Mama dan papa yang bakal menimang cahaya mata sulung, pasti teruja nak membeli barang keperluan dan kelengkapan bayi yang bakal lahir. Ada yang menunggu sehingga usia kehamilan cukup 7 bulan, baru mahu mulakan misi mencari barang bayi. Tidak kurang juga yang membeli sedikit demi sedikit sejak daripada awal.
Bagi mama dan papa jenis suka menyimpan daripada awal kehamilan, pasti sudah siap sedia mengasingkan wang khusus untuk bayi setiap bulan bukan? Jadi, di saat-saat akhir tak adalah terasa beban menanggung pertambahan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan.
Beli barang secara online juga menjimatkan terutamanya ketika promosi. Untuk lebih penjimatan, DPAMkini sedang mengadakan ‘free shipping’ untuk semua barangan. Klik siniuntuk shopping sekarang dan jangan lupa masukkan kod DPAMFS.
Baiklah, di sini disertakan panduan dan tip yang boleh anda berdua guna pakai dalam membeli barang keperluan si manja.
Ekspo bayi dan ibu hamil
Selain daripada iklan di akhbar, radio, televisyen, laman sosial di Facebook, Instagram atau Twitter; anda boleh dapatkan maklumat berkenaan ekspo bayi dan ibu hamil menerusi carian di Google.
Antara barangan yang kerap menjadi rebutan di ekspo seperti ini ialah lampin pakai buang kerana ia lebih murah berbanding harga pasaran biasa. Tambahan pula pembelian anda akan disertai bersama hadiah istimewa daripada pempamer.
Antara lain, boleh dikatakan semua keperluan yang anda perlu miliki boleh didapayi di sini. Pakaian ibu hamil, pakaian bayi, produk berpantang, katil, stroller malah insurans untuk si kecil pun boleh didapatkan di ekspo bayi dan ibu hamil.
Anda tidak perlu pergi ke banyak kedai. Satu lokasi meliputi semua barangan jualan. Sebab itulah anda wajib pergi ke ekspo-ekspo sebegini!
Waktu sesuai membeli-belah
Awal trimester ketiga adalah waktu paling sesuai untuk anda membeli-belah. Lazimnya, pada usia kandungan seperti ini, anda sudahpun dapat mengenalpasti jantina bayi dalam kandungan. Dengan itu, ia memudahkan diri anda untuk memilih keperluan yang bersesuaian dengan jantinanya.
Tambahan pula, ketika ini anda belum benar-benar sarat. Jadi, masih punya kekuatan untuk berjalan ke sana-sini demi mendapatkan barangan keperluan bayi. Bagi anda yang lebih gemar membeli-belah secara online, tentu sahaja ia lebih mudah dan menjimatkan masa.
Banyakkan pakaian bersaiz besar
Saiz bayi selepas dilahirkan tidak dijangka. Mungkin dia bersaiz besar. Mungkin juga bersaiz kecil. Jadi, baju yang anda patut belikan kepadanya digalakkan bersaiz 0 – 3 bulan. Sebaik-baiknya jangan beli pakaian bersaiz bayi baru lahir.
Tambahan pula, bayi memang cepat membesar. Kalau dibeli pakaian bersaiz kecil, tidak semena-mena anda perlu membeli pakaian yang lain pula dalam masa yang singkat. Selain daripada itu, anda tidak perlu membeli terlalu banyak pakaian bayi kerana mungkin ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda menghadiahkan bayi set pakaian.
Lampin bercorak
Masa kini, para ibu gemar menggunakan lampin pakai buang untuk bayi. Walaupun begitu, kain lampin masih perlu dibeli. Selain boleh dijadikan lampin, kain jenis ini juga boleh dijadikan sebagai kain bedung, tuala ataupun selimut!.
Oleh yang demikian belilah beberapa helai kain lampin. Jika mahu anda boleh dapatkan kain lampin bercorak yang lebih menarik pandangan.
