Selalunya apabila anak itu sudah tahu soal makan dan minum, boleh menjaga diri, kita akan menganggap bahawa mereka sudah tahu dan boleh ditinggalkan sendirian di rumah. Tetapi adakah tepat jangkaan sebegitu?

Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Tak Patut Tinggal Sendirian Di Rumah, Elak Berlaku Kejadian Tak Di Jangka

Usia 12 tahun

“Eh, mana anak kau? Tak bawak sekali ke?” dan antara jawapan yang sering diterima adalah seperti “Anak aku dah besar, boleh tinggal sendiri dah.” Tetapi menurut pekerja sosial, kanak-kanak harus sekurang-kurangnya berusia 12 tahun untuk berada sendirian di rumah walaupun hanya untuk tempoh dua jam atau lebih.

Penyelidikan yang dibentangkan di Persidangan dan Pameran Kebangsaan Akademi Pediatrik Amerika 2019 di New Orleans, para penyelidik menyeru untuk diwujudkan undang-undang supaya ada batasan had umur untuk kanak-kanak dibiarkan tinggal sendiri di rumah.

Penyelidik daripada University of Iowa berkata kaedah ini dapat membantu pekerja sosial mengesan kes-kes melibatkan pengabaian dan melindungi kanak-kanak daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya.

IKLAN

Kaji selidik

Dalam kaji selidik yang dijalankan menerusikan emel ini melibatkan seramai 485 anggota Persatuan Pekerja Sosial Kebangsaan (NASW). Individu yang terlibat diminta memberikan pandangan tentang senario seorang kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian selama empat jam.

Senario yang diberikan adalah berbeza dari aspek usia kanak-kanak, sama ada mengalami kecederaan atau tidak dan jika undang-udang ‘tinggal sendirian’ di rumah relevan untuk diwujudkan atau tidak.

Tinjauan pendapat ke atas hampir 500 individu pekerja di Amerika Syarikat ini mendapati separuh daripada mereka merasakan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun yang tinggal sendiri untuk tempoh lama harus menjadi perkara yang menyalahi undang-undang.

IKLAN

Hasil tinjauan mendapati hampir semua pekerja sosial berkata, meninggalkan seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun atau lebih muda di rumah sendirian selama empat jam dikira sebagai satu pengabaian.

Separuh daripada responden menyatakan undang-undang harus melarang kanak-kanak dibawah usia 12 tahun dan ke bawah untuk ditinggalkan sendirian di rumah walaupun hanya untuk tempoh empat jam sahaja.

Ditinggal sendirian

Menurut US Department of Health and Human Services, pengabaian adalah termasuk kegagalan untuk memberikan pengawasan pada tahap yang boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak.

IKLAN

Di United Kingdom walaupun tiada undang-undang khas, namun ibu bapa boleh didenda atau dihantar ke penjara. Ini boleh berlaku jika mereka didapati bersalah, jika meletakkan kanak-kanak dalam keadaan berisiko berdepan bahaya dengan meninggalkan mereka sendiri di rumah.

Walau bagaimana pun, ibu bapa di negara itu mempunyai pilihan dalam membuat penilaian mengenai apa yang terbaik untuk anak mereka. Mereka juga boleh menggunakan penilaian tersebut untuk menentukan usia yang bersesuai untuk meninggalkan anak secara sendirian di rumah.

Belum cukup matang

Hakikatnya ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun untuk tinggal sendiri di rumah untuk tempoh yang lama. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak di bawah usia tersebut belum cukup matang untuk berdepan kecemasan dan tidak sepatutnya tinggal sendiri di rumah.

Jadi sebagai ibu bapa, sebaiknya elakkan daripada meninggalkan anak anda sendiri di rumah. Ini boleh mengelak dan menghindari sebarang perkara atau insiden yang tidak diingini daripada berlaku. Sayangi anak anda!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI