Hati ibu mana tak tersentuh bila anak sentiasa harapkan ibu sihat dan akhirnya permintaan itu dimakbulkan Allah. Itu situasi yang dilalui oleh Elyana, 34, selepas dia telah pun bebas kanser setelah bertahun-tahun melalui kesakitan.

Impian anak nak bonda sihat termakbul

Menerusi perkongsian di Kosmo, Elyana menyatakan anaknya, Cinta Sumayyah selalu harap dia menjadi ibu normal seperti orang lain yang tidak sakit dan boleh menemani ke mana sahaja.

“Doa Anak, Nak Saya Sihat Termakbul.” Elyana Syukur Fasa Barunya Cukup Indah
Kredit Gambar: Media Hiburan

Cinta Sumayyah yang kini berusia 12 itu sentiasa mengharap ibunya yang digelar bonda itu sentiasa sihat dan menjalani rutin seperti wanita normal lain.

“Dialah yang selalu berharap agar saya menjadi ibu normal seperti ibu rakan-rakannya.

“Seorang ibu yang tidak sakit, akan teman dia berenang dan lakukan semua aktiviti bersama-sama. Inilah yang anak-anak saya nantikan selama ini,” katanya.

Harap diberi peluang lihat anak membesar

Berkongsi impiannya lagi, pelantun Niat itu juga mahu menjaga anaknya sehingga dewasa. Dia juga bersyukur Tuhan memakbulkan doanya untuk pulih daripada penyakit kanser.

“Doa Anak, Nak Saya Sihat Termakbul.” Elyana Syukur Fasa Barunya Cukup Indah

“Saya selalu percaya apa yang kita fikir atau doa, kemungkinan akan terjadi.

IKLAN

“Disebabkan itu, saya memasang impian nak hidup lama untuk menemani anak-anak sehingga besar, sampailah ada yang mampu menjaganya seperti saya menjaga mereka sejak kecil. Itulah antara doa saya dan Allah SWT makbulkan.

“Selain itu, memberi inspirasi kepada semua individu yang sedang bertarung nyawa juga antara hal yang ingin saya realisasikan. Saya nak mereka jadi kuat melawan kesakitan,” katanya lagi.

Ibarat seperti bermimpi

Penyanyi yang popular menerusi lagu Diriku Tapak Sulaiman juga terasa seperti dalam mimpi sejak doktor memaklumkan dirinya sudah bebas daripada kanser yang dihidapi sejak 10 tahun lalu.

“Doa Anak, Nak Saya Sihat Termakbul.” Elyana Syukur Fasa Barunya Cukup Indah

“Sampai sekarang rasa seperti mimpi, apa yang saya doakan sudah berlaku akhirnya.

IKLAN

“Kini, barulah saya dapat rasa dan percaya frasa ‘sabarlah setiap ujian pasti akan ada pelangi di hadapan’.

“Kini perkara tersebut benar-benar berlaku dan inilah yang pelangi yang saya nanti-nantikan selepas 10 tahun bertarung dengan kanser,” tuturnya.

“Doa Anak, Nak Saya Sihat Termakbul.” Elyana Syukur Fasa Barunya Cukup Indah

Masih ada empat sesi kimoterapi

Biarpun disahkan telah bebas kanser, Elyana masih berbaki empat lagi sesi kimoterapi.

“Saya masih ada lagi empat sesi dan seterusnya pada Februari nanti.

IKLAN

Doktor juga rancang nak lakukan prosedur transplan tetapi kosnya sangat besar dan insuran saya juga semakin lama semakin surut sebab sudah 10 tahun.

“Jadi, harapnya selepas habis kimoterapi tak perlu buat transplan. Sekarang amalkan pengambilan suplemen (makanan tambahan) dan vitamin yang menurut pakar memang elok dan sesuai dengan kesihatan,” ujarnya lagi.

“Doa Anak, Nak Saya Sihat Termakbul.” Elyana Syukur Fasa Barunya Cukup Indah

Terdahulu, pada Disember 2021, pelakon Dunia Baru itu mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya bebas kanser limfoma yang dideritai sejak 10 tahun lalu.

Dia pertama kali mengumumkan penyakit tersebut selepas tersingkir daripada konsert GV4 sekitar 2017.

Kredit: Kosmo ; IG Elyana

“Doa Anak, Nak Saya Sihat Termakbul.” Elyana Syukur Fasa Barunya Cukup Indah

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI