Setiap kali si comel Cailie muncul di Instagram bapanya, pelakon Ikmal Amry, sudah pasti menarik perhatian sesiapa sahaja. Mana tidaknya, raut wajah Cailie yang cukup comel, air wajah gabungan ibu dan ayahnya begitu mulus dan comel, cukup buat wargamaya cair.
Bahang menyambut Hari Raya yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi membuatkan Ikmal dan isteri teruja untuk menyambut raya bersama anak mereka, Cailie.
Namun kata Ikmal dia tidak mahu dibayangi rasa takut dan terkongkong membawa anaknya beraya nanti malah tidak kisah jika ada orang yang mahu mendekati dan mendukung anak perempuannya ketika beraya nanti.
Semuanya demi memastikan anak perempuan kesayangannya itu menjalani kehidupan yang normal.
Kata Ikmal lagi, dia dan isterinya, Najla Shamsul tidak mahu menjadi ibu bapa yang terlalu paranoid ketika membawa bayi ke mana-mana di musim pandemik ini.
Ads
“Kalau tanya kami berdua, kami okay saja kalau raya nanti ada yang nak dukung atau cium anak kami. Kami tawakal saja sebab tak nak beria nak halang orang. Beria sangat nanti, sakit tetap sakit jugak.
“Benda ni kami belajar masa pergi London baru-baru ni. Orang di sana dah tak pelitup muka, tiada penjarakan sosial, tiada SOP, orang pegang-pegang baby. Bila kami check test masa nak balik, negatif.
“Kita nak lalui kehidupan seharian, dengan nak raya lagi, kalau boleh nak enjoy dengan baby dan benda tu pada saya buat kita rasa terkongkong,” kongsinya.
Ads
Dalam pada itu kata Ikmal, dia juga mahu mengelak daripada menjadi ibu bapa yang terlalu memikirkan isu ini.
“Bukanlah tak nak terlalu menjadi sangat ke apa, kita tetap jaga tapi janganlah terlalu overthingkin. Itu yang buat kita stress.
“Cuma apa yang kami amalkan, bila balik dari keluar ke mana-mana, kami akan terus mandi, sabun dan bersihkan baby,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, Ikmal dan isteri mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020. Pasangan ini menimang cahaya mata sulung mereka pada 31 Disember tahun lalu.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan terkenal, Chryseis Tan selamat menimang cahaya mata kedua semalam dan berita gembira tersebut di kongsi oleh beliau menerusi laman Instagramnya.
Anak kepada Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, pemilik Berjaya Corporation meluahkan rasa gembira di atas kelahiran selamat dan berjaya melahirkan anak lelakinya itu.
“Our precious baby boy is here”
Chryseis Tan yang mendirikan rumah tangga bersama pewaris NAZA Group, SM Faliq telah dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Arianna Kyla SM Faliq yang kini sudah berusia 3 tahun.
Buat masa ini, pasangan ahli perniagaan terkenal ini masih belum mendedahkan wajah anak kedua dan juga nama untuk bayinya itu.
Rata-rata rakan ahli perniagaan dan selebriti mengambil peluang mengucapkan tahniah buat pasangan ini di atas kehadiran cahaya mata baharu.
Besarnya pengorbanan ibu, apatah lagi ketika saat melahirkan anak. Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga ibu kepada tiga cahaya mata apabila dijemput ilahi selepas dua minggu koma akibat komplikasi selepas bersalin.
Arwah Siti Nurfatma Daud, 34, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) pada pertengahan November lalu selepas melahirkan anak ketiganya namun bayinya juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Selepas dua minggu menerima rawatan di hospital, Fatma atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chik disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi 27 November lalu.
Allahyarham meninggalkan suami, Asri Nawani bersama dua lagi anak yang masih kecil, Habib dan Hafiya.
Sementara itu, ramai yang mencemburui pemergian arwah selain menyifatkannya sebagai seorang ibu yang baik dan penyayang.
Salah seorang sahabat arwah berkata, wajah arwah juga dalam keadaan berseri-seri dan tersenyum.
“Arwah pergi dengan senyuman yang penuh barakah. Kali pertama di depan matu ku lihat jenazah tersenyum manis sekali. Allahurabbi.. pengakhiran hidupmu husnul khatimah. Aku cemburu,” ujar Aline Rrahim.
“Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Kurniakan kepadanya syurgaMu ya Allah,” ujar Wan Nor ZaiHasra.
Hanya sebiji rambutan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun menemui ajal akibat tercekik ketika makan buah tersebut.
Dalam kejadian di Kampung Belakang Masjid dekat Bukit Selambau, Baling, Kedah, usaha untuk menyelamatkan mangsa tidak berjaya walaupun pertolongan awal dah diberikan oleh bapa mangsa.
Berlari sambil menjerit dan memegang leher
Menerusi laporan Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu, ketika mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi, cuba makan buah berkenaan ketika berada di rumah datuknya di situ.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali, berkata sebelum kejadian itu, mangsa melihat bapa serta ahli keluarganya yang lain mengait buah rambutan di depan rumah datuknya.
Beliau berkata, Muhammad Hakim Amsyar dikatakan mengambil sebiji rambutan sebelum mengupas dan memasukkannya ke dalam mulut.
“Namun secara tiba-tiba, mangsa terus berlari ke arah abangnya sambil menjerit dan memegang leher.
“Bapanya kemudian cuba membantu dengan menepuk bahagian belakang mangsa tetapi tidak berhasil,” katanya.
Syed Basri berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
“Bedah siasat mendapati tiada kecederaan dan unsur-unsur jenayah pada badan mangsa.
“Pegawai Perubatan di klinik terbabit berjaya mengeluarkan sebiji buah rambutan daripada dalam mulut mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.