Susu kultur adalah antara contoh makanan yang mengandungi probiotik atau dipanggil bakteria baik. Bakteria baik ini berfungsi meningkatkan persekitaran sihat di dalam sistem penghadaman. Puan Nurbaidurah Bazid, Pegawai Dietetik berkongsi bilakah susu kultur sesuai diberikan kepada kanak-kanak.
Bilakah susu kultur ini boleh diberikan?
Menjawab pertanyaan ini, terdapat beberapa kajian mengenai susu kultur atau probiotik di kalangan kanak-kanak bermula satu tahun dan ke atas. Kebanyakan kajian menunjukkan kesan yang positif khususnya bagi mengatasi atau mengurangkan penyakit atau gejala yang berkaitan dengan usus atau sistem penghadaman.
Namun, tidak banyak kajian yang dijalankan kepada bayi yang berusia bawah satu tahun. Maka saranan saya, susu kultur ini boleh diberikan pada seawal usia satu tahun tetapi perlu dikawal dan jangan berlebihan. Saranan saya mengikut kajian-kajian yang terdapat kini, hadkan pengambilan susu kultur pada kadar 65ml sehari, atau bersamaan 1 botol kecil sehari.
Seterusnya, apakah alternatif lain yang juga mengandungi probiotik atau bakteria baik ini?
Antaranya ialah kefir dan makanan yang ditapai seperti tempe. Suka untuk saya kongsi di sini, selain bakteria baik (probiotik), ada satu faktor lain yang menyumbang meningkatkan lagi kesihatan sistem penghadaman iaitu prebiotik. Ia adalah hasil daripada makanan yang tidak terhadam dalam sistem penghadaman, yang memberi manfaat menyokong pertumbuhan bakteria baik. Fungsinya sama seperti makanan kepada bakteria baik.
Antara contoh makanan yang mengandungi prebiotik adalah madu, bawang merah, asparagus, pisang dan oat. Maka, selain kita mengambil bakteria baik, makanan untuk bakteria baik ini juga penting bagi memastikan ketahanan bakteria baik yang berada di dalam sistem penghadaman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peniaga jual mi segera dalam cawan depan sekolah, ibu kecewa, sangka anak beli air. Sebagai ibu bapa tentunya nada berasa kecewa bila ada peniaga yang mengambil kesempatan menjual makanan ringan dan segera kepada murid-murid.
Jika di rumah, ibu bapa sebaik mungkin memastikan anak-anak mendapat makanan yang yang berkhasiat. Bagaimanapun bila di luar, anak-anal mudah terpengaruh dengan makanan tidak sihat seperti jajan dan makanan segera.
Baru-baru ini, seorang ibu meluahkan rasa kesalnya selepas mendapat tahu ada peniaga yang menjual mi segera di dalam cawan di luar kawasan sekolah anaknya.
Menerusi perkongsian tersebut, seorang wanita telah meluahkan rasa kecewanya terhadap peniaga di perkarangan sekolah anaknya.
Difahamkan, pada awalnya dia menyangka anaknya telah membeli air di luar perkarangan sekolah. Namun, terkejut selepas melihat anaknya memegang mi segera yang diisi di dalam cawan plastik.
“Saya percaya ibu bapa ada yg mengamalkan sistem ‘meggi cheat day’ di rumah. Hanya waktu tertentu dan yang dibenarkan sahaja baru boleh dimakan.
“Jika di depan sekolah peniaga menjual secara terbuka, apa lah gunanya pemantauan ibubapa dirumah? Bagaimana pula jika anak membeli tanpa pengetahuan ibu bapa kerana teringin?.
“Saya sangat berharap peniaga dapat menbantu atau memahami kami sebagai ibu bapa untuk tidak menjual meggi didepan sekolah,” tulisnya.
Namun, dia tidaklah bermaksud mahu menutup periuk peniaga berkenaan, malah hanya sekadar memberi nasihat kepada mereka untuk lebih peka dan bertimbang rasa.