Utamakan barangan terpakai
Jika anda kurang berkemampuan, tidak usah membazir wang dengan membeli stroller ar seat, baby carrier, baby chair dan katil yang mencecah harga ribuan ringgit. Anda boleh dapatkan barangan second-hand. Sudah pasti harganya lebih murah. Namun anda perlu lebih teliti dengan barangan tersebut. Pastikan ia masih elok dan dapat berfungsi dengan baik.
Perlu anda ketahui bahawa kadang-kadang bayi tidak suka duduk di dalam stroller atau car seat. Mungkin tidak selesa dengannya ataupun mahu berdamping dengan ibu bapanya. Sama juga halnya dengan baby carrier, baby chair dan katil.
Sebagai langkah permulaan, disarankan untuk gunakan barang terpakai terlebih dahulu. Bila anak sudah biasa dan serasi dengan penggunaan produk tersebut, barulah anda pertimbangkan untuk membeli produk yang baru.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sama ada betul atau tidak kehamilan boleh berjangkit tak dapat dipastikan tetapi ia telah berlaku pada 14 jururawat di salah sebuah hospital di Amerika Syarikat apabila mereka semua mengandung hampir serentak.
Kelahiran pertama bayi pada awal Jun lalu
Semua jururawat neonatal itu berkhidmat di unit rawatan rapi neonatal (Nicu) dan bahagian perbidanan Saint Luke’s East Hospital di Kansas City.
Caitlin Hall menjadi jururawat pertama daripada kumpulan itu yang bersalin dan menyambut kelahiran anak perempuan pada 3 Jun lalu.
“Saya fikir hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk hamil dan ini adalah kehamilan pertama saya, jadi saya cuba merahsiakannya sehingga usia kandungan 12 minggu.
“Bagaimanapun selepas itu orang lain mula membuat pengumuman (hamil), jadi saya juga berkongsi perkara sama.
“Kemudian, setiap dua minggu, orang lain pula umumkan ‘saya mengandung’,” katanya kepada Fox News Digital.
Kini masih menunggu 13 kelahiran lagi
Hall berkata, dia kini lebih memahami perasaan dan kesakitan ditanggung ibu hamil kerana turut mengalaminya serta dapat menenangkan pesakitnya dengan lebih baik.
Hospital itu kini menunggu kelahiran 13 lagi dengan jururawatnya dijangka bersalin pada tarikh pelbagai sehingga Disember.
Seramai 14 jururawat di Saints Luke’s East Hospital hamil serentak dan dijangka bersalin sehingga Disember ini. FOTO Agensi.
“Kami tidak sabar untuk menanti detik ini seperti mana yang berlaku untuk setiap kelahiran di hospital ini,” menurut kenyataan hospital berkenaan.
Seorang lagi jururawat yang hamil, Ellie Kongs berkata, dia tidak sabar dan teruja untuk berkongsi detik istimewa itu bersama rakan sepasukannya.
Doktor menjangkakan Kongs melahirkan anak pada penghujung Oktober ini.
“Kami mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kehamilan dan sebagai jururawat yang sudah mempunyai pengalaman ini adalah detik yang sangat mengujakan,” katanya.
Setelah mengumumkan berita kehamilan baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam berkongsi pula berita yang agak sedih sama ada boleh atau tak dia meneruskan kandungan.
Mesra disapa mommy Becca, dia memberitahu ini berikutan pengalamannya bersalin semua anak adalah secara czer. Bagaimanapun, pada Jumaat (7 Oktober) Rebecca dan suami telah berjumpa dengan Pakar O&G untuk mendapatkan kata sepakat dengan doktor.
Hasil daripada perbincangan dan melakukan scan, Rebecca menyatakan dia bertekad untuk meneruskan kandungannya.
Dalam perkongsian di insta storiesnya, dia memohon doa orang ramai agar dirinya terus kuat untuk membawa amanah ini dan semoga dipermudahkan urusannya sehingga bersalin kelak.
