Pelakon berusia 31 tahun itu memaklumkan, dia selamat melahirkan bayi secara normal pada jam 6.15 petang seberat 3.45 kilogram.
“Alhamdulillah, kami kini berempat dengan kehadiran anak lelaki kedua. Syukur, semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.
Ads
“Saya melahirkan bayi ini secara normal. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan yang tiada henti. Kami sangat menghargainya,” katanya.
Ads
Dia juga turut berkongsi gambar bersama suami dan anak sulung mereka, Imran Iskandar yang kini berusia 3 tahun serta bayi berkenaan untuk tatapan peminat dan pengikutnya.
Di ruangan komen instagramnya netizen mengucapkan tahniah kepada Raja Farah dan suaminya kerana dikurniakan khalifah baru dalam keluarga mereka.
Raja Farah sebelum ini pernah mengalami masalah batu dalam hempedu ketika hamil 7 bulan. Ibu ini juga turut mengalami keadaan air ketuban semakin sedikit dan kedudukan bayi songsang pada usia kandungan 8 bulan setengah.
Dalam pada itu, beberapa minggu sebelum kelahiran keduanya, Raja Farah berkongsi dia kena melalui prosedur indius kerana mengalami gestational diabetes mellitus semasa hamil (GDM).
Sumber: ig rajafarahaziz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Jangan makan pati ikan haruan,” Ayda Jebat kongsi tip berpantang bersalin czer. Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkongsi pengalaman berpantang melahirkan anak secara pembedahan atau ‘czer.’ Ayda juga turut memberikan tip pemakanan khusus untuk wanita yang melalui prosedur sama.
Ayda, 33 tahun, mendedahkan bahawa doktor yang mengendalikan kelahiran anak sulungnya memberitahu bahawa tiada sebarang pantang larang ketat dari segi makanan selepas pembedahan czer.
Dalam hantaran di TikTok, Ayda berkongsi tip tersebut.
“Sebenarnya, boleh makan apa sahaja selagi tak menyebabkan gatal-gatal. Masa saya bersalin anak pertama, saya pernah tanya doktor, ada tak makanan yang perlu dielakkan?
Doktor beri tahu semua boleh makan. Kalau orang kata tak boleh makan ayam atau kicap, itu tak betul. Malah, ayam sangat bagus sebab sumber protein. Selagi tak gatal, boleh cuba makan sedikit demi sedikit,” jelas wanita berusia 33 tahun itu.
Bagaimanapun, Ayda berkongsi pesanan doktor agar menjauhi pengambilan pati ikan haruan selepas czer, kerana ia kurang sesuai untuk proses penyembuhan jahitan.
“Jangan makan pati ikan haruan, itu doktor saya memang tak benarkan kalau czer. Ramai cakap pati ikan haruan boleh cepatkan sembuh luka, tapi sebab jahitan di dalam, ia boleh menyebabkan lekatan yang akhirnya tak elok untuk luka czer,” katanya.
Perkongsian Ayda mendapat perhatian warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Sebagai info tambahan, Ayda Jebat berkahwin dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021, dan kini mereka dikurniakan dua anak, Ana Nayla dan Aali Mateen.
Amalan berpantang yang perlu diamalkan oleh ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean tidak banyak bezanya dengan ibu bersalin secara normal. Namun, ibu yang bersalin secara caesarean memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutamanya di bahagian pembedahan.
Malah, berkemungkinan besar ibu memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih sepenuhnya. Untuk memastikan tubuh kembali sihat, ini adalah apa yang perlu ibu buat.
1. Pakai stoking sentiasa
Stoking perlu dipakai sepanjang tempoh berpantang. Ia hanya boleh dibuka ketika mahu ke tandas dan semasa mandi. Di waktu lainnya ia perlu dipakai sepanjang masa. Di samping itu, jangan lupa sapukan minyak panas di bahagian telapak kakai. Cara ini bagus untuk membolehkan tubuh kekal panas dan mengelakkannya daripada dimasuki angin.
2. Berurut seperti biasa Terdapat salah tanggapan segelintir orang tentang urutan selepas bersalin caesarean.
Dikatakan ibu selepas bersalin secara pembedahan tidak boleh berurut. Sebenarnya, ia boleh dilakukan cuma bahagian luka pembedahan tidak disentuh.
