Menurut doktor ada 8 jenis makanan yang boleh menyebabkan otak jadi bodoh jika diamalkan makan berterusan. Salah amalan pemakanan boleh memberi kesan terhadap tahap kepintaran otak kita. Bayangkan kalau kita kerap bagi anak-anak dari kecil makannya secara berterusan. Apa akan jadi pada otak anak kita?
Oleh itu sebagai ibu bapa, anda seharusnya mempunyai ilmu tentang pemakanan anak supaya tidak membiarkan si kecil terbiasa dengan makanan tak menyihatkan yang turut mengganggu tahap kepintaran mereka nanti.
Seperti kita sedia maklum, otak manusia bukan hanya berfungsi untuk berfikir sahaja tetapi ia berperanan penting bagi mengawal sistem tubuh badan manusia. Otak adalah tempat sel-sel saraf manusia berkumpul, semua saraf yang ada di dalam badan manusia akan berpusat di otak.
Jelas sekali kan betapa pentingnya peranan otak. Maka penjagaan otak anda turut merangkumi bab pemakanan kerana rupanya menurut Dr Rizal Abu Bakar, Pensyarah UNIMAS dan Pengasas Otak Cerdik Otak Cerdas (OCOC) yang lebih dikenali sebagai Doktor Otak, ada beberapa jenis makanan jika kerap dimakan oleh seseorang ia boleh memberi kesan buruk terhadap otak termasuk aspek kepintaran/kebodohan!
KENAPA 8 MAKANAN INI PERLU DIELAK?
Ads
Kredit: DesignCanes.com
8 Jenis makanan ini adalah bahana kepada otak. Apabila kita ambil sahaja ia akan turunkan aktiviti di bahagian Prefrontal Cortex (PFC). Letaknya di belakang dahi.
PFC adalah CEO of the brain. Pembuat keputusan. Bahagian yang terlibat dengan membuat pertimbangan, Empati, Logik, pusat kawalan.
PFC juga adalah sistem brek di dalam otak. Apabila kita tewas pada makanan, itu tanda brek di PFC kurang berfungsi. Apabila kita cakap lepas dan fikir kemudian, itu petanda PFC merudum.
Ads
Bahasa kasarnya begini. Makanan ini akan tingkatkan tahap ‘kebodohan’ apabila diambil secara berterusan.
8 jenis makanan tersebut adalah:
Ads
Yogurt berperisa
Sosej
French fries
Ais krim
Mayonis
Jus buah-buahan bergula
Minuman berperisa
Salad dressing
Timbang timbang dan pilih pilih apabila mahu makan. Otak kita tanggungjawab kita dan sihat itu jihad.
Kajian menunjukkan kanak-kanak mampu mencapai 60% pertumbuhan ketinggian mereka dalam tempoh lima tahun pertama kehidupan. Meskipun faktor genetik memainkan peranan penting, nutrisi yang betul sangat mustahak dalam merealisasikan potensi pertumbuhan sebenar kanak-kanak.
Namun, mencapai status nutrisi yang baik dalam lima tahun tersebut amatlah mencabar, dan masalah pertumbuhan boleh timbul sekiranya keperluan nutrisi mereka tidak dipenuhi dengan baik. Malangnya, pertumbuhan terbantut – sejenis kekurangan zat makanan yang lazim berlaku – menjejaskan 1 daripada 5 kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah di Malaysia. Lebih membimbangkan, 57% ibu bapa tidak menyedari anak-anak mereka mungkin menghadapi risiko pertumbuhan terbantut. Tanpa intervensi di peringkat awal, kanak-kanak ini bukan sahaja bakal mempunyai saiz tubuh badan yang lebih kecil, tetapi mengalami kesan jangka panjang dari segi kesihatan, prestasi sekolah dan keupayaan bekerja pada masa hadapan.
Bagi membantu ibu bapa mengenal pasti tanda-tanda kekurangan zat makanan dan menjamin pertumbuhan kanak-kanak yang normal, Abbott melancarkan PediaSure GrowthCam, satu alat pengukuran ketinggian, selain pelbagai sumber dalam talian bagi menyokong ibu bapa untuk membantu kanak-kanak mencapai pertumbuhan sebenar mereka.