“InsyaAllah doakan saya strong. InsyaAllah saya keep this baby. tadi scan baby dah ada jantung, dengar degupan jantung dia. Jatuh air mata saya,” tulisnya.
Rebecca juga turut berkongsi perkembangan bayi yang dikandungnya.
“Saya percaya saya boleh, InsyaAllah. Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan saya dan ‘baby bump’,” kongsinya.
Sementara itu, Rebecca juga turut berkongsi gambarnya dan suami pergi membuat pemeriksaan kandungan serta sedutan video pendek dihadapan bilik doktor.
“Today check up and scan time for my baby bump, Bismillah 🤰😉
“Doa kan yang baik-baik k, di pagi Jumaat Barakoh ni dan semoga doa yang baik-baik semua buat anda juga,” tulisnya.
Sebelum ini, Rebecca menyatakan doktor risau dengan kehamilan ini jika diteruskan sebab takut dirinya tak kuat sehingga kandungan 9 bulan, ia mungkin membahayakan nyawanya. Namun pada bayi, insyaallah ok.
Diharapkan kehamilan keenam Rebecca akan dipermudahkan dan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Amin.
Kredit: IG Rebecca Nur Al-Islam
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Dalam dunia selebriti, tidak semua berita manis datang dengan muzik latar dan bunga-bunga. Namun bagi pelakon anggun Siti Saleha, segalanya kini terasa seperti sebuah filem romantik dengan penghujung yang paling indah dia kini sedang hamil empat bulan dan bakal menimang cahaya mata sulung bersama suami tercinta, Joshua Fitton.
Pengumuman itu dibuat dengan penuh gaya: satu video pendek di Instagram memperlihatkan pasangan bahagia ini memegang imej imbasan ultrasound sambil tersenyum manja. Tanpa sebarang kapsyen berlebihan, hanya kata-kata bersahaja:
“Perut Josh pun makin besar, jadi saya fikir elok kami ‘matching’ je terus.”
Ribuan peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah. Rakan artis turut membanjiri feed dengan reaksi teruja daripada pelakon gandingan, jurusolek sehinggalah kepada pengarah filem yang pernah bekerjasama dengannya.
“Saya Tahu Saya Hamil Selepas Balik Dari New Zealand…”
Bercerita kepada media, Siti Saleha berkongsi bahawa dia mengetahui tentang kehamilannya ketika usia kandungan baru mencecah enam minggu.
“Saya dan Josh baru sahaja balik dari bulan madu di New Zealand. Saya ingatkan jetlag yang buat saya rasa lesu, rupa-rupanya ada nyawa kecil yang sedang membesar dalam rahim saya,” ujarnya sambil tersenyum, memegang perutnya yang mula membulat sedikit.
Menurut pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu, tempoh awal kehamilan banyak mengajarnya tentang erti ketabahan. Morning sickness, perubahan hormon dan perasaan cemas menjadi sebahagian daripada ‘skrip hidup’ barunya tetapi dia menegaskan, semuanya berbaloi.
“Saya tak sabar nak rasa tendangan kecil itu. Setiap hari saya bangun dengan rasa penuh harapan dan debaran.” tambahnya lagi.
Untuk makluman, Siti Saleha telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Joshua Fitton, dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung penuh sederhana namun indah pada 24 Februari 2025. Majlis pernikahan itu diadakan di sebuah resort eksklusif yang terletak di kawasan perbukitan Janda Baik, Pahang, dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta rakan rapat.
Drama Terakhir Sebelum Berehat: Bad Cop
Difahamkan, drama Bad Cop merupakan projek terakhir yang disempurnakan oleh Saleha sebelum mengambil keputusan untuk berehat sementara daripada dunia seni.
Siti Saleha menyatakan bahawa dia mahu memberikan sepenuh perhatian kepada fasa kehamilannya ketika ini. Baginya, bidang lakonan boleh diketepikan buat sementara waktu kerana detik menjadi seorang ibu hanyalah datang sekali dalam hidup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.