Anak yang mengalami pekak dan bisu boleh dididik kebolehannya. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian daripada pakar & ibu bapa dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Mendidik Kebolehan Anak Pekak & Bisu” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 18 Disember 2018.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu yang mengandung boleh makan durian kerana durian banyak manfaatnya untuk kesihatan. Menurut pakar perubatan janin, Dr Patrick Chia, durian boleh dimakan oleh ibu mengandung, tetapi dalam kuantiti terhad sahaja. Ibu mengandung yang didiagnos dengan diabetes perlu elakkan makan durian kerana kandungan gulanya yang cukup tinggi.
Walaupun hanya boleh dimakan dengan kuantiti yang sedikit, durian boleh membekalkan khasiat untuk ibu mengandung. Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan ibu dan bayi. Antara khasiat yang terkandung dalam durian ialah vitamin C, vitamin B, serta mineral penting seperti zat besi, magnesium, dan kalsium.
Membongkar mitos durian
Anda boleh makan durian semasa anda mengandung dan sebenarnya ia boleh memberi manfaat kepada anda. Durian mengandungi organo-sulphur dan tryptophan. Sebatian ini mempunyai kesan antioksidan.
Durian juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat, yang memberikan kesan yang positif terhadap kehamilan. Walau bagaimanapun, durian juga mengandungi banyak gula dan karbohidrat. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori.
Bagi negara-negara Asian tertentu, wanita hamil adalah dilarang daripada makan durian. Ini kerana, masyarakat percaya bahawa wanita yang sedang mengandung perlu mengelak daripada makan durian memandangkan pengamal perubatan purba mengatakan bahawa durian boleh memanaskan tubuh ibu dan bayi dalam kandungan.
Hakikatnya, tiada sebarang bukti saintifik yang menyokong kenyataan tersebut. Jika anda mengidam makan durian tetapi khuatir akan kesannya, anda disarankan untuk berjumpa doktor anda dahulu, untuk langkah berjaga-jaga.
Manfaat durian kepada kesihatan:
1. Durian tinggi dengan kalori, mineral dan vitamin. Buah ini juga mempunyai isi yang lembut, yang mudah untuk dicerna. Kandungan gula ringkas dalam durian seperti fruktosa dan sukrosa boleh memberikan lebih tenaga, menjadikan anda rasa bertenaga.
2. Durian tidak mengandungi sebarang kolesterol atau lemak tepu.
3. Durian juga adalah sumber serat pemakanan yang baik. Buah ini sama dengan laksatif semula jadi dan mencegah masalah sembelit, yang selalunya dialami oleh ibu hamil.
4. Kandungan serat dalam durian boleh membantu memastikan membran mukus anda selamat kerana ia mengurangkan masa pendedahan kepada toksin. Durian juga membantu mencegah dan menghapuskan sebarang bahan kimia daripada usus, yang boleh menyebabkan kanser.
5. Durian juga penuh dengan vitamin B dan vitamin kompleks seperti niacin, thiamin, dan riboflavin. Kesemua vitamin ini meningkatkan keseluruhan kesihatan anda dan memainkan peranan yang penting dalam menyihatkan fungsi tubuh.
6. Durian adalah sumber baik kuprum, mangan, zat besi, dan magnesium. Kuprum dan zat besi merangsang sel darah merah dalam tubuh anda, yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Pengambilan asid folik sememangnya cukup penting untuk ibu hamil. Ia sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk mengandung kerana ia membantu mengelakkan kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf, neural tube defects (NTD).
Pun begitu, selain diambil dalam bentuk pil, pemakanan dari sumber makanan yang mengandungi folik asid yang tinggi boleh anda ambil setiap hari sepanjang hamil dan sebagai persediaan untuk hamil. Apa jenis makanannya?
Berikut merupakan panduan pemakanan untuk anda.
1. Salmon
Salmon adalah salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia ini. Ikan berlemak popular ini sarat dengan nutrien dan boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit. Selain rasanya yang sedap, ikan ini juga serba boleh dan banyak didapati, malah salmon juga merupakan ikan yang mengandungi asid folik.
Menurut sumber kesihatan, jumlah asid folik tertinggi terdapat dalam ikan salmon dan salmon chinook yang mengandungi 35 ug asid folik setiap 100g.
2. Pisang
Jadikan pisang buah wajib ada di rumah anda kerana pisang mengandungi asid folik yang tinggi dan mudah membantu memenuhi keperluan harian ibu. Pisang sederhana boleh membekalkan 23.6 mcg folat, atau 6% daripada DV. Pisang juga kaya dengan nutrien lain, termasuk kalsium dan vitamin B6. Wajib ambil!
3. Telur
Makanan dengan nutrisi lengkap seperti telur juga patut menjadi pilihan ibu hamil. Selain tinggi asid folik, telur mengandungi khasiat lain seperti protein, selenium, riboflavin dan vitamin B12.
Selain itu, ia tinggi dengan lutein dan zeaxanthin, 2 antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko gangguan penglihatan mata.
4. Ketam
Jangan ditolak kerana ketam merupakan salah satu jenis makanan laut yang mengandungi asid folik dengan menyediakan 37 mikrogram folat untuk setiap hidangan 3 auns. Keraplah makan ketam namun jangan berlebih-lebih.
