Siapa sangka yang kanak-kanak pun ada resdung! Sebelum ini anak kerap bersin, selesema, menggosok hidung atau mata. Rupanya ia tanda-tanda anak anda menghidapi penyakit ini atau dikenali sebagai allergic rhinitis atau resdung. Dr Khairuzzana Baharudin, Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Ampang menjelaskan lanjut mengenai penyakit ini.
Ramai yang memandang mudah tentang penyakit ini walaupun ia boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya terutama kanak-kanak. Ini kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh membawa kepada penyakit sinusitis.
Kesan apabila allergic rhinitis jika tidak dirawat
Allergic rhinitis yang tidak dirawat lebih awal akan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti berikut:
1)Sekiranya selaput membran di dalam rongga sinus bengkak dan rongga tersumbat, ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi masalah kesihatan dan kuman boleh merebak hingga kepada bahagian mata dan telinga serta bahagian tekak apabila nanah mengalir ke bahagian tersebut.
2)Apabila kuman merebak ke bahagian telinga, ia akan menyebabkan telinga berdengung dan mengganggu pendengaran. Jika tiada rawatan segera, selain nanah meleleh keluar, nanah yang terkumpul boleh memecahkan gegendang telinga kanak-kanak berkenaan.
Sekiranya jangkitan pada telinga tengah, ia boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.
Jika ia merebak ke otak yang akan menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak).
Menyebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata yang akhirnya boleh menyebabkan risiko buta. Namun keadaan ini adalah amat jarang berlaku.
Statistik menunjukkan resdung merupakan masalah kesihatan global. Kajian mendapati hampir 14% kanak-kanak sekolah di Kuala Lumpur mengidap asthma. Di kalangan penghidap asthma, hampir 80% daripada mereka turut menghidap resdung. Bayi atau kanak-kanak lebih mudah terkena alahan hidung memandangkan sistem imun mereka belum matang berbanding orang dewasa, musim hujan, jerebu, demam, batuk dan selesema.
Apakah itu sinus?
Ads
Untuk mencegah, anda perlu tahu apakah sinusitis atau resdung ini. Sinus merupakan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus ini terletak pada bahagian muka, pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Penyakit sinusitis mulai berlaku apabila mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik melalui rongga-rongga tersebut. Biasanya, dengan bantuan silia atau dikenali sebagai “penyapu-penyapu” kecil dalam sinus akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Tetapi apabila ia tidak berfungsi dengan baik, laluan hidung akan tersumbat dan lendir ini akan berkumpul. Kuman (bakteria atau virus) boleh membiak di dalam rongga sinus ini.
Ini menyebabkan terhasilnya nanah dan pembengkakan di dalam lapisan hidung yang mengakibatkan anak mendapat sinusitis. Lazimnya, sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Ianya bermula dengan selesema yang berlarutan diikuti dengan demam dan kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh bakteria.
Simptom sinusitis
Kerap bersin dan selesema termasuk hidung tersumbat pada waktu pagi.
Rasa gatal di bahagian hidung, mata, telinga, lelangit dan tekak. Malah hidung anak didapati berbau busuk.
Terdedah kepada persekitaran berhabuk, debunga, asap, hama binatang (kucing atau anjing) perubahan cuaca dan pengudaraan, pusat jagaan yang tidak bersih.
Alahan pada makan makanan tertentu seperti udang, telur, ayam dan daging.
Antibodi kanak-kanak yang belum matang untuk melawan sebarang jangkitan penyakit.
Langkah pencegahan
Penghidap asma dan alahan
Bagi penghidap asma dan alahan, elakkan diri dari sumber alergen seperti persekitaran berhabuk, permaidani dan permainan lembut jenis berbulu. Jaga kebersihan bahagian rumah dan elakkan binatang peliharaan seperti kucing atau anjing.
Ads
2.Pusat jagaan harian
Lokasi ini perlu sentiasa bersih terutamanya bahagian aktiviti dan tempat tidur kanak-kanak di pusat jagaan harian. Persekitaran yang bersih dapat mengelak sebarang jangkitan.