“Pertumbuhan yang lambat bukan hanya satu masalah fizikal, ia turut menjejaskan pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak,” jelas Dr. Nina Mazera, Pengarah Perubatan, Perniagaan Pemakanan Abbott di Malaysia. “Kami melancarkan PediaSure GrowthCam bagi menyedarkan keluarga terhadap kepentingan nutrisi sebagai penentu pertumbuhan kanak-kanak, khususnya dalam tahun-tahun awal mereka. Dengan menawarkan alat pengukuran dan sumber pendidikan nutrisi bagi menyokong ibu bapa, kita mampu membantu kanak-kanak mencapai potensi sebenar mereka. Inisiatif ini mencerminkan tekad kami untuk membantu kanak-kanak melakar kehidupan terbaik mereka.”
PediaSure GrowthCam merupakan Penapis Realiti Terimbuh (AR) inovatif yang membolehkan ibu bapa mengukur dan mencarta ketinggian anak-anak mereka dalam hanya beberapa saat, selain menentukan sama ada ketinggian mereka adalah normal berdasarkan jantina dan usia. Ibu bapa juga boleh mengakses sokongan dan sumber lain yang bermanfaat seperti:
Dalam sesi perkongsian di forum panel anjuran Abbott yang bertema ‘Kembalikan Kanak-Kanak Malaysia Ke Landasan Pertumbuhan yang Betul’, Pakar Pediatrik Perunding, Dr. Yong Junina Fadzil menjelaskan pertumbuhan yang lambat bukan hanya satu masalah fizikal, tetapi akan menjejaskan pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
“Tanpa nutrisi yang betul, kemerosotan pertumbuhan atau lebih teruk lagi, pertumbuhan terbantut boleh berlaku, seterusnya membawa kepada penyakit dan masalah perkembangan kognitif yang mempunyai kesan serius terhadap kehidupan kanak-kanak apabila mereka membesar kelak. Namun berita baik adalah pertumbuhan terbantut dapat dicegah. Jika masalah kekurangan zat makanan ditangani lebih awal, plat pertumbuhan dapat diaktifkan semula, seterusnya membantu kanak-kanak mencapai potensi pertumbuhan sebenar mereka. Walaupun genetik menentukan pemanjangan tulang, namun faktor persekitaran, khususnya nutrisi, dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi ketinggian mereka, tanpa mengira perbezaan geografi mahupun budaya. Justeru, pentingnya ibu bapa memantau pertumbuhan kanak-kanak dan menjamin nutrisi dimanfaatkan sejak peringkat awal kehidupan mereka bagi memaksimumkan potensi masa hadapan mereka,” ulas Dr Yong.
Menerusi kerjasama dengan kumpulan pakar dan komuniti, Abbott bertekad memperkasakan 100,000 keluarga menjelang hujung 2021.
“Abbott berpandukan misi untuk menyokong pengguna menjalani kehidupan terbaik mereka – pada masa kini mahupun masa depan. Kami berazam menawarkan produk-produk yang dapat membekalkan khasiat yang sesuai pada setiap peringkat kehidupan. Menerusi program ini, kami dapat memperkasakan ibu bapa untuk mengenal pasti risiko masalah pertumbuhan dan bertindak proaktif dalam menyokong pertumbuhan anak-anak mereka. Usaha ini akan menyumbang ke arah matlamat kelestarian global kami bagi menaik taraf kehidupan lebih 3 bilion pengguna menjelang akhir dekad ini,” kata Timothy Monk, Pengurus Besar Perniagaan Nutrisi Abbott di Malaysia.
Nutrisi yang Baik Bantu Kejar Pertumbuhan
Kekurangan zat makanan mempunyai kesan jangka panjang terhadap individu dan masyarakat, termasuk perkembangan kognitif yang lemah, pendapatan lebih rendah, penyakit berulang serta nilai diri yang rendah. Kesan-kesan ini sebahagian besarnya tidak dapat diperbaiki sekiranya tidak diperbetulkan di peringkat awal. Sekiranya seseorang kanak-kanak mengalami pertumbuhan terbantut di peringkat awal, ketinggiannya bukan sahaja akan lebih rendah daripada rakan-rakan sebaya, malah mungkin tidak dapat mengejar kembali perkembangan tubuh mereka yang hilang.