5. Kubis Brussels
Kubis Brussels penuh dengan vitamin dan mineral, terutamanya asid folik. Walaupun harga sedikit mahal, hidangan setengah cawan (78 gram) kubis Brussels yang dimasak boleh membekalkan 47 mcg folat, atau 12% daripada pengambilan harian. Sayuran ini juga merupakan sumber kaempferol yang hebat, antioksidan yang dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan.
6. Buah citrus
Selain sedap dan kaya dengan rasa, buah-buahan seperti oren, belimbing dan limau kaya dengan folat. Hanya sebiji oren besar mengandungi 55 mcg folat, atau sekitar 14% daripada pengambilan harian.
7. Avokado
Menurut laporan dari Pusat Data Makanan, separuh daripada avokado mentah mengandungi 82 mcg folat, atau sekitar 21% daripada jumlah yang anda perlukan sepanjang hari. Di samping itu, avokado kaya dengan kalsium dan vitamin K, C, dan B6. Wajib ambil!
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Durian memang enak. Sebab itulah ia digelar Raja Buah. Kebanyakan orang gemar makan durian termasuklah ibu hamil. Bolehkah ibu hamil memakannya? Dikatakan sesetengah ibu boleh sahaja makan durian ketika hamil. Dan begitulah di sebaliknya. Ada yang langsung tidak boleh makan durian kerana ia mendatangkan bahaya kepada dirinya dan juga kandungan. Sesuatu tidak akan dilarang jika tidak ada penyebabnya. Alasan durian dilarang diambil oleh ibu hamil adalah kerana risiko bahaya berikut.
1. Bayi lahir pramatang
Sesiapa pun tidak mahu melahirkan anak tidak cukup bulan. Durian yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan bayi lahir secara pramatang. Jadi, ada baiknya anda mengehadkan pengambilan durian untuk kesejahteraan bayi yang bakal dilahirkan.
2. Keguguran
Ibu yang di awal usia kehamilan sangat dilarang untuk memakan durian. Hal itu disebabkan kandungan durian tersebut boleh mengakibatkan panas di dalam rahim. Suhu panas itulah yang boleh menyebabkan keguguran kerana janin tidak mampu bertahan dengan suhu tubuh ibu yang panas.
3. Kontraksi
Ada kes di mana boleh boleh berlakunya kontraksi terutamanya jika anda mengambil durian secara berlebihan. Kandungan durian boleh merangsang pengeluaran prostaglandin. Kontraksi yang kuat tentu sahaja boleh menjadi tanda awal bersalin walaupun masanya belum tiba.
4. Diabetes
Anda yang mengambil terlalu banyak durian mudah mengalami diabetes. Glukosa yang tinggi di dalam durian adalah penyebabnya. Jika sudah terkena diabetes, anda perlu mengawal pemakanan dan gaya hidup sepanjang kehamilan agar tidak timbul komplikasi kehamilan mahupun kelahiran kelak.
5. Tekanan darah tinggi
Durian juga boleh menyebabkan anda mengalami tekanan darahtinggi. Hal itu kerana di dalam durian mengandungi tinggi kolesterol. Kadar kolesterol yang tinggi di dalam tubuh ibu hamil boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Pembuluh darah yang sempit akan mengakibatkan tekanan darah tinggi.
6. Berat badan bayi besar
Kandungan kalori yang tinggi pada buah durian memungkinkan bayi akan mengalami berat badan yang besar. Hal ini berpunca daripada kandungan glukosa yang tinggi di dalam durian. Jika hal terjadi, kemungkinan untuk melahirkan normal menjadi tipis. Dibimbangkan anda mungkin perlu melahirkannya secara pembedahan caesarean pula.
7. Janin kekurangan oksigen
Penyempitan pembuluh darah membuatkan aliran darah dan oksigen di dalam tubuh ibu hamil tidak lancar untuk sampai kepada bayi. Hal tersebut boleh menyebabkan janin yang di dalam kandungan kekurangan oksigen. Jika janin kekurangan oksigen, dia akan lemas berada dan pergerakannya menjadi tidak aktif.
Tip makan durian ketika hamil
Bagi yang mengidam makan durian, ada tip yang boleh anda guna pakai untuk mengambilnya. Paling penting, anda makan hanya dalam jumlah yang sedikit. Contohnya dua ulas sahaja. Jangan ambil lebih daripada itu. Jika anda rasa mual dan pening selepas memakannya, maka itu petunjuk penolakan tubuh terhadap apa yang anda makan.
Walaupun boleh ambil dalam jumlah yang sedikit, harus diingatkan, jangan pula terlalu kerap mengambilnya! Bila diambil sedikit demi sedikit, lama kelamaan ia akan menjadi banyak. Jadi batasi pengambilan maksimum dua kali seminggu.
Setelah makan durian, jangan minum air lain selain daripada air kosong. Jika anda minum air lain contohnya teh atau kopi, di dalamnya terdapat kandungan kafein yang bahaya kepada ibu hamil. Pendek kata, pilihlah air kosong bagi menyingkirkan rasa panas badan, gula berlebihan dan lain-lain yang ada di dalam durian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.