Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun retak tulang kaki kiri akibat dilanggar kereta ketika bermain di hadapan rumahnya di Kajang, Selangor, pada Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya menerima laporan dari bapa mangsa sendiri pada Rabu.
“Kejadian berlaku pada 6.28 petang ketika mangsa sedang bermain dengan anak jiran, dan secara tiba-tiba menaiki basikal meluru ke jalan raya hadapan rumah, sebelum dilanggar oleh sebuah kereta yang datang dari sebelah kiri ke kanan.
“Akibat pelanggaran, mangsa mengalami kecederaan retak tulang kaki kiri. Dia dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan dan telah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Ads
Mohon pantau anak anda yang bermain di luar rumah. Menyesal kemudian tiada gunanya. pic.twitter.com/feg3AAnH1U
Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir berkata pihaknya masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ads
Polis dalam pada itu turut mengesahkan kes tersebut berkaitan dengan video yang tular di media sosial berdurasi 15 saat, memaparkan seorang lelaki sedang membasuh kereta sebelum seorang kanak-kanak membawa basikal meluru ke jalan raya dan dilanggar kereta.
Kejadian ini diharapkan dapat jadi peringatan buat semua ibu bapa yang ada anak kecil kerana walaupun sesaat kita leka pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekelip mata tanpa disangka.
Bagi setiap ibu yang baru melahirkan, salah satu perkara yang paling merisaukan ialah bila susu badan terasa “tak keluar” atau “tak cukup”. Walhal, hampir semua ibu sebenarnya mampu menyusukan bayi sepenuhnya cuma perlu tahu cara yang betul untuk merangsang penghasilan susu, dan yang paling penting, kekal tenang serta konsisten.
Ramai ibu mula panik bila bayi asyik menangis selepas menyusu, lalu terus fikir susu tak cukup. Sedangkan, pada minggu-minggu pertama, bayi memang akan menyusu dengan kerap sebab saiz perut mereka kecil dan susu ibu cepat dihadam. Jadi, menyusu kerap bukan tanda susu tak cukup, tapi tanda bayi sedang bantu badan ibu hasilkan lebih banyak susu!
Berikut lima tip penting yang boleh bantu ramai ibu tingkatkan penghasilan susu secara semula jadi, tanpa perlu bergantung penuh pada milk booster.
Salah satu kunci utama untuk banyakkan susu ibu ialah frekuensi. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak signal otak akan hantar kepada hormon prolaktin dan oksitosin untuk hasilkan susu baharu.
Jadi, tak perlu terlalu ikut jam atau jadual. Bila bayi merengek atau tunjuk tanda lapar — terus susukan. Menyusu ikut kehendak bayi ini dipanggil on demand feeding, dan ia sebenarnya cara paling berkesan untuk menstabilkan supply dan demand susu.
Kalau bayi tidur lama, cuba kejut lembut setiap dua hingga tiga jam untuk sesi penyusuan. Jangan tunggu payudara rasa “penuh” baru nak bagi — sebab semakin lama susu disimpan, semakin lambat signal penghasilan baharu.
Ramai ibu tak sedar, masalah “susu tak keluar” atau “puting luka” sebenarnya berpunca daripada lekapan yang tak betul. Bila bayi tak lekap dengan sempurna, dia tak dapat hisap susu dengan efektif — dan akhirnya payudara tak dikosongkan sepenuhnya.
Lekapan yang betul bermaksud:
Kalau masih tak pasti, jangan segan jumpa kaunselor laktasi. Kadang-kadang, satu sesi pembetulan latching boleh ubah seluruh pengalaman penyusuan ibu.
Ramai ibu sanggup berjaga malam, tak sempat makan, dan minum air pun kadang terlupa — sebab terlalu fokus pada bayi. Tapi sebenarnya, badan ibu yang penat dan kurang nutrisi boleh ganggu hormon penghasilan susu.
Susu ibu 80% terdiri daripada air. Jadi, pastikan minum sekurang-kurangnya tiga liter air sehari, termasuk sup atau jus buah. Air yang cukup memastikan sistem badan lancar dan hormon penyusuan aktif.
Antara makanan yang bantu banyakkan susu:
Dan yang paling penting — rehat. Bila stres dan kurang tidur, hormon oksitosin menurun, lalu susu pun jadi perlahan. Jadi, kalau boleh, curi masa tidur sekejap bila bayi tidur.
Urutan payudara atau breast massage boleh bantu melancarkan aliran susu dan elak saluran tersumbat. Sebelum menyusu atau pam, urut lembut kawasan sekeliling payudara dalam gerakan membulat ke arah puting. Ini bantu “aktifkan” refleks let-down supaya susu keluar lebih mudah.
Selain itu, skin-to-skin contact dengan bayi juga sangat berkesan. Letakkan bayi di dada ibu tanpa pakaian (kecuali lampin) — cara ini bantu stabilkan suhu badan bayi, kuatkan bonding dan secara semula jadi merangsang hormon oksitosin (hormon cinta) yang penting untuk pengeluaran susu.
Kalau ibu bekerja dan perlu pam, buat power pumping — teknik pam berselang (contohnya 20 minit pam, 10 minit rehat, ulang selama sejam). Ia bantu hantar signal pada otak bahawa “badan perlu hasilkan lebih susu”.
Ramai tak tahu, emosi ibu sangat mempengaruhi penghasilan susu. Bila ibu stres, cemas, atau sedih, hormon kortisol akan menekan pengeluaran oksitosin — dan refleks susu jadi perlahan.
Jadi, penting untuk jaga mental dan emosi:
Ingat, ibu yang tenang = susu yang lancar.
Perjalanan menyusu memang tak mudah. Ada hari susu banyak, ada hari kurang — itu normal. Apa yang penting ialah konsistensi, doa, dan kepercayaan bahawa badan ibu memang dicipta sempurna untuk bayi sendiri.
Tak perlu rasa gagal kalau perlu top up dengan susu perahan atau bantu dengan formula seketika. Setiap titik susu ibu tetap berharga. Setiap pelukan waktu menyusu tetap membentuk ikatan kasih sayang yang tak terganti.
Menyusu bukan sekadar beri makan — ia satu bentuk cinta yang tak terucap. 🌷
Semoga lima cara ini membantu ibu-ibu di luar sana lebih yakin, tenang dan bersemangat untuk teruskan perjalanan penyusuan penuh kasih dan keberkatan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali tiba Syawal, momen bergambar bersama keluarga jadi saat yang paling ditunggu. Namun, kadang kala, momen tiada anak untuk dipeluk, tiada insan tersayang yang dulu selalu ada di sisi pastinya meruntun jiwa.
Tahun ni siapa sangka, teknologi AI jadi pengubat rasa. Dengan karakter kartun, kita mampu ‘cipta’ semula detik yang tak sempat terjadi. Gambar bersama anak kecil yang belum lahir. Gambar bersama arwah yang terlalu dirindui.
Malah di sebalik trend di TikTok yang mengguna lagu Seribu Tahun Lagi, terselit kisah-kisah pejuang TTC (Trying To Conceive) yang mungkin belum bergelar ibu dan ayah yang buat hati sebak. Ramai pasangan berkongsi detik penuh harapan dan air mata dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Imran Ajmain sendiri, empunya suara lagu tu, mengaku dia baru mengetahui trend berkenaan dan dirinya pun turut tersentuh dengan semangat para pejuang TTC. Sebuah lagu tapi memberi makna yang begitu dalam untuk mereka yang sedang menanti keajaiban.
Malah bait-bait lagu ‘Seribu Tahun LagI’ begitu menyentuh hati, pastinya membuatkan sesiapa yang mendengarkan akan rasa relate dengan kehidupan.
“Saya dapat tahu terma TTC daripada trend ini. Mereka menggunakan lagu saya Seribu Tahun Lagi dan mengaitkan kisah watak yang dimainkan oleh pelakon Nurkiriyah dalam drama Seribu Tahun. Dari situ saya belajar TTC tu adalah Trying To Conceive.
“Rupa-rupanya ada ramai orang yang melalui perih, perihnya tidak dapat menghasilkan zuriat dengan apa juga asbab.
“Lagi perihnya bila soalan lazim yang selalu ditanyakan masa bulan raya ni adalah bila nak ada anak?
“Ini bukan tempat saya dan ia tak kena mengena dan saya tak dapat nak relate. Tetapi disebabkan lagu dan drama tersebut dikaitkan, saya tersentuh lah sebenarnya.
“Saya kesian pada mereka yang mencuba dan tiada berhasil. Saya doakan akan ada cahayanya atau akan ada keredaannya.
“Insya- ALLAH keep fighting ya ibu-ibu dan ayah-ayah di luar sana yang sedang TTC,” kata Imran menerusi hantaran video di platform TikTok.
BELAJAR AMALAN DOA UNTUK ZURIAT
Selain itu, dia turut berkongsi bahawa dirinya mula mengamalkan doa daripada Surah Al-Imran, yang sering menjadi amalan buat pasangan yang mendambakan zuriat.
“Saya tak sangka watak Noor Khiriah dalam Seribu Tahun yang tak dapat mengandung memberi kesan kepada ramai wanita (dan suami mereka) di luar sana yang juga sedang dalam ‘perjalanan dua garis’.
“Saya belajar banyak hari ini hanya kerana mereka guna lagu saya. Lepas satu-satu saya baca, sampai saya sendiri belajar doa yang biasa dibaca oleh mereka yang inginkan anak, iaitu dari Surah Al-Imran ayat 38.
“Perjalanan muzik saya dan perjalanan ‘dua garis’ kamu bertemu di TikTok. Sama-sama kita doakan ya,” ujarnya mengakhiri perkongsian.
KISAH PERJUANGAN TTC
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak belum dikurniakan zuriat. Malah mengakui menggunakan aplikasi berkenaan untuk melengkapkan keluarga mempunyai zuriat walaupun hanya dalam gambar.
“Saya pun buat gambar AI dengan baby yg belum wujud. Menitis air mata sebab terlalu berkehendak tapi Allah lebih tahu masa yang tepat. Allahumma amin Ya Mujib untuk doanya saudara.”
“Takut nk beraya sbb soalan akn buat kita snyum tp hti hncur.”
“Yaa Allah… sebakkkk . dah lalui ttc selama 16 thn hingga ﷲ kurniakan pada tahun ke 17 thn. mcm2 kata2 sedih kena telan hadam selama itu.”
Kesimpulam: Bukan sekadar gambar, tapi kenangan yang hidup dalam hati. Untuk yang masih menanti zuriat, untuk yang kehilangan, ingatlah, kasih sayang tak pernah hilang cuma hadir dalam bentuk yang berbeza.