Ibu bapa dan penjaga wajar meninjau pertumbuhan kanak-kanak mereka secara berterusan dan berbincang dengan pakar penjagaan kesihatan sekiranya mengesyaki kanak-kanak ketinggalan dalam pertumbuhan. Bagi kanak-kanak yang tidak mampu memenuhi keperluan nutrisi melalui diet biasa, makanan tambahan seperti PediaSure Plus dapat membantu mereka. Melalui 20 kajian klinikal selama lebih 30 tahun, PediaSure terbukti secara saintifik dapat menggalakkan pertumbuhan berat badan, ketinggian dan sistem imun yang lebih kuat dalam kanak-kanak. Ia mengandungi 38 nutrien tumbesaran (termasuk Arginina dan Vitamin K2 semula jadi) serta kompleks protein gandaan tiga bagi menyokong pertumbuhan tulang yang lebih panjang dan kuat, selain membantu mengejar pertumbuhan di peringkat awal. PediaSure merupakan makanan tambahan bernutrisi kanak-kanak No. 1 yang disyorkan oleh pakar-pakar di Malaysia.
Ibu bapa boleh berkongsi kisah mengenai perjalanan pertumbuhan kanak-kanak mereka di Facebook atau Instagram dengan hashtag #RealMomsRealGrowth dan ikuti Facebook MY Abbott Cares.
**Sumber foto: www.shutterstock.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak tidak pandai bergaul dan pemalu bukanlah sesuatu yang janggal. Tapi jika keterlaluan, ia perlu ditangani awal. Malu tidak bertempat adalah salah satu petanda tidak yakin diri.
Dalam buku Bright Start karya Dr Richard Woolfson seorang pakar psikologi, si kecil ini bukan lagi bayi dan rasa takut kepada orang asing semakin hilang. Pengalamannya sendiri dan peranan ibu bapa mampu memupuk keyakinan diri dalam diri anak-anak.
Imej positif perlu dipupuk awal agar si kecil membesar menjadi seorang yang yakin pada dirinya sendiri dan tidak mudah berasa putus ada dalam menerokai perkembangan diri.
Pada usia ini sifat malunya menjadi semakin berkurangan. Dia juga semakin kurang bergantung kepada mama dan papa.
Yakin diri membolehkan si manja mencuba sesuatu yang baru tanpa teragak-agak dan terlalu takut untuk gagal. Ia juga bermaksud mereka tidak takut untuk mendekati teman baru untuk berkawan, dan untuk menguruskan masalah mereka mungkin bertemu di sepanjang jalan. Keyakinan diri semasa kecil adalah asas yang kukuh untuk si manja dalam menghadapi cabaran kehidupan pada masa akan datang.
Yakin diri, kenapa penting?
1.Memberikan imej diri positif yang akan menggembirakan dan memudahkan proses perkembangan.
2.Mudah menyesuaikan diri dalam suasana baru misalnya di taska atau di majlis.
3.Berupaya mempertahankan diri dari segi fizikal dan mental.
4.Mengatasi halangan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
5.Tahu berdiplomasi dengan baik.
6.Boleh menerima teguran dan komen negatif tentang dirinya.
7.Bertanggungjawab kepada tugas yang diberikan kepadanya.
8.Kekuatan emosi atau emotional intelligence yang memainkan peranan penting dalam kawalan emosi diri.
9.Kajian menunjukkan bahawa apabila si manja mempunyai keyakinan diri yang rendah mereka tidak yakin berbuat sesuatu untuk diri sendiri atau menggunakan kebolehan dan bakat mereka dengan cara yang terbaik.
10.Memberikan impak kepada kesihatan fizikal dan emosi. Kurang yakin diri juga menyebabkan masalah kesihatan di kemudian hari seperti menyebabkan tekanan perasaan, penyakit jantung koronari dan peningkatan dalam tingkah laku anti-sosial.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih. Penemuan mangsa membawa kelegaan kepada keluarga dan rakyat Malaysia yang mengikuti operasi pencarian sejak hari pertama.