Umi Nazeera kini sedang hamil dan kandungan sedang menghampiri 31 minggu. Dia dikhabarkan mengalami plasenta previa atau uri di bawah.
Plasenta previa jenis 2 ialah keadaan di mana uri berada di bahagian bawah menghampiri pintu serviks tetapi bayi masih boleh dilahirkan secara normal. Perkara ini dikhabarkan oleh Umi dalam posting Instagram nya;
Goood morning ! Ada majlis doa kecil kecilan harini . Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar … Alhamdulillah dah kahwin ni mama dan mak mertua semua masih sihat walafiat.
Sudi tolong uruskan banyak benda untuk kita .. tambah tambah lagi I yg sikit sikit mengah ni dan placenta previa tak membenarkan I untuk buat kerja berat so apa plan u all weekend ni ?
Para peminat turut berkongsi tip dan berharap artis kesayangan mereka dapat melahirkan bayi dengan selamat. Tidak kurang juga yang memuji seri wajah ibu hamil ini.
Seri ibu mengandung memang auranya lain daripada yang lain. Macam pelakon Farah Nabilah yang kini sedang hamil anak pertama. Dia yang berkongsi gambar terbarunya di Instagram baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai.
Pada Jun yang lalu, Farah mengumumkan berita kehamilannya kepada peminat dengan menyatakan bahawa usia kandungan ketika itu sudahpun memasuki usia 19 minggu atau hampir lime bulan.
Pelakon Titian Cinta ini dijangka akan bersalin pada penghujung Oktober atau awal November tahun ini.
Pernah berkongsi bahawa dia alah dengan santan dan ayam pada awal trimester tapi sudah pun kembali ok setelah peralihan fasa kehamilan seterusnya.
Dalam posting terbarunya di media sosial, Farah berkongsi gambar terbarunya untuk tatapan peminat dengan penampilan terbaru bersama ‘baby bump’ yang comel.
Dengan kapsyen yang menyatakan itu adalah gaya fesyen terkini untuknya iaitu apa sahaja yang boleh muat kerana diri kini sedang hamil.
“Current fashion style: Anything that still firs,” tulisnya ringkas pada entri di Instagram miliknya.
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Menjenguk ke ruangan komen, para peminat serta rakan artis memberikan reaksi yang rata-ratanya memuji bakal ibu ini yang kekal cantik dan nampak semakin berseri-seri.
Farah dan suaminya seorang juruterbang Mohammed Amirul Yunus selamat disatukan pada 20 November 2019. Pada Jun yang lalu Farah berkongsi bahawa dirinya hamil cahaya mata pertama mereka.
Penyusuan tidak perlu dihentikan asalkan ibu sihat, tidak mengalami komplikasi, mendapat rehat dan nutrien yang mencukupi. Jika keadaan ibu sihat dan tiada halangan daripada segi perubatan, penyusuan boleh diteruskan tanpa halangan yang berat. Tepuk dada tanya selera!
Apakah yang perlu dipertimbangkan?
Sama ada mahu meneruskan penyusuan atau tidak selepas disahkan hamil lagi, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. Ia merangkumi pelbagai aspek mustahak seperti sejarah perubatan, kekuatan fizikal, kekuatan emosi, usia anak yang disusui serta keperluan penyusuan itu sendiri.
Sama ada ibu tersebut pernah mengalami keguguran, pendarahan semasa kehamilan atau kelahiran pramatang.
Ibu yang hamil lebih daripada seorang (kandungan kembar) akan mendapat rangsangan hormon oksitosin daripada yang boleh mencetuskan kelahiran pramatang.
Tip penyusuan ketika hamil
Nutrisi
Bagi memastikan ibu, bayi dan janin mendapat nutrisi yang mencukupi untuk keperluan tumbesaran dan perkembangan yang sihat. Terutama ibu yang sudah memiliki ramai anak yang lain, sudah tentu memerlukan lebih tenaga untuk menguruskannya. Ibu hamil yang menyusukan perlulah mengambil 400 hingga 500 kalori lebih banyak daripada biasa.
