
Setiap ibu ayah ingink memberi yang terbaik buat anak. Pastinya mahu melihat anak sihat, aktif dan membesar dengan sempurna. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir apabila anak tersayang disahkan menghidap penyakit kanser. Pastinya kehidupan akan bertukar 360 darjah yang memerlukan pengorbanan tanpa sempadan.
Menurut data WHO , Setiap tahun, dianggarkan sekitar 400,000 kanak-kanak dan remaja berusia 0 hingga 19 tahun menghidap kanser. Bukan untuk menakutkan ibu ayah tetapi untuk memberi kesedaran mengenai penyakit barah ini kini menyerang ramai kanak-kanak.
Antara jenis kanser yang paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak ialah leukemia, tumor otak serta tumor pepejal seperti neuroblastoma dan tumor Wilms. Sementara itu, limfoma, kanser tulang dan kanser tiroid lebih kerap berlaku dalam kalangan remaja.
Di negara berpendapatan tinggi, di mana perkhidmatan rawatan yang menyeluruh secara umumnya lebih mudah diakses, lebih 80% kanak-kanak yang menghidap kanser berjaya disembuhkan. Namun, di kebanyakan negara berpendapatan rendah dan sederhana, kadar kesembuhan adalah kurang daripada 30%.
Kematian akibat kanser kanak-kanak yang sebenarnya boleh dielakkan di negara berpendapatan rendah dan sederhana antaranya berpunca daripada kegagalan mendapatkan diagnosis, diagnosis yang salah atau lewat, kesukaran mendapatkan rawatan, rawatan yang tidak diteruskan, kematian akibat kesan toksik rawatan serta kanser berulang.
Artikel Berkaitan: Tanda-Tanda Awal Kanser Darah Pada Kanak-Kanak Yang Mengejutkan, Panduan Penting Ibu Bapa
Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”
Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Hanya 29% negara berpendapatan rendah melaporkan bahawa ubat-ubatan kanser secara umumnya tersedia untuk penduduk mereka, berbanding 96% di negara berpendapatan tinggi.
Manakala di Malaysia, setiap hari, kira-kira lima kanak-kanak di Malaysia didiagnos menghidap pelbagai penyakit barah. Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr M Murallitharan berkata, ia perkara yang membimbangkan kerana bilangan itu dijangka akan meningkat pada masa hadapan.
Katanya lagi, kanak-kanak yang menghidap barah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu berusia daripada sifar hingga 14 tahun dan 15 hingga 19 tahun.
“Penyakit barah tertinggi dihidapi kanak berusia daripada sifar hingga 14 tahun ialah barah darah (leukemia) diikuti barah otak dan sistem saraf, limfoma, tulang, mata, tisu perantara dan tisu lembut, ovari, buah pinggang, testis serta hati.
“Manakala kategori kanak-kanak berusia 15 hingga 19 tahun pula, penyakit barah paling tinggi dihidapi mereka adalah barah darah (leukemia), diikuti limfoma, tulang, otak dan sistem saraf, ovari, nasofarinks, tiroid, tisu perantara dan tisu lembut, testis serta kulit,” katanya.
Dr Murallitharan berkata, peningkatan pesakit barah yang ketara adalah kumpulan berusia di antara 15 hingga 19 tahun. Katanya, ini kerana mereka sudah terdedah dengan faktor risiko pencetus barah bermula daripada awal usia iaitu sejak kecil.
Dr Murallitharan berkata, antara faktor yang boleh dikaitkan dengan risiko penyakit barah ialah masalah obesiti. Apabila kanak-kanak menjangkau usia belasan tahun, sesetengah daripada mereka mula menunjukkan ciri-ciri berkaitan penyakit tersebut.
Faktor lain ialah corak pemakanan tidak sihat, termasuk pengambilan makanan segera dan makanan diproses secara berlebihan. Selain itu, pendedahan kepada unsur kimia sejak kecil, terutama asap rokok daripada orang dewasa di sekeliling mereka, turut menjadi antara perkara yang perlu diberi perhatian.
Menurut beliau, apabila meningkat remaja, ada yang mula menunjukkan tanda seperti ketumbuhan tidak normal dan perubahan tertentu pada wajah.
Dalam pada itu, Dr Murallitharan menjelaskan bahawa antara peranan utama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) adalah menyediakan bantuan kewangan dan sokongan psikososial kepada pesakit barah di seluruh Malaysia.
Bantuan yang disediakan termasuk tempat tinggal, pengangkutan serta keperluan lain bagi membantu pesakit dan keluarga sepanjang menjalani rawatan.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
NCSM turut menyediakan rumah barah untuk menempatkan pesakit yang sedang menjalani rawatan di hospital sekitar ibu negara. Pesakit yang tidak memerlukan kemasukan ke wad boleh tinggal di rumah berkenaan sepanjang tempoh rawatan.
Kemudahan tempat tinggal itu disediakan secara percuma bagi meringankan beban keluarga pesakit, terutama mereka yang terdiri daripada golongan B40.
Selain itu, NCSM turut menghantar pegawai perubatan dan kaunselor ke beberapa negeri bagi memberikan perkhidmatan serta sokongan kepada pesakit barah.
KENALI TANDA KANSER PADA KANAK-KANAK
1.KANSER DARAH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kanser darah atau leukemia merupakan jenis kanser yang paling kerap menyerang kanak-kanak di negara ini. Menjejaskan sel darah putih di dalam sumsum tulang.
Dianggarkan hampir 30% hingga 40% daripada keseluruhan kes kanser dalam kalangan kanak-kanak adalah daripada jenis leukemia. Leukemia limfoblastik akut (ALL) adalah jenis kanser paling biasa dalam kalangan kanak-kanak.Kanser otak merupakan jenis kedua paling lazim selepas leukemia. Ia melibatkan pertumbuhan sel tidak normal dalam otak atau sistem saraf pusat. Mewakili sekitar 20% hingga 25% daripada kes kanser kanak-kanak.
3. KANSER SISTEM LIMFA (LIMFOMA)
Terdapat dua jenis utama: Hodgkin dan Non-Hodgkin Lymphoma. Ia menyerang sistem limfa, iaitu sebahagian daripada sistem imun badan.
Justeru, pengesanan awal sangat penting bagi memastikan anak mendapat pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya. Jika ibu bapa menyedari sebarang perubahan atau simptom yang luar biasa pada anak, segeralah mendapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital untuk penilaian lanjut.
Sumber: WHO UPM & neuroversiti