Sebelum memperkenalkan sesuatu makanan pada bayi, penting untuk ibu-ibu ketahui apakah anak akan alah atau mengalami alergi atau tidak dengan makanan tersebut. Makanan yang sering menyebabkan anak-anak alah adalah telur, susu, kakacang dan sebagainya.
Adakah anak yang mempunyai alergi protein telur akan mengalami ruam pada badan dan muka? Ini 12 tanda anak alergi makanan yang ibu bapa perlu tahu. Jom periksa si manja sekarang!
Alahan telur atau alergi protein telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur.
Badan akan memberi tindak balas seumpama telur adalah bahan berbahaya.
Situasi ini akan menyebabkan badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini akan merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia.
Keadaan ini pada akhirnya akan mengembangkan tanda anak alergi makanan seperti alahan telur.
Jika anda atau pasangan mempunyai alahan ini, maka berkemungkinan besar si manja juga akan mengalami keadaan yang sama.
Terdapat beberapa faktor boleh meningkatkan risiko untuk mengembangkan alahan ini, seperti:
Dermatitis atopik Kanak-kanak dengan kulit jenis ini adalah lebih berisiko dan cenderung untuk mengalami alahan makanan berbanding mereka yang tidak mempunyai masalah kulit.
Sejarah keluarga Anda berisiko tinggi untuk mengalami alergi makanan jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa menghidap asma, alahan makanan atau jenis alahan lain seperti ekzema.
Usia Keadaan alahan ini adalah 1 yang biasa dalam kalangan kanak-kanak. Seiring pertambahan usia, sistem pencernaan akan menjadi matang dan reaksi alahan semakin kurang berlaku.
Reaksi berlebihan sistem imun adalah punca kepada alergi makanan. Alahan telur berlaku kerana sistem pertahanan badan keliru dan menganggap protein telur sebagai berbahaya. Jadi, jika anda atau anak bersentuhan dengan protein telur, sel sistem antibodi badan akan mengesan dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk melepaskan histamin dan bahan kimia lain. Ia sekali gus menyebabkan wujudnya tanda dan simptom alahan.
Sama ada putih atau kuning telur, kedua-duanya mengandungi protein yang boleh mengakibatkan alergi. Tetapi biasanya alahan kepada putih telur paling biasa untuk berlaku. Bagi bayi yang menyusu juga cenderung mengalami alahan kepada protein telur ini jika ibu yang menyusu badan memakan telur.
12 tanda bayi alergi makanan
Tanda dan gejala alergi protein telur pada bayi dan kanak-kanak boleh jadi sama seperti penyakit konvensional. Simptom mungkin akan kelihatan selepas beberapa minit hingga sejam.
Wujud benjolan, tompokan atau ruam merah yang menyebabkan rasa gatal yang ringan hingga kronik. Komplikasi keadaan ini boleh menyebabkan ekzema.
Anda mungkin akan menyedari bengkak pada bibir dan juga lidah si kecil.
Anak dengan alergi makanan mungkin akan mengalami mata yang merah disertai dengan rasa gatal, bengkak serta pengeluaran air mata secara berlebihan.
Adakalanya, alahan ini juga boleh menyebabkan hidung menjadi tersumbat. Selain itu akan wujud hingus, kemerahan dan kegatalan pada bahagian hidung.
Keadaan ini mungkin sukar untuk dilihat, tetapi boleh dikenal pasti apabila anak menunjukkan rasa tidak selesa atau kesukaran untuk menelan.
Anak yang mengalami alergi makanan mungkin akan berdepan dengan situasi kesakitan pada perut atau mengalami cirit-birit.
Sesetengah kanak-kanak dan bayi akan kelihatan tidak selesa kerana rasa mual yang berterusan. Keadaan ini cenderung menyebabkan mereka muntah.
Jika si manja mengalami alahan makanan, mereka akan berdehit dan bernafas dengan cepat. Sekiranya berterusan, masalah asma mungkin boleh terjadi.