Alahan pada makanan
Ibu bapa perlu beri perhatian kepada pengambilan makanan anak-anak yang telah diketahui akan menyebabkan alahan kepada anak seperti makanan laut, junk food atau minuman ais batu.
Rawatan yang diperlukan:
Cucian air garam
Gunakan kaedah mencuci hidung menggunakan air garam normalsaline tiga hingga empat kali sehari. Jika anak bawah empat tahun gunakan teknik sembur air garam untuk cuci hidungnya. Gunakan air garam bancuhan dari farmasi.
Ads
Ubat-ubatan
Dapatkan nasihat doktor. Anda boleh menggunakan rawatan dengan menggunakan semburan intranasal steroid dan anti-histamin.
Antibiotik
Bertujuan untuk menghapuskan kuman. Ia akan digunakan sekiranya anak masih demam berlarutan melebihi seminggu dan perlu dihabiskan dalam tempoh lima hingga tujuh hari.
Pembedahan
Pembedahan hanya akan dipertimbangkan sekiranya simptom masih berlarutan walaupun rawatan ubat-ubatan telah digunakan. Ia hanya diperlukan jika penghidap mengalami masalah kronik seperti hipertrofi turbinate, polyp hidung atau infeksi sinus.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kepada pelakon Che Ta, Aaisyah Dhia Rania dilihat memakai pakaian pesakit hospital semalam.
Aaisyah Dhia Rana kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan gigi dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth (lebihan gigi pada bahagian tengah) di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Sabtu.
Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, Aaisyah kini banyak tidur dan berehat selepas menjalani pembedahan berkenaan.
“Ikutkan sejak beberapa bulan lalu, dia (Aaisyah) selalu mengadu tak selesa di bahagian giginya.
“Jadi selepas dipermudahkan, pembedahan berjaya dilakukan hari ini. Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.
Kata doktor lagi, secara umumnya di dalam dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus kes seumpama itu,” katanya.
Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Kiah Pekasam itu, pembedahan itu perlu untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain.
“Masa buat CT Scan baru-baru ini, baharu nampak masalah yang timbul. Apabila dilakukan X Ray memang wujud masalah itu,” katanya lagi.
“Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan keadaannya,” kata Che Ta lagi.
Terdahulu, Che Ta memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya memaparkan keadaan sebelum dan selepas Aaisyah menjalani pembedahan Supernumerary tersebut.
Bersalin di hospital swasta atau kerajaan semuanya atas pilihan kita. Masing-masing punya citarasa dan servis terbaik. Jadi pilih sahaja mana yang kita inginkan asalkan bayi dan ibu sihat dan selamat.
Namun jika punya wang yang lebih, apa salahnya kita memilih untuk bersalin di hospital swasta. Bagi lebih menjimatkan, instafamous, Aisyah Hijanah yang baru sahaja selamat melahirkan anak keduanya baru-baru ini turut berkongsi tip untuk bersalin di hospital swasta.
Menurut perkongsian ibu kepada dua cahaya mata ini, ada trik yang lebih mudah dan sedikit menjimatkan untuk anda yang ingin mencuba. Jom ikuti perkongsiannya.
“TIPS BERSALIN HOSPITAL SWASTA. Okay, Aisyah rasa posting kali ni paling penting untuk korang yang nak bersalin swasta.
“Kedua-dua anak Aisyah bersalin dekat Andorra Hospital. Dulu waktu Khadeejah, Aisyah memang boleh kata 100% checkup dekat Andorra. And normally harga sekali checkup dlm RM200-400.
“So total bersalin + checkup semua untuk normal delivery dulu around RM10k-RM11k,” kongsinya.
Kongsi Aisyah lagi, bagi lebih menjimatkan buatlah pemeriksaan berkala atau check up setiap bulan sebanyak dua kali sahaja di hospital berkenaan. Dengan cara ini lebih menjimatkan kos.
Bagi lebih memudahkan kata Aisyah, dia hanya melakukan pemeriksaan ini di klinik swasta biasa sahaja. Lebih jimat.
Malah Aisyah turut mengesyorkan pemeriksaan di klinik kerajaan atau turut sama ke klinik swasta sepertinya.
