Bila ada anak kecil di rumah, memang setiap hari ada saja perkara mencuit hati akan berlaku. Banyak gelagat mereka yang buat kita terhibur dan rasa bahagia. Meriah satu rumah!
Namun ada satu ‘ketakutan’ yang akan kita rasakan bila secara tiba-tiba suara riuh anak hilang. Suasana jadi sepi dan tak ada sebarang bunyi langsung. Kalau inilah yang terjadi, boleh jadi anak sedang usahakan ‘projek’ lain ketika itu.
‘Kantoi’ Buat Hal..
Keadaan ini sudah pastinya perkara normal yang akan berlaku. Seperti yang dikongsikan oleh syakiladiyana melalui akaun TikToknya, ketika itu dia sedang sibuk mengemas barangan dapur sebelum ketika anaknya ‘kantoi’ melakukannya sesuatu.
Duduk Tepi Fridge, Makan Butter
ketika ibu ini mencari anaknya, dia menemukan bayi tersebut sedang duduk di tepi peti sejuk sambil makan mentega!
Ads
“Tolong mengemas yang ni pun. Baru beli barang dapur, dia capai ni dulu senyap sorang-sorang buat kerja tepi peti ais.”
Ketika dijumpai, mulut anaknya comot dengan kesan mentega. Apabila si ibu mengambil semula mentega darinya, mulalah dia menangis.
Berikut komen yang ditinggalkan warganet;
Ads
Yang comelnya kedengaran si comel itu seolah-olah menyebut perkataan butter ketika ditemui ibunya. Cerdik betullah awak ni sayang, memang sedap kan makan mentega. Kalau bukan sebab ibu awak jumpa, mahu habis seketul butter awak habiskan!
Tak sempat menatap wajah dan menyusukan bayinya, seorang ibu muda, allahyarham, Ain Farhana Mohd Fadzli, menghembuskan nafas terakhir sejurus bersalin anak kedua.
Difahamkan ibu yang baru berusia 27 tahun ini meninggal dunia akibat komplikasi di bahagian kepala sebaik lepas bersalin.
Menerusi media sosial yang dikongsikan oleh @mr_wan_cai_official, video tular suaminya yang mendoakan arwah isterinya menyentuh hati ramai.
Momen menyayat hati itu turut memaparkan detik-detik akhir pengurusan jenazah arwah Ain yang diiringi linangan air mata si suami dan ahli keluarga.
Dapat dilihat suaminya memberikan kucupan terakhir kepada jenazah isterinya dengan penuh rasa kehilangan dan redha.
“Ya Allah, dia adalah ibu & isteri terbaik. Dia lebih memilih anaknya diselamatkan daripada dirinya sendiri,” luah suami sebak dalam doanya.
Rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak apabila melihat jenazah ibu muda yang tidak sempat menatap wajah apatah lagi menyusukan bayinya.
Ucapan takziah turut dizahirkan buat suami dan seluruh keluarga Allahyarhamah. Ramai mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Kredit : @mr_wan_cai_official
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal menimang cahaya mata keduanya tidak lama lagi, pelakon Dayana Roza mengumumkan kehamilannya yang kini sudah pun di trimester kedua.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada Astrid Raheeya ini berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua pengikutnya.
Menurut perkongsian Dayana, bayi keduanya itu bakal dilahirkan sekitar awal Januari tahun hadapan.
“Salam Jumaat everyone. InsyaAllah lepas ni @astridraheeya jadi kakak. Due awal january, harap-harap baby kali ni dok diam-diam kat dalam sampai 2024 la ye. So dah tak boleh la panggil Atit baby la kan?,” luah Dayana berkongsi.
Akui Dayana lagi, berbanding hamil anak sulungnya, dia berdepan pelbagai alahan termasuklah pening kepala malah alahan kepada makanan-makanan tertentu di awal trimester pertama.
Namun kini dia bersyukur bila mana keadaannya bertambah baik dan alahan yang dialaminya juga semakin berkurangan.
