Bila tiba musim perayaan, ramai yang akan pulang ke kampung halaman atau berkunjung ke rumah sanak saudara. Kadang kala memerlukan perjalanan yang jauh dan dalam keadaan kandungan yang sudah sarat.

Ibu Hamil Nak Travel Jauh Musim Raya Tak Ada Masalah, Cuma Pastikan Buat Perkara -Perkara Ini Dulu, Buku Pink Jangan Lupa Bawa

Kehamilan bukan masalah untuk membuat perjalanan jauh. Tapi ia memerlukan persediaan dan ibu hamil perlu membuat tindakan bijak untuk memastikan ada pelan sekiranya sesuatu perkara berlaku. Dr Afiq Rahim berkongsi perkara ini di dalam blog beliau. Perkongsian beliau adalah seperti berikut;

 

Tips Penting Ibu Hamil Untuk Perjalanan Jauh

Sebelum itu, saya telah menerima pelbagai soalan daripada netizen berkenaan kesesuaian mereka menempuh perjalanan jauh semasa sedang hamil.

“Adalah salah jika mengatakan tidak kepada ibu hamil untuk perjalanan jauh” menurut Professor Frank A. Chervenak, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Weill Medical College of Cornell University in New York City. Ujar beliau lagi:

“Anda perlu melihat kepada setiap situasi berdasarkan keadaan pesakit tersebut.”

“Paling penting adalah berbincang dengan doktor dan pihak kesihatan yang merawat ibu hamil. Jika doktor anda bimbang akan keselematan kandungan anda, maka anda wajib berasa bimbang juga tentang kandungan anda dan menilai samada perjalanan itu berbaloi atau tidak” tambah beliau lagi.

Panduan ini melibatkan dua komponen iaitu panduan umum dan panduan khusus.

#1 Panduan Umum

 

IKLAN

SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN:

Ibu Hamil Nak Travel Jauh Musim Raya Tak Ada Masalah, Cuma Pastikan Buat Perkara -Perkara Ini Dulu, Buku Pink Jangan Lupa Bawa

  1. Waktu terbaik untuk ibu hamil merancang perjalanan jauh adalah pada fasa kedua kehamilan antara 14 – 28 minggu. Sekiranya ibu dan bayi dalam kandungan sihat maka anda dibenarkan sehingga 36 minggu untuk menempuh perjalanan jauh. Kebanyakkan masalah kandungan berlaku pada fasa pertama dan fasa ketiga kehamilan.
  2. Ibu hamil yang berisiko tinggi dan tidak digalakkan menempuh perjalanan jauh adalah:
  • Ibu yang mempunyai masalah darah tinggi tidak terkawal.
  • Ibu hamil yang mempunyai masalah ‘Preeclampsia’ atau ‘Hampir Sawan’.
  • Ibu hamil yang pecah air ketuban pra matang. (premature rupture of membranes)
  • Ibu hamil yang mempunyai kontraksi pra matang (preterm labour)
  • Ibu hamil yang mengandung anak kembar.
  • Ibu hamil yang dinasihatkan oleh doktor untuk tidak menempuh perjalanan jauh atas faktor keselamatan diri dan kandungan.
  1. Sila bertemu dengan doktor dan berbincang mengenai rancangan perjalanan jauh anda sebelum memulakan perjalanan. Apakah perkara yang perlu dibincangkan bersama dengan doktor anda?
    • Apakah tujuan perjalanan tersebut?
    • Di manakah destinasi hala tuju perjalanan tersebut?
    • Berapa lamakah tempoh perjalanan tersebut?
    • Apakah perancangan aktiviti anda apabila selamat sampai ke destinasi?
    • Di manakah lokasi penting sebagai pusat rujukan kesihatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkenaan kehamilan anda?
    • Adakah selamat jika menempuh perjalanan jauh saat kehamilan menghampiri tarikh bersalin (due date)?
  1. Pastikan buku pink/merah klinik kerajaan atau kad rawatan susulan kehamilan swasta dikemaskini dan dibawa ke mana-mana anda berada. Hatta nak membeli belah pun WAJIB bawa buku tersebut ibarat seperti membawa kad pengenalan anda. Ini amat penting sekiranya berlaku kes kecemasan.
  2. Siapkan ubat-ubatan, vitamin kehamilan dan kit kecemasan di dalam beg anda sebagai persiapan sepanjangan tempoh perjalanan.
  3. Jika umur kandungan 28 minggu dan ke atas, siapkan juga satu beg kecil perkakas bayi semasa berpantang. Ini bagi menangani risiko kelahiran bayi samada cukup bulan atau pra matang sekiranya berlaku selepas menempuh perjalanan jauh. Juga boleh simpan sehelai seluar bersalin Mamapride, seluar bersalin yang mesra aurat dan patuh syariah di dalam beg anda sebagai persediaan bersalin pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
  4. Kenalpasti lokasi klinik kesihatan dan hospital yang terdekat di sepanjang perjalanan agar memudahkan urusan anda sekiranya berlaku sebarang hal kecemasan. Para suami, sila simpan koordinat lokasi hospital atau klinik kesihatan di sepanjang perjalanan anda di dalam Google Map atau WAZE beserta nombor telefonnya.
  5. Perjalanan yang paling selamat adalah wajar diutamakan. Sebagai contoh perjalanan menggunakan lebuhraya adalah lebih selamat berbanding jalan biasa walaupun ianya lebih jauh sedikit berbanding jalan biasa.
  6. Para ibu hamil boleh meminta klinik kesihatan yang menjaga anda untuk memaklukmkan kepada klinik kesihatan di kampung/destinasi yang dituju berkenaan kepulangan/ketibaan anda ke sana.
  7. Dapatkan perlindungan takaful/insurans (jika ada) buat ibu hamil sekiranya berlaku kes kecemasan di sepanjang percutian.

