“Kami Dah Tak Boleh Kerja.” Besar Ujian Suami Isteri Ini, Anak 9 Orang, 4 OKU

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila diuji dengan ujian 4 orang anaknya dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Menerusi perkongsian saudara Baharudin Abdul Latip, kehidupan suami isteri diuji dengan anak OKU dan dalam masa sama tak dapat bekerja kerana anak memerlukan perhatian dan rawatan susulan hospital.

Berikut adalah perkongsiannya:

“Anak saya 9 orang ustaz, 4 OKU tak sempurna, kami suami isteri dah tak boleh kerja kerana menjaga anak OKU ni, kadang-kadang tolong kawan sikit-sikit, saya susah sangat ustaz..” kata seorang bapa kepada anak-anak ini.

4 anaknya OKU, antaranya 3 tak boleh jalan langsung seperti bergolek-golek, satu luar kawalan terlalu aktif sehinggakan mencedera diri dan barang.

Tergamam kami lihat keadaan ramai anak-anak dalam rumah ini dan lihat anak-anak ini mengensot bergolek tak boleh berjalan, tak tahu nak cakap apa lagi, sedih kasihan dan keluarga ini perlu kita bantu.

Kami hantarkan kerusi roda ( walaupun masih tak cukup lagi ) bantuan makan dan duit belanja.

Kami akan datang lagi bantu keperluan susu khas, pampers size XL diperlukan banyak lagi, tambahan kerusi roda kerana anak-anak ini tiap minggu ulang alik ke hospital dan memerlukan belanja besar apatah lagi keadaan ibu ayahnya tak boleh bekerja.

Bersempena Ramadan mulia ini, kami di Pertubuhan Kebajikan Nur Insani ingin menghantar bantuan lagi untuk anak anak syurga ini sepanjang 10 hari terakhir Ramadan, kita kumpul sikit-sikit kita hantar bantuan kasihan nasib keluarga ini, sekurangnya bermakna raya hampir tiba.

Sumbangan boleh dihulurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Nur Insani-Maybank
554062337355  Reference: ( 9 anak OKU )

Kredit: Baharudin Abdul Latip

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

IKLAN