“Betul la orang kata, setiap pregnancy tak sama pengalaman dia. Kali ni ada sickness. Memanjang pening kepala, tak boleh nak makan itu ini, mood swing & makin garang sikit.
Ibu cantik manis ini juga turut memohon doa dari semua agar kelahiran anak keduanya itu dipermudahkan. Begitu juga dengan penerimaan anak sulungnya, si comel Astrid Raheeya.
“Alhamdulillah bila dah masuk 2nd trimester slowly hilang problem-problem tu semua.
“Nak mintak awak semua doakan semoga baby dalam kandungan D sihat & dipermudahkan sampai hari bersalin nanti.
“Dan doakan Atit boleh terima adik dia please. D paling risau dia rasa kita dah tak sayang dia sebab sekarang dia makin manja dengan D & Atit jadi cepat merajuk pulak lately.
“D doakan semoga Allah tiupkan Roh ke dalam rahim mereka yang sedang berikhtiar untuk dapatkan rezeki zuriat soleh & solehah. Amiinn amiinn ya rabb,” ujarnya lagi yang turut mendoakan rezeki zuriat buat yang menantikan cahaya mata.
Lagi beberapa minggu, sesi persekolahan penggal baharu bakal dibuka dan pelajar akan memulakan sesi pembelajaran mereka di sekolah. Bagaimanapun, kebimbangan ibu bapa sebelum ini mengenai isu beg berat ke sekolah telah pun mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Terbaru dalam perkongsian di Twitter Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, akhirnya beliau memberi satu berita gembira, isu beg berat ke sekolah oleh anak-anak bakal berakhir dengan beberapa pelaksanaan akan dilakukan.
[TERKINI]
Selepas hampir 40 tahun isu beg berat murid ke sekolah:
1. Kepada sekolah 2 sesi; KPM akan menyediakan lokar untuk murid di Sekolah bermula tahun ini.
2. Penyusunan semula jadual waktu sekolah murid yg mengandungi 3 hingga 4 matapelajaran sehari.
Selepas hampir 40 tahun isu beg berat murid ke sekolah:
1. Kepada sekolah 2 sesi; KPM akan menyediakan lokar untuk murid di Sekolah bermula tahun ini.
2. Penyusunan semula jadual waktu sekolah murid yang mengandungi 3 hingga 4 mata pelajaran sehari.
Dalam masa sama, inisiatif ini juga dipercayai lebih memudahkan mereka untuk menjalani sesi pembelajaran di sekolah kelak. Justeru, berikut di bawah ialah tujuh inisiatif KPM bagi isu beg sekolah berat.
7 inisiatif KPM sebagai solusi bagi isu beg berat:
1. Penyediaan Lokar
KPM akan menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa. Fasa I akan melibatkan penyediaan lokar untuk murid Tahap I, iaitu Tahun I, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan ini akan melibatkan 10,662 kelas dengan 323,186 orang murid. Jumlah anggaran peruntukan tahun 2022 untuk Fasa 1 adalah sebanyak RM37.3 juta.
Bagi Fasa 2 pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid Tahap 2, iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan dijangka pada tahun 2023.
Bagi sekolah satu sesi pula, murid akan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing.
2. Penyusunan Semula Jadual Waktu
Melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.
Di samping itu, sekolah akan diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan oleh sebilangan sekolah bawah KPM.
3. Buku Latihan
Bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu satu masa. Setiap buku latihan hendaklah tidak melebihi 80 muka surat.
4. Buku Aktiviti dan Buku Kerja
Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP).
5. Buku Teks Digital
Penerbitan baharu buku teks dalam format digital secara berterusan. Sehingga kini, sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Murid yang mempunyai peranti boleh mengakses buku teks digital melalui pelantar DELIMa.
6. Pendekatan PdP
Guru digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.
7. Kerjasama Dengan JAKIM
Kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) juga diadakan dari aspek penyelarasan uniform agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA.
Diharapkan dengan inisiatif ini, ibu bapa boleh menarik nafas lega dan murid tidak perlu dibebankan lagi dengan isu beg sekolah berat.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...