“Second baby ni, Aisyah hanya pergi checkup dekat Andorra dua kali sahaja. Untuk bersalin dekat swasta, normally syarat diorang hanya 2 kali checkup. So Korang boleh save budget sikit la dekat situ & boleh simpan duit untuk berpantang & delivery.
“Other than that, Aisyah memang pergi klinik swasta biasa sahaja. Surprisingly, waiting time pun sekejap, service pun baik & harga pun jauh lebih affordable.
“Sekali checkup around RM60-RM100. So total untuk second baby punya delivery around RM8k including epidural & checkup.
“I’d suggest untuk siapa yang nak bersalin dekat swasta boleh buat trick ni, ataupun buka je buku dekat kerajaan, nanti nak due around 32 weeks above, dah boleh daftar checkup dekat hospital swasta yang kita nak bersalin.
“Kalau first baby ni macam nak 100% dengan dr yang sambut baby, okay je no problem, ikut kepada selera masing-masing okay,” kongsinya lagi.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kebanyakan bayi dilahirkan bersama tanda lahirnya yang tersendiri. Ia boleh wujud di mana-mana bahagian anggota badan seperti muka, tangan, kaki atau badan. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis tanda lahir yang boleh dialami bayi. Antara yang paling terkenal adalah tanda lahir jenis ‘port wine stain’.
Apakah tanda lahir ‘port wine stain’?
Secara umumnya, terdapat dua jenis utama tanda lahir iaitu:
Tanda lahir berpigmen: Ia terjadi akibat pigmen yang berlebihan di kawasan kulit tersebut. Kebiasaannya berwarna gelap seperti tahi lalat.
Tanda lahir vaskular: Ia terjadi akibat saluran darah yang terkumpul di bawah kulit. Kebiasaannya berwarna kemerahan atau merah jambu.
Tanda lahir ‘port wine stain’ atau nevus flameus merupakan sejenis tanda lahir vaskular. Ia berwarna seakan-akan merah jambu atau ungu gelap. Kebiasaannya, ia akan terjadi pada kawasan muka, kepala, leher, tangan atau kaki. Pun begitu, ia masih boleh terjadi pada anggota badan yang lain.
Apakah punca ia terjadi?
Tanda lahir ini bukanlah berpunca daripada faktor genetik atau keturunan kerana ia akan berlaku secara rawak pada bayi yang tertentu. Punca sebenar ia terjadi adalah terdapat saluran darah di suatu kawasan kulit yang sempit lalu mengakibatkan darah terkumpul di bawah kulit. Kumpulan darah inilah yang menyebabkan kawasan permukaan kulit tersebut bertukar warna seakan merah jambu atau ungu gelap.
Adakah ia berbahaya?
Sebenarnya, tanda lahir ini tidak mendatangkan sebarang bahaya atau mudarat kepada bayi anda.
Namun begitu, ia mungkin merupakan tanda bayi anda mempunyai kondisi kesihatan seperti sindrom ‘Sturge-Weber’ atau ‘Klippel-Trenaunay’ yang berbahaya kepada tumbesaran bayi anda. Sebaiknya, bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai perkara ini.
Perkara yang paling perlu dikuatiri oleh ibu bapa adalah tanda lahir ini mungkin akan membuat penampilan mereka lain daripada yang lain lalu menggugat keyakinan diri mereka, terutamanya ketika menjangkau usia remaja.
Adakah ia akan hilang dengan sendiri?
Hakikatnya, tanda lahir ini adalah bersifat kekal dan tiada rawatan atau ubatan yang boleh digunapakai untuk menghilangkannya. Namun begitu, ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk melakukan prosedur laser khas yang boleh memudarkan warna tanda lahir pada bayi mereka bagi tujuan kosmetik.
Namun begitu, ibu bapa seharusnya terus menyemai keyakinan dalam diri anak anda sekiranya mereka mengalami tanda lahir ini. Beritahu mereka bahawa tanda lahir ini bukanlah satu kecacatan atau kelainan daripada individu lain sebaliknya satu keunikan yang tidak semua individu berpeluang mengalaminya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.