Kisah pemergian Nurul Asyura, seorang bayi perempuan yang pergi secara mengejut di rumah pengasuh, terus mengundang sebak dan simpati ramai ibu bapa. Apa yang berlaku pada hari tragedi itu bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga kecil ini, tetapi juga menjadi peringatan besar mengenai betapa rapuhnya nyawa seorang anak kecil.
Dalam keadaan masih terkejut, si ibu hanya mampu melafazkan kata-kata yang meruntun jiwa:
“Anak aku dah sejuk… aku sedih sangat.”
Luahan Pertama Ibu Yang Kehilangan Anak Tersayang
Sebelum berita sedih itu tular, si ibu sempat menulis satu mesej yang menampar perasaan sesiapa yang membacanya:
“Korang, anak saya dah dekat syurga… Doakan saya dan suami kuat.”
Ayat pendek itu membawa seribu makna. Tiada ibu yang bersedia menerima hakikat bahawa anak yang ditinggalkan di bawah jagaan orang, kini tidak lagi bernafas.
Apa Yang Berlaku Pada Hari Kejadian?
Menurut ahli keluarga, pada petang kejadian, si ibu pulang dari tempat kerja seperti rutin harian. Sebaik tiba di rumah pengasuh untuk mengambil anaknya, dia mendapati tubuh Nurul Asyura tidak bergerak dan pucat.
Dalam keadaan panik, mereka bergegas ke hospital. Namun setibanya di sana, doktor memaklumkan sesuatu yang meranapkan seluruh harapan:
Nurul Asyura telah lama meninggal dunia sebelum tiba di hospital.
Punca sebenar kematian masih belum dipastikan. Keluarga kini hanya menunggu keputusan post mortem bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada bayi kecil itu.
Tangisan Ibu Dalam Ambulans, Detik Yang Meruntun Hati
Video yang dikongsikan kakak kepada ibu mangsa menunjukkan detik paling memilukan — si ibu menangis teresak-esak sambil memeluk tubuh anak yang sudah tidak bernyawa di dalam ambulans.
Tubuh kecil itu yang sejuk dan kaku benar-benar merobek hati seorang ibu yang masih berharap mukjizat. Raut wajahnya penuh trauma, tidak percaya bahawa anak yang pagi tadi masih hidup, kini pergi meninggalkan dunia.
Detik cemas dalam ambulans itu menjadi bukti betapa beratnya kehilangan seorang cahaya mata, lebih-lebih lagi secara tiba-tiba.
Panggilan Yang Tidak Diingini Mana-Mana Ibu
Tiada siapa menjangka hari yang bermula seperti biasa boleh berubah menjadi tragedi. Ibu bapa muda ini tidak pernah menyangka panggilan telefon dari pengasuh akan membawa berita yang menukar selamanya hidup mereka.
Daripada mengharapkan senyuman anak di pintu rumah, mereka terpaksa menerima berita paling menakutkan seorang ibu:
“Anak puan tak sedarkan diri…”
Hakikat itu terlampau pahit untuk diterima.
Menunggu Keputusan Post Mortem: Penantian Yang Perit
Buat masa ini, keluarga masih menunggu laporan penuh post mortem bagi merungkai punca sebenar kematian Nurul Asyura. Penantian ini bukan sekadar proses, tetapi satu tempoh penuh emosi takut, keliru dan berharap jawapan dapat memberi sedikit penutup kepada luka hati.
Doa Dari Orang Ramai, Kekuatan Buat Ibu & Ayah
Di sebalik kesedihan mendalam ini, satu-satunya permintaan keluarga ialah doa.
Mereka memohon agar orang ramai mendoakan kekuatan untuk mereka melalui hari-hari mendatang. Pemergian anak bukanlah luka yang mudah sembuh. Namun mereka percaya, Nurul Asyura kini berada di syurga tempat paling aman buat jiwa sekecil itu.
Peringatan Buat Semua Ibu Bapa
Tragedi ini membuka mata banyak pihak tentang pentingnya:
•pemantauan berterusan terhadap bayi,
•memastikan pengasuh mempunyai pengetahuan asas kecemasan,
Pemergian Nurul Asyura bukan sekadar kisah sedih, tetapi peringatan tentang kasih sayang ibu bapa dan betapa berharganya setiap detik bersama anak. Semoga keluarga kecil ini diberi ketabahan dan kekuatan luar biasa untuk meneruskan hidup, walaupun separuh hati mereka telah pergi bersama puteri kecil itu.
“Saya memang inginkan keluarga besar dan jumlah yang ditetapkan ialah enam anak. Ia sesuatu yang amat saya impikan. Tapi bukanlah mudah nak mengandung, bersalin dan berpantang jaga anak. Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang pun saya cepat penat.
“Namun, insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba,” katanya.
Dalam masa sama, dia juga bersyukur kehidupan rumah tangga yang dibina bersama pelakon, Aeril Zafrel semakin bahagia dan memasuki tahun ke-12 perkahwinan.
“Alhamdulillah, kami melayari rumah tangga dengan aman. Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata ‘queen control’.
“Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan.
“Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga,” katanya.
Setiap kehamilan membawa cerita tersendiri, tetapi kali ini terasa lebih istimewa. Chryseis Tan, atau lebih dikenali sebagai Chrystan_x, baru sahaja menempuh kelahiran anak ketiga.
Chryseis juga berkongsi beberapa foto dalam dewan bedah bersama suami dan bayi ketiga, menjadikan detik ini kenangan yang amat berharga.
Chryseis juga jujur mengakui bahawa pengalaman C-section kali ini membuatkan dirinya bagaikan serik untuk bersalin lagi, menjadikan detik ini penuh makna buat dierinya.
Namun yang menjadi tanda tanya, dalam IG Story, dia menulis “last” ketika berkongsi foto bersama suami dan bayi di bilik labour room satu momen yang begitu penuh emosi dan kenangan yang tidak akan dilupakan.
Ia seakan memberi gambaran itu kehamilan terakhirnya. Walaupun sudah berpengalaman melalui dua kelahiran sebelum ini, barangkali pengalaman bersalin kali ini membuatkan hatinya lebih cemas dan gelisah. Setiap debaran terasa lebih kuat, namun cinta dan kasih seorang ibu tetap tidak berkurang sedikit pun.
Sebagai mana perkongsian di media sosial miliknya, anak jutawan terkenal Dato’ Vincent Tan ini berkongsi luahan hatinya:
Bagi sesetengah orang, anak ketiga mungkin dianggap mudah, tetapi realitinya lain. Chryseis mengakui rasa cemas dan anxious lebih tinggi daripada kelahiran pertama dan kedua. Risau tentang keselamatan bayi dan keadaan diri sendiri dan emosi bercampur antara takut, lega, dan syukur.
Walau begitu, dia memilih untuk kuat dan reda. Sebab dia tahu ada bayi kecil menantikan pelukan dan kasih sayang yang tulus dari ibu bapa.
Dalam perkongsian Chryseis, dia meluahkan penghargaan kepada Dr Kiren, Dr Uma
Dr Kamaljit, Dr Anita (doktor baru dalam pasukan).Semua jururawat yang menyokongnya sepanjang proses kelahiran. Mereka bukan sekadar profesional perubatan, tetapi menjadi “pelindung” di saat paling genting, memberi ketenangan dan keyakinan yang amat diperlukan.
Kelahiran kali ini bukan sekadar detik biasa, tetapi perjalanan penuh doa, air mata, ketabahan, dan cinta. Dari detik sebelum pembedahan hingga pelukan pertama bayi di dada, setiap saat membawa makna.
Bayi baru ini menghidupkan rumah dengan tangisan dan gelak tawa, sambil mengajar bahawa setiap detik menjadi ibu adalah pengalaman yang unik dan patut disyukuri.
Walaupun pengalaman bersalin ketiga membuatkan Chryseis serik untuk lalui lagi, kita semua mendoakan agar ibu ini dan bayi Chrystan kekal sihat, kuat, dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Suasana pilu dan sedih masih lagi menyelubungi seluruh ahli keluarga Syed Umar Mokhtar Syed Mohd atau Abam yang meninggal dunia pada Isnin yang lalu terutama bagi adiknya Ali Puteh.
Tapi kuasa Allah itu memang cukup hebat, selang beberapa hari Sang Pencipta menjemput abangnya, Ali dikurniakan rezeki yang tidak pernah dijangka. Isterinya, Melati Fitri Abdullah disahkan hamil enam minggu.
Tentunya berita tersebut sedikit sebanyak mengubat kedukaan setelah kehilangan abang tersayang dan juga sebelum ini dia yang pernah kehilangan anak keduanya, Ainul.
Pemergian Allahyarham Abam yang dirasakan oleh setiap ahli keluarga bakal digantikan dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata buat Ali.
“Syukur padaMu ya Allah… sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang.
“Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.
“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya penuh sebak seperti dilaporkan portal hiburan Gempak.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd meninggal dunia dalam tidur pada usia 32 tahun.
Sebaik mendapat tahu isterinya hamil lagi, Ali memaklumkan akan membawa isteri ke klinik dan menjalani pemeriksaan ibu hamil yang biasa dilakukan sebelum ini.
Memandangkan sejarah kehamilah dan kelahiran anaknya yang pernah berdepan penyakit jantung berlubang, maka kandungan kali ini akan diberikan perhatian sebaiknya.
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. ”
Sebelum ini, anak kedua Ali dijemput Ilahi kerana masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik. Selepas 17 hari dirawat di hospital, anaknya itu menghembuskan nafas terakhir ketika usianya baru tiga bulan.
Pemergian Abam mengejutkan seluruh industri hiburan tanah air serta peminat-peminatnya kerana Allahyarham sangat terkenal sebagai seorang personaliti yang memiliki keperibadian yang menawan.
Ribuan orang memberikan penghormatan terakhir ketika Allahyarham Abam dikebumikan dan kenalan-kenalan rapatnya banyak berkongsi kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pelawak itu ketika hayatnya.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.