Bahagian tubuh yang lainnya seperti kaki, tangan, belakang badan, kepala boleh diurut sama seperti ibu yang bersalin normal. Inilah masanya untuk tubuh dibelai selepas penat melalui proses bersalin. Tambahan pula urutan dapat membantu melancarkan aliran darah dan mempercepatkan pembuangan darah nifas.
3. Ambil makanan yang seimbang
Semasa berpantang, tubuh memerlukan zat pemakanan yang seimbang. Semuanya demi kesihatan dan pemulihan tubuh dan juga bekalan kepada si bayi menerusi penyusuan susu ibu. Walau berpantang, pastikan tubuh mendapat cukup karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan yang kaya dengan nutrien ini dapat menjadikan diri lebih bertenaga, membantu melawaskan pembuangan air besar dan melancarkan pengeluaran susu ibu. Diyakini buah oren bagus untuk diambil ketika berpantang secara caesarean. Bukan sahaja kaya dengan bekalan vitamin C, lebih daripada itu, ia membantu proses penyembuhan luka pada kadar yang cepat.
4. Minum air kosong mencukupi
Biarpun dalam tempoh berpantang, air kosong perlu diminum dalam amaun yang banyak. Antara dua hingga tiga liter sehari. Minumlah dalam jumlah yang kecil tetapi lakukannya secara kerap.
Selain daripada membantu kelancaran penghasilan dan pengeluaran susu ibu, air juga sangat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan luka.
5. Elakkan aktiviti lasak dan berat
Ketika berpantang, pergerakan diri perlu dijaga. Jadi, elakkan daripada mengangkat benda berat. Dibimbangi luka pembedahan menjadi terbuka atau bernanah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon cantik, Tasha Shilla yang selamat melahirkan bayi sulungnya pada 25 April lalu kini telah pun selesai berpantang selama 44 hari.
Selepas berpantang, nyata Tasha semakin cantik malah aura keibuaannya cukup jelas kelihatan. Berkongsi beberapa keping gambarnya bersama anak sulungnya, Raees Zander, Tasha terlihat semakin berseri-seri dan bahagia.
Terbaru menerusi Instagramnya, Tasha memberitahu telah pun melakukan penutup pantang yang seharusnya dilakukan sebaik sahaja tempoh berpantang selesai.
Begitu terharu dalam melalui detik hebat itu, Tasha turut meluahkan rasa terima kasihnya pada suami tercinta dan juga confinement lady yang begitu banyak membantunya mengembalikan semula kesihatan tubuhnya selepas bersalin.
“Syukur Alhamdulillah segala pujian dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan Rahmat-Nya, Tasha dapat menghabiskan proses pantang bersalin.
“Memang telah menjadi lumrah, selepas bersalin, ibu-ibu baru haruslah melakukan proses pantang bersalin, sama ada dari sudut makanan, pergerakan mahupun penjagaan fizikal badan.
“Terutama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada suami saya, keluarga tercinta dan sahabat-sahabat yang tak putus mendoakan untuk kesihatan saya selepas bersalin dan ucapan selamat berpantang,” kongsi Tasha.
Berkongsi dua keping gambarnya sebaik habis pantang, Tasha turut merakamkan perhargaan buat CL Kak Mel yang menjaganya selama ini.
Sedih berpisah dengan CL
Malah kata Tasha lagi, Kak Mel menjaga Tasha dan anaknya, Raees dengan penuh kasih sayang. Tidak hairanlah Tasha merasa begitu sedih sebaik mahu berpisah.
“Seterusnya kepada CL Kak Mel khusus dari @anggun.confinementcare terima kasih Kak Mel yang menjalani tugas dengan penuh semangat, sentiasa menjaga rutin harian dalam penuh disiplin dari lepas subuh hingga 8pm malam.
“Kak Mel seorang teramat ikhlas dan tekun dari mula hingga ke akhir penutup pantang. Masakan Kak Mel sangat sedap.
“Rasa sedih & kehilangan bila Kak Mel sudah pulang sebab Kak Mel sangat prihatin menjaga Raees dengan penuh kasih sayang.
“Proses rawatan yang Kak Mel lakukan juga dapat rasa urut yang berpengalaman, kebersihan yang rapi sewaktu rawatan dan juga time management yang sangat baik,” kata Tasha terharu.
Terdahulu, Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020 dan pada 25 April lalu, si comel Raees Zander menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)