Anak yang diserang alergi protein telur akan berdepan situasi denyutan jantung yang lemah, sekali gus menyebabkan rasa pening kepada mereka
Anak anda mungkin akan diserang gangguan kegelisahan dan secara tiba-tiba mereka mungkin akan pengsan.
Alahan makanan yang dialami boleh menyebabkan si manja mengalami peningkatan suhu badan. Keadaan ini sering disertai dengan simptom lain yang dinyatakan di atas.
Dalam tindak balas alahan yang melampau, anak anda mungkin akan mengalami kejutan anafilaksis. Ia adalah 1 keadaan yang boleh mengancam nyawa. Terdapat beberapa gejala yang mungkin berlaku:
Anafilaksis boleh menyebabkan kematian dan memerlukan pemerhatian perubatan yang segera!
Pemeriksaan doktor
Anda harus memahami alahan telur adalah berbeza dengan kepekaan (sensitiviti) atau intoleransi.
Walaupun tindak balas yang berlaku hampir sama tetapi dalam hal berkaitan kepekaan makanan kesannya lebih perlahan dan lebih ringan.
Namun yang pasti, alergi atau kepekaan makanan berkait rapat dengan sistem imun. Manakala intoleransi makanan pula berhubung dengan sistem gastrousus.
Jika wujud keraguan atau kebimbangan tentang keadaan anak, sebaiknya lakukan pemeriksaan untuk menentukan keadaan tepat.
Kes kanak-kanak yang tercekik urat besi dari penapis yang digunakan ibunya untuk menapis makanan yang dikisar memang mengerikan. Satu hal yang anda perlu tahu, ketika menyediakan makanan anak, tak perlu ditapis, cukup hanya dikisar sahaja.
Inilah yang dikongsikan oleh Dietitian Fizah Sobri ketika menyediakan makanan anak. Malah cara ini juga lebih buat anak kita sihat dan paling penting selamat.
Kes anak tercekik urat besi dari penapis yang diguna untuk tapi makanan/bubur baby. Sini saya nak tegaskan waktu nak mulakan makanan pelengkap untuk anak tekstur memang memainkan peranan penting untuk elak sembelit, namun tak perlu untuk tapis, hanya perlu kisar.
Kenapa tak perlu tapis?
1. Tekstur yang pejal sikit banding dengan air susu akan membantu anak menggerakan lidah dan mulut untuk kuatkan otot sana dan sedia untuk bercakap.
2. Tekstur yang pejal sikit banding susu akan mengurangkan risiko anak tersedak waktu makan, baby dapat bezakan yang mana perlu sedut/suck dan perlu aktiviti kunyah.
3. Makanan yang tidak ditapis mengandungi zat yang diperlukan banding air tapisan makanan waktu zaman dahulu blender tu amat mahal dan susah untuk dapat. sekarang blender senang saja dan murah. Tapi perubahan tekstur perlu dilaksanakan mengikut peringkat.
Stage 1 (kisar halus, tak perlu tapis)
Dalam keadaan puri bayi hanya
– merasa makanan dan telan
– sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
– transition dari susu ke makanan pelengkap
– jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup
– tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu
Stage 2 (lenyek atau kisar kasar)
Dalam keadaan lenyek
– bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut
– lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’.
– sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan.
– transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan.
– kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan.
Stage 3
Dari lenyek ke cincang halus
– kuatkan lidah baby untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
– melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
– makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan
– kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan
– dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan
Stage 4
Dari cincanh halus ke potongan yang kiun kecil
– bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut
– anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi
– kuantiti 5 – 7 sudu besar
– memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
Ubah tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak. Contoh 3 kali makan puri semasa nak introduce tekstur baru, bagi 1 kali makan lenyek 2 kali puri. Keesokan hari 2 kali lenyek dan 1 kali puri. Seterusnya 3 kali lenyek.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!