Kadang-kadang, dalam sibuk urusan hidup dan perjalanan jauh, kecuaian kecil boleh jadi satu kejadian yang buat jantung gugur.

Dan itulah yang berlaku bila seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun ditemui berseorangan tanpa penjaga di hadapan sebuah restoran di Raub, Pahang.

Kisah ini dikongsi oleh Polis Daerah Raub bukan untuk menyalahkan sesiapa, tapi sebagai pengajaran untuk semua ibu ayah bahawa keselamatan anak kecil tak boleh ‘ambil mudah’.

Kanak-Kanak 2 Tahun Tertinggal Di Restoran Selepas Makan Bersama Keluarga

Menurut perkongsian di laman rasmi Polis Daerah Raub, kanak-kanak itu ditemui oleh seorang lelaki Melayu yang melihatnya berkeliaran di kawasan parkir kereta restoran.

Ads

Hampir 45 minit lelaki tersebut menunggu, namun tiada sesiapa yang datang mencarinya. Bimbang akan keselamatan si kecil, beliau terus membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Raub.

Pihak polis kemudian berjaya menghubungi keluarganya, dan ibu bapa kanak-kanak itu tiba di balai pada jam 4 petang untuk mengambil anak mereka.

Kanak-Kanak 2 Tahun Tertinggal Di Restoran Selepas Makan Bersama Keluarga

Hasil temu bual, pasangan ini difahamkan bergerak dari Johor Bahru dengan dua kenderaan untuk ke Tersan, Dong. Selepas selesai urusan dan berhenti makan tengah hari di restoran tersebut, mereka meneruskan perjalanan pulang.

Ads

Kanak-Kanak 2 Tahun Tertinggal Di Restoran Selepas Makan Bersama Keluarga
Di sinilah salah faham berlaku si ibu menyangka anaknya berada di kereta kakaknya, manakala kakaknya pula menyangka si kecil bersama ibu bapanya.

Hanya apabila mereka tiba di Kuala Lumpur, barulah ibu kanak-kanak itu mula curiga dan bertanya dan ketika itu baru mereka sedar anak mereka sebenarnya tertinggal di restoran.

Mujur pekerja restoran memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada polis dan berada dalam keadaan selamat.

Ads

Kanak-Kanak 2 Tahun Tertinggal Di Restoran Selepas Makan Bersama Keluarga

Pihak polis menasihatkan semua ibu bapa agar lebih peka dan sentiasa memastikan anak berada bersama sebelum bergerak, terutama apabila melancong menggunakan dua kenderaan.

Salah faham kecil boleh bertukar menjadi detik yang merisaukan dan bukan semua insiden berakhir dengan selamat seperti ini.

Sumber: FB Polis Daerah Raub

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads