Kasih Ayah, Buat Grab Sambil Kendong Baby. Menangis Terharu Bila Ada Yang Sudi Bantu

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul begitulah yang dilalui oleh lelaki ini apabila terpaksa membawa bayinya yang masih kecil ketika bekerja.

Dia yang bekerja sebagai penghantar makanan memberitahu bahawa dia terpaksa membawa bayinya ketika bekerja kerana tidak mampu untuk menghantar kepada pengasuh.

 

“Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan – mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup.”

Videonya tular sehingga mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew, pendakwah bebas di sosial media. Terpanggil untuk membantu, Ustaz Ebit menghadiahkan sebuah motor dan duit asuhan bulanan.

“Menangis masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa. Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta dia cari pengasuh untuk anaknya.”

“Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih.”

“Saat kita merasa kita susah ada orang lain yang lagi memerlukan. Bila hadiahkan motor melihat air matanya membuat kita rasa lebih bersyukur. Besar nilai rezeki tak sangka-sangka. Semuanya dari Allah.”

“Semoga Allah mudahkan hidupnya. Berkatkan rezeki buat keluarga ini”

Rata-rata warga maya mendoakan agar keluarga ini dimurahkan rezeki dan dilindungi oleh-Nya.

umar_aze
Subhanallah ❤️

ainaabeautynisa
Semoga dipermudahkan segala urusan untuk mereka sekeluarga 🤲🏻

hanaisemail_ii
Terima kasih pelihara anak dengan baik. Moga sentiasa dalam jagaan Allah SWT 🤲🏻

zuraieyda_
Auto mengalir airmata😢 semoga dipermudahkan segala urusan..

Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini.

Kredit: Ebit Lew

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN