Siapa yang tidak mahu mendapat anak sihat dan pintar. Itu semua impian setiap yang bergelar ibu ayah. Anak yang cergas, cerdik dan ceria bukan boleh diperoleh tanpa sebarang rangsangan. Pelbagai usaha perlu ibu ayah lakukan jika ingin mencapai impian tersebut.

Secara umumnya pembentukan otak manusia bermula pada lapan minggu pertama kehamilan ibu. Otak adalah satu-satunya bahagian organ badan manusia yang akan terus berkembang sehingga bayi lahir. Rangsangan kepada bayi perlu dilakukan sejak dari dalam kandungan lagi.

Teknik rangsangan

1. Pertuturan

IKLAN

Bercakaplah dengan bayi anda setiap saat. Biarpun si kecil tidak faham apa lagi tetapi otaknya menyerap apa sahaja yang didengari dan dilihat. Berikanlah ucapan “Assalammualaikum/hello sayang, ini mama/papa, anak mama/papa ni bijak/pandailah dan sebagainya lagi kata-kata pujian yang positif. Cara ini dapat mengeratkan hubungan anda dengan anak selain boleh merangsang IQ bayi lebih tinggi serta perkembangan pertuturan yang lebih cepat.

2. Sentuhan

Semasa melakukan komunikasi, lakukan ia serentak dengan sentuhan dan belaian. Bayi memang suka dibelai dan disayangi. Cara ini dapat merangsang hormon gembira dan ceria si manja. Urutan juga dapat memberikan ketenangan kepada bayi selain mengurangkan dia meragam. Bayi yang gembira dan ceria akan membesar dengan lebih baik kerana rangsangan positif yang diterimanya. Pastikan emosi ibu juga dalam keadaan ceria dan gembira ketika melakukan rangsangan ini!

IKLAN

Rahsia Bayi Pintar Dapat Rangsangan Sejak Dalam Kandungan. Dengar Suara Mama Lagilah Aktif

3. Bunyi

IKLAN

Bayi yang terdedah kepada bunyi seperti bacaan al-Quran, zikir, irama muzik klasik secara berulang-ulang sejak dari dalam kandungan mampu merangsang serta optimalkan fungsi-fungsi otaknya. Bayi yang terbiasa dengan bunyi-bunyian tersebut lebih cenderung untuk kurang meragam, tenang, mudah tidur yang menjadi antara kriteria pentng untuk membesar sihat, cerdas secara optimal.

4. Pemakanan yang sihat

Amalan pemakanan sihat sepatutnya bermula sejak ibu disahkan mengandung lagi. Kemudian ia disambung dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dan diikuti dengan pengenalan kepada makanan pejal. Pemilihan makanan yang dimakan oleh ibu memainkan peranan penting kerana anak yang menyusu susu ibu turut menikmati khasiat makanan yang sihat. Selain itu bayi yang sudah mula makan makanan pejal hendaklah disajikan dengan makanan yang disediakan sendiri yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan, daging, ayam dan bermacam lagi makanan berkhasiat lain. Ia ternyata lebih bagus berbanding makan segera bayi yang dibeli.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI