk semua ibu hamil.
MENGANDUNG DAN VAKSIN COVID-19
Ramai mengandung ye musim PKP ni. Yelah, duduk rumah je kan tak boleh nak keluar. Orait jom kita belajar apa kebaikan vaksin C-19 untuk ibu hamil. Berdasarkan satu kajian di UK, didapati bahawa ibu hamil semasa trimester ketiga (> 28 minggu hamil), merupakan golongan paling kerap masuk hospital dan mendapat penyakit teruk kalau dijangkiti C-19.
Bagi mereka, kebarangkalian untuk kelahiran mati / stillbirth dan pramatang adalah lebih tinggi semasa trimester ketiga. Kalau mengandung dan ada penyakit kronik lain juga, pun amat berisiko untuk ibu hamil.
Ibu hamil diberikan vaksin Pfizer sahaja di Malaysia setakat ini. Ini kerana Pfizer dan Moderna (takdak kat Malaysia) telah diberikan kepada 100,000 ibu hamil di US dan data menunjukkan vaksin2 itu selamat. UK pun kasi Pfizer dan Moderna kepada ibu2 hamil.
Kebaikan kalau divaksin: 🟢Mengurangkan risiko penyakit C-19 yang teruk untuk ibu hamil
🟢Mengurangkan risiko stillbirth dan kelahiran pramatang
🟢Berpotensi mengurangkan penyebaran penyakit ke orang rumah yang berisiko
Menurut kata Dr Izzar lagi, ada waktu-waktu tertentu yang dirasakan paling sesuai untuk wanita hamil divaksin. Ini penjelasan dari doktor.
Kenapa ibu mengandung perlu divaksin pada minggu ke 14-33?
Kita nak elak vaksin sebelum 14 minggu hamil sebab janin masih tengah membesar masa tu. Kita tak naklah kacau kan.
Aim dia juga ialah supaya ibu mengandung mendapatkan immunity dari vaksin sebelum masuk trimester ketiga sebab macam saya cakap, masa trimester ketiga lah ibu mengandung paling berisiko. Kalau kita vaksin ibu pada minggu hamil 34 ke atas macam takde function dah sebab tak banyak kebaikan untuk ibu hamil masa tu.
Tahniah kepada ibu-ibu hamil yang dah sempat divaksin. Yang tak sempat tu jagalah diri & ikut SOP. Wife saya pun tak divaksin lagi. Tengah menyusu baby lagi ni. Tengah tunggu panggilan vaksin je ni. Harap-harap tak lama lagi korang semua akan dapat vaksin. Sekarang tengah Fasa 3.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izzar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Desas desus aktor kacak, Remy Ishak yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi akhirnya dirungkaikan selepas aktor kacak itu akhirnya mengesahkan bahawa isteri tercinta, Ezza Yusof kini hamil 5 bulan.
Akui Remy lagi, apa yang dilaluinya kini adalah perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia merupakan satu pengalaman luar biasa kata Remy.
Menurut bakal bapa itu, dia dan isteri memilih untuk tidak menghebahkan kandungan itu kerana masih diperingkat awal lagi.
“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.”
“Jadi, memang tak boleh nak kongsi. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehlah saya kongsikan kepada orang ramai,” ujarnya yang mengakui begitu teruja bakal bergelar bapa.
Teruja bakal bergelar bapa empat bulan lagi, aktor yang menjadi kegilaan ramai ini juga turut memohon untuk mendoakan perjalanan kehamilan isterinya.
Malah kini teramat bersyukur kandungan isteri berada dalam keadaan baik dan sihat selepas beberapa kali melakukan imbasan (ultrabunyi) setiap bulan.
Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan
“Sekarang kandungan dah lima bulan dan kita boleh nampak baby bump. Dah ada ‘baby’ dalam perut. Dah buat imbasan semua dan memang tak boleh sembunyi dah.
“Orang pun tengok keadaan dia macam mana sekarang kan? Begitulah dan betul apa yang diperkatakan ramai. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bakal bergelar seorang bapa. Memang sesuatu yang sangat istimewa.
“Cuma saya minta doa yang baik-baik daripada orang raami agar fasa baharu dalam kehidupan suami isteri antara saya dan Ezza mendapat rahmat Allah S.W.T. Rasa lain macam bila nak bergelar bapa,” katanya lagi.
Terdahulu, khabar angin mengatakan yang Ezza Yusof sedang hamil bertiup kencang melihat daripada kondisi penampilannya di media sosial. Remy dan isterinya Ezza Yusof mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Ogos 2021.