Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan lemas di kawasan rumahnya yang dinaiki air di Kampung Apal, Besut semalam.
Mangsa, Nur Hilwa Edrea Mohd Haris Zaifan disedari terjatuh kira-kira 3 petang sebelum ditemui tidak bernyawa oleh penduduk kampung pada jarak 20 meter dia dilaporkan jatuh.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejadian itu disedari ibu saudara mangsa ketika bersiap untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Beliau berkata, mangsa dikatakan keluar bersendirian melalui pintu dapur sebelum terjatuh di dalam air banjir lalu dihanyutkan arus.
Ads
“Mangsa dijumpai terapung oleh penduduk kampung kira-kira jam 3.40 petang di dalam parit berhampiran rumah pada jarak 20 meter dari lokasi kejadian.
Ads
“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.
“Ketika kejadian, kedalaman air di sekitar rumah dianggarkan mencecah hampir satu meter,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ads
Rohaimi turut menasihatkan ibu bapa serta penjaga supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap keselamatan anak-anak sepanjang musim monsun timur laut (MTL).
Beliau berkata, ia bagi mengelak musibah seperti dicegah daripada berulang.
Bukan mudah menjaga bayi yang masih kecil. Terlalai sikit boleh berlaku macam-macam perkara yang ibu bapa sendiri tak jangka. Jika nak pantau 24 jam agak sukar tapi dengan adanya aplikasi untuk memantau pergerakan anak mungkin boleh membantu.
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari penyelesaian untuk memantau pergerakan bayi anda di rumah, perkongsian seorang ibu, Nurul Wafa boleh dicuba.
Menerusi posting di Facebooknya, Nurul berkongsi satu aplikasi dikenali sebagai BabyCam.
Difahamkan aplikasi ini memerlukan dua telefon pintar, satu bertindak sebagai kamera litar tertutup (CCTV) dan satu lagi untuk paparan.
Apabila dipasang pada kedua-dua telefon, aplikasi ini mampu memaparkan rakaman secara langsung selain turut berupaya mengesan bunyi menangis atau objek yang jatuh di kawasan sekitarnya.
“Symptom mak-mak bila buat kerja di dapur terngiang suara anak menangis. Bila berlari jenguk dalam bilik, elok je dia tengah tidur.
“Terpaksalah mommy install apps #babycam ni. Kebetulan telefon pun memang ada dua. Tak risau dah Afeeya jatuh katil ke, terjaga dari tidur ke sebab aplikasi ni ada noise & cry recognition.
“Boleh buat kerja dengan tenang di dapur dan juga di bilik air,” katanya.
Sehingga kini posting terbabit telah dikongsi sebanyak 21,000 kali dan menerima pelbagai reaksi postifi dari warganet khususnya golongan ibu bapa.
Melancong ke luar negara dengan anak kecil memang mencabar. Malah perlukan kesabaran yang tinggi. Hal ini turut diakui oleh pengacara hebat, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang turut berdepan hal sama ketika bercuti.
Pasangan itu yang kini sedang bercuti di London terbang tanpa bersama pengasuh mereka dan ini pastinya satu pengalaman menarik buat keduanya.
Jika dahulu hanya bersama Lara Alana, anak sulung pasangan ini. Kini sejak pula anak dua, Lila Aminam, percutian keluarga kecil ini tambah mencarabar.
Menurut perkongsian Awal di Instgaramnya, setiap hari dia sememangnya tidak punya masa untuk mengabadikan kenangan di media sosial. Semuanya kerana kepenatan menguruskan dua anak mereka seharian sepanjang bercuti.
Malah menurut awal lagi, dia tidak menang tangan melayan karenah dua anak perempuannya, Lara dan Lila yang sememangnya ‘anak daddy’.
“Tak menang tangan sampai terpaksa post 3rd day on the 4th day. Tak tau how long this supposed to be daily post will last.
“Saya ambil gambar, begitu banyak kenangan pada telefon saya tapi tak tahu sama ada sempat sampai ke media sosial.
“Melancong dengan bayi yang melekat ni memang sekat keupayaan saya untuk pos hahaha. By the time balik rumah, dah tidur,” kongsi Awal di Instagramnya.
Dalam pada itu menerusi entri berlainan juga, kata Awal, anak keduanya Lila Amina juga begitu cergas dan tanpa barang-barang kesayangannya ketika bercuti, dia mula buat perangai.
“Dukung, pacifier, blanket. Set of 3. Satu takde, bergegar dunia. @lilaaminaaa,” tulis Awal di Instagram.