Ambil lebih banyak kalsium, vitamin D, protein, asid folik, zat besi dan air lebih banyak untuk mengelakkan tubuh ibu mengalami kekurangan zat untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti dan dalam masa yang sama menyalurkan zat untuk tumbesaran janin.
Kalsium amat diperlukan untuk penghasilan susu ibu. Manakala protein pula diperlukan pembinaan otot dan bagi menyokong otot lantai pelvis bagi menampung pembesaran bayi dalam kandungan dan mengelakkan berlakunya tumpah darah. Usahakan untuk makan dengan seimbang sekerap mungkin dengan makanan yang mengandungi daging, susu, karbohidrat dan sayur-sayuran.
Tubuh yang lemah adalah petanda nutrien yang terkandung dalam badan untuk kehamilan lalu sudah habis dan terpaksa menggunakan baki nutrien kehamilan yang seterusnya untuk penghasilan susu ibu. Ambil suplemen dan jangan lupa vitamin pranatal di sepanjang kehamilan.
Rehat
Dapatkan rehat yang mencukupi. Minta bantuan daripada pasangan atau ahli keluarga untuk membantu anda menjaga anak yang lain. Waktu yang kritikal ialah semasa beberapa bulan yang pertama dan beberapa bukan yang terakhir sebelum melahirkan. Pastikan ibu mendapat tidur yang cukup dan berehatlah jika kepenatan.
Sokongan moral
Penyusuan semasa hamil adalah mencabar dan memerlukan sokongan daripada orang di sekeliling sama ada di rumah atau di tempat kerja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki buat Mawar dan suami! Patutlah agak lama diam rupanya pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengumumkan dia kini sedang hamil anak ketiga. Berita gembira berkenaan diumumkan pelakon berusia 27 tahun itu menerusi satu video di laman Instagram miliknya.
Lebih istimewa apabila Mawar turut membuat suprise untuk suaminya, Raf Yaakob selain merakam reaksi ahli keluarga dan kenalan untuk berkongsi tentang berita kehamilan itu.
“Syukur alhamdulillah. Terima kasih mendoakan yang baik-baik. Mawar doakan juga kepada ibu bapa yang masih menanti untuk mendapat cahaya mat dipermudahkan dan dimakbul Allah SWT hajatnya. Insyaa’Allah. Aamiin,” tulisnya.
Dalam video tersebut, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid membuat kejutan untuk suaminya dengan menyerahkan kit ujian kehamilan di depan Menara Eiffel ketika bercuti di Eropah sekitar Jun lalu.
Tiga bulan alahan teruk
Sebelum itu, Mawar menjawab persoalan peminat mengenai dirinya yang jarang mengemas kini media sosial sekali gus memaklumkan bahawa tahap kesihatannya kurang memuaskan.
“Tiga bulan Mawar tak sihat, sampai terpaksa pergi hospital sebab beberapa kali dehidrasi. Tak boleh makan dan minum, sakit kepala mampu terbaring je atas katil.
“Diuji lagi anak-anak kerap demam lama. Mawar dan suami bergilir tak tidur jaga anak, sambil sakit sambil jaga anak.
“Dalam kepahitan ada kemanisan. Mawar dapat tahu ada satu lagi denyutan jantung dalam badan Mawar,” tulisnya dalam video tersebut.
Sementara itu, pelakon drama TQ Captain itu turut menitipkan pesanan kepada golongan ibu supaya masing-masing diberikan kekuatan dalam mengharungi fasa kehamilan.
“Kepada ibu di luar sana, bukan mudah mengharungi fasa kehamilan. Semoga kita semua diberikan kekuatan demi anak-anak,” katanya lagi.
Mawar dan suami berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rafael dan Rosabella yang masing-masing berusia empat dan dua tahun.