Ibu Hamil Nak Travel Jauh Musim Raya Tak Ada Masalah, Cuma Pastikan Buat Perkara -Perkara Ini Dulu, Buku Pink Jangan Lupa Bawa

SEMASA PERJALANAN

IKLAN
  1. Berehat selepas menempuh perjalanan jauh setiap 2 jam. Ibu hamil digalakkan mengosongkan pundi kencing pada waktu ini bagi menurunkan tekanan pada organ tersebut yang boleh meningkatkan risiko kontraksi. Selain itu, guna masa rehat ini untuk berjalan dan meregangkan badan serta melancarkan aliran darah terutama pada bahagian kaki.
  2. Segarkan diri dengan pengambilan air yang secukupnya. Perjalanan jauh amat memenatkan. Sekiranya mampu semasa perjalanan jauh, boleh berpuasa namun sebaiknya berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
  3. Pakai pakaian yang longgar. Elakkan pakaian ketat seperti seluar jeans ketat yang boleh menggangu pengaliran darah di kawasan kaki.
  4. Elakkan menempuh perjalanan jauh pada waktu puncak kesesakan trafik. Kesesakan trafik boleh berlaku di atas jalanraya, di stesen bas, di lapangan terbang dan di mana-mana sahaja hatta di klinik kesihatan mahupun di hospital pada musim perayaan ini. Periksa aliran trafik di laman sesawang seperti PLUS, LPT dan sebagainya.
  5. Jika ibu hamil mempunyai tanda-tanda bahaya di bawah ini, sila ke klinik kesihatan/hospital berdekatan pada kadar segera!

Ibu Hamil Nak Travel Jauh Musim Raya Tak Ada Masalah, Cuma Pastikan Buat Perkara -Perkara Ini Dulu, Buku Pink Jangan Lupa Bawa

  • Pendarahan daripada jalan bawah (Vaginal Bleeding)
  • Kontraksi atau sakit perut (Contractions or Abdominal/Pelvic Pain)
  • Pecah Air Ketuban ( Water Breaks)
  • Tanda-tanda Preeclapmsia (Sakit Kepala berterusan, kabur penglihatan secara tiba-tiba, sesak nafas, bengkak kaki dan tangan)
  • Muntah-muntah dan cirit birit yang teruk.
  • Sakit atau lenguh pada kaki terutama di kawasan betis, bengkak dan panas serta kemerahan. (Tanda-tanda DVT).
  • Pergerakan janin yang amat tidak aktif.

Alhamdulillah, anda selamat sampai ke destinasi yang dituju. Eh nanti dahulu! Periksa dahulu tips di bawah sebelum memulakan aktiviti percutian anda.

PANDUAN SELEPAS PERJALANAN SELESAI

  • Singgah ke klinik kesihatan/desa terdekat untuk pemeriksaan kehamilan anda. Lagi awal selepas anda selamat sampai adalah lebih baik. Bawa sekali buku pink/merah/kad swasta bersama untuk memudahkan urusan.
  • Pastikan rawatan berkala yang diusulkan oleh pihak klinik kesihatan disambung atau dilaksanakan oleh anda hatta apabila bercuti ke kampung. Sebagai contoh, pemeriksaan berkala tekanan darah seminggu sekali atau selang sehari sekiranya dimaklumkan.
  • Simpan nombor telefon jururawat atau doktor bertugas atas panggilan di klinik kesihatan yang berdekatan di kampung / destinasi bercuti anda  selain nombor telefon klinik sendiri. Ini amat penting sekiranya berlaku kes kecemasan.
  • Pastikan pergerakan janin sekurang-kurangnya cukup 10 pergerakan sehari dan tanda pergerakan tersebut di dalam buku pink apabila anda selamat sampai ke destinasi.
  • Jika ibu hamil mempunyai tanda-tanda bahaya seperti yang di atas, sila ke klinik kesihatan/hospital berdekatan pada kadar segera. Tangguh dahulu percutian and dan utamakan keselamatan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Ibu Hamil Nak Travel Jauh Musim Raya Tak Ada Masalah, Cuma Pastikan Buat Perkara -Perkara Ini Dulu, Buku Pink Jangan Lupa Bawa

“Paling penting adalah berbincang dengan doktor atau jururawat yang menjaga anda sebelum memulakan perjalanan jauh.”

Semoga bermanfaat dan kongsikan kepada para ibu hamil dan pasangan mereka ye.

Sumber: Dr Afiq Rahim

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI