Sebagai ibu bapa, anda pasti setiap anak bersatu hati, saling menghormati antara satu sama lain dan sayang menyayangi.
Memang kadang-kadang akan ada perbalahan kecil sesama mereka. Namun, jika anda sejak daripada awal, sudah mendidik mereka erti kasih sayang antara adik-beradik, tidak mustahil mereka akan berbaik dalam masa yang singkat lantaran tahu menilai kasih sayang yang telah anda terapkan dalam diri mereka.
Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.
1. Makan bersama
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.
Ads
2. Jaga antara satu sama lain
Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. Malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.
Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
Ads
3. Berlaku adil
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.
Ads
Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
4. Tolong-menolong
Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama. Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.
5. Tunjukkan contoh baik
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Disebabkan mahu melahirkan anak keduanya di tanah air, pelakon Lana Nodin sanggup mengambil risiko dengan menaiki penerbangan dari Los Angeles, Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur walaupun sarat mengandung.
Lana yang baru tiba di tanah air beberapa hari lalu bersyukur kerana tiada apa-apa yang berlaku sepanjang penerbangan dan selamat tiba di tanah air.
Menurut Lana, dia sanggup pulang ke tanah air dalam keadaan sarat kerana mahu menjalani tempoh berpantang di sini.
“Berpantang di sini lebih mudah. Ini kerana ada orang yang boleh membantu terutama apabila mahu bertangas dan berurut.
“Saya pula memang sangat percaya dengan rawatan tradisional selepas bersalin. Jika saya melahirkan anak di sana, susah kerana tiada orang yang boleh membantu saya berpantang,” katanya.
Dalam pada itu, Lana dan suami, Mohd Daud McKienzie juga beruntung apabila mendapat tajaan Rampai Puteri Medical Centre apabila dia bersalin nanti.
“Saya suka melahirkan anak di situ kerana hospital itu khusus untuk wanita dan kanak-kanak. Sebahagian besar doktor yang bakal menyambut kelahiran juga terdiri daripada wanita,” katanya.
Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan iaitu Gia Quinn McKienzie.
Sumber: Metro & Ig Lana Nodin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai mak mak yang mengadu penat dan letih bukan sebab mereka tak ikhlas, jaga anak, kemas rumah, memasak, lipat baju, santuni suami, bekerja, berniaga dan jaga mertua.
Bukan! Bukan! Bukan!
Kalau tak ikhlas, tak akan langsung di buat dah semua kerja kerja yang tak pernah habis ni.
Buat satu, datang dua kerja lagi. Buat hari ini, esok kena buat lagi kerja yang sama.
Gitu la 365 hari setahun..
Bukan setakat penat & letih tapi yang sebenarnya mereka dah TEPU JIWA, Allahu.. hanya yang berada di tempat mereka sahaja akan faham kondisi jiwa yang tepu.
Bila jiwa dah tepu, selalu la kita akan nampak para mak mak ni jadi,
– kelam kabut
– cuai & lalai
– tak selera makan
– muka kusam
– tidur tak lena
– susah tidur malam
– kuat melenting
– cepat sentap
Dan banyak lagi simptom negatif yang bukan di sengajakan tapi kerap di buat oleh mak mak..
Sesungguhnya, jika mak mak ini tenang jiwanya pasti mereka la orang paling ikhlas & cermat buat apa pun tugas.. sungguh!
Sayur taugeh sememangnya tidak tahan lama biarpun disimpan di dalam peti ais. Apa nak buat dengan lebihan sayur taugeh ini? Macam mana nak simpan agar kekal lama?
Tip mudah yang dikongsikan oleh Norhaniza Kamaruddin ini paling membantu untuk elakkan membazir dan terbuang begitu sahaja. Jom cuba!
Selalu kalau beli taugeh simpan dalam peti ais lebih 2 hari mesti dah jadi hitam hitam kan. Saya share petua yang saya amalkan.
Hanya letak sekeping asam keping dalam taugeh yang direndam air.
Biar dalam peti ais. Ia akan kekal rangup.
Nampak baru dan rangup. Mula-mula dulu memang tak percaya, bila dah tengok sendiri, baru lah berani share dalam ni.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.