Awal dan Scha juga turut berkongsi beberapa momen percutian mereka sepanjang menikmati musil salji di London. Banyak gambar-gambar cantik yang diabadikan pasangan ini.
Ruang bilik yang kecil memerlukan susun atur yang baik supaya keadaan bilik tidak menjadi semakin sempit selepas perabot dimasukkan. Ianya memerlukan perancangan dalam susun atur dan juga jenis perabot yang akan digunakan.
Namun bilik yang sempit tak semestinya tak boleh kemas, nampak luas dan cantik kan? Puan Balqis berkongsi ilham dekorasi serta susun atur dan jenis perabot yang digunakan untuk bilik dua anak lelakinya yang masih kecil. Yang paling penting nampak kemas dan luas.
Ikuti perkongsian ibu ini bagaimana dia menyusun atur bilik kecil dari rumah teres lama. Mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anda.
“Ini sharing bedroom untuk 2 anak lelaki saya yang umur 4 dan 6 tahun.. bilik ni kecil je.. rumah teres jenis lama.. jadi tak besar mana pun..”
“Untuk katil, saya guna yang jenis underbed.. bila nak tidur malam baru tarik keluar.. time siang tolak masuk bawah katil, jadi akan ada banyak ruang untuk anak anak saya bermain..”
“Yang lain lain tu macam biasa je.. guna rak dengan floating shelf untuk letak barang dan mainan anak anak saya..”
“Jadi ni cara saya buat untuk jimatkan ruang dalam bilik yang kecil ni..”
Puan Balqis turut menggunakan warna dinding yang cerah dan lembut bagi menampakkan ruang bilik lebih luas dan segar.
Ramai parents yang masih tercari-cari cara nak pisahkan tempat tidur dengan anak. Jom cuba tip di bawah
1. Kerjasama mak dan ayah
Macam biasa, mak dan ayah kena ada persetujuan bersama sebab usaha ni apa yang penting? Yesss kerjasama! Janganlah ayah nak try, mak pula tak sampai hati. Halahaii..
2. Mulakan dengan tidur di bawah
Untuk bilik yang ada katil, mula-mula kita biasakan anak tidur di bawah. Bukan sama-sama dengan kita di atas katil. Bentang la toto ke, tilam ke dan mula latih mereka tidur. Yes, memang masih dalam bilik yang sama.
3. Hias bilik anak
Kanak-kanak ni biasanya excited bila ada bilik sendiri. Mungkin kita tak mampu nak deco bilik secantik bilik pameran IKEA. Memadailah kalau kita belikan katil kecil dengan tilam yang dibalut cadar superhero kegemaran mereka. Boleh tampal gambar dan hiasan bersesuaian di dinding.
Masukkan gambar comel mereka dalam frame. Susun baju dalam almari mereka sendiri, rak buku dan meja kecil. Di situlah mereka mula belajar untuk tidak masuk lagi bilik ibu bapa. Beraktiviti di bilik sendiri sampailah waktu tidur.
4. Bed time story
Teman mereka sebelum tidur dengan membaca buku kegemaran. Boleh juga ceritakan kisah nabi, kisah-kisah dalam Al-quran dan kisah pengajaran. Jadikan rutin setiap malam tanpa gagal. Jangan paksa mereka masuk bilik dan tidur sendiri!
5. Teman mereka tidur kemudian…
Tutuplah lampu dan tidur bersama di bilik mereka. Tapi awas, tidur tidur ayam je. Bila anak dah mula lena, tinggalkan mereka dan kembali ke bilik anda. Keesokan harinya, kejut anak. Bila mereka sedar yang mereka tidur di bilik sendiri, lama kelamaan keyakinan diri mereka untuk tidur sendiri mula meningkat.
Ada juga kes, anak terjaga di tengah malam dan mula mengetuk pintu bilik kita. Jangan benarkan mereka tidur bersama. Again, kembali temani mereka di bilik mereka. Dan kembali semula ke bilik anda selepas mereka lena. Fuhhh..nampak macam complicated semacam kan. Itulah pengorbanan.
6. Didik anak
Ini bab education. Untuk anak yang dah besar dan mula faham, terangkan mengapa kita sudah tidak boleh tidur bersama. Kaitkan dengan agama dan suruhan Allah. Bagi mereka peluang untuk belajar, berfikir dan menerima.
Sebenarnya, usaha ni jadi lebih mudah jika anak-anak dah ada kakak atau abang yang lebih besar. Share room dari kecil, mereka lebih mudah berpisah tempat tidur dengan kita. Jangan lupa juga pisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan yaa..
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...