Kebaikan bawa anak-anak ke taman permainan, bagus untuk perkembangan deria dan fizikal. Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita sentiasa membawa anak-anak ke taman permainan, sama ada indoor atau outdoor.
Kebaikan Bawa Anak-anak Ke Taman Permainan
Ini kerana di situ, terdapat banyak rangsangan deria utama yang penting untuk perkembangan mereka. Elakkan daripada membiarkan anak-anak ‘hanyut’ dalam dunia sendiri dengan bermain gajet. Sebaliknya, rajin-rajinlah membawa mereka ke taman permainan untuk menggunakan segala rangsangan deria serta mengeluarkan peluh.
Saranan ini adalah perkongsian oleh Puan Liyana Raya, seorang Pakar Terapi Cara Kerja, sebagai rujukan untuk semua ibu bapa.
Bagus Untuk Perkembangan Deria & Fizikal
Berikut adalah antara perkongsian beliau:
Kepentingan Taman Permainan
Membawa anak ke taman permainan sekerap yang mungkin sangat penting kerana di situlah terdapat banyak rangsangan untuk deria utama dalam perkembangan anak-anak. Malah kita sendiri pun, semasa kecil, banyak menghabiskan masa di taman permainan. Ingat lagi tak, hampir setiap hari kita bermain di sana?
Di taman permainan, otot dan sendi anak-anak dirangsang. Ini menjadikan mereka kuat. Mereka boleh menulis dengan baik kerana ‘core muscles’ di bahagian dada, belakang, dan bahu mendapat ketahanan yang tinggi, sekaligus membantu menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari ketika menulis.
Anak-anak zaman sekarang, apabila menulis dan menggunting, kebanyakan mereka tidak tahu menggunakan otot yang mana. Ini menyebabkan mereka suka mengangkat bahu dan siku ketika melakukan aktiviti penulisan dan menggunting. Penulisan bukan hanya tentang pen dan kertas semata-mata!
Masalah Kurang Rangsangan Otot dan Sendi
Kurangnya rangsangan terhadap otot dan sendi adalah punca masalah ini. Taman permainan juga membantu menyeimbangkan badan kerana ia merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Keperluan Pergerakan Kanak-kanak
Kanak-kanak perlu bergerak. Kita dahulu pun tidak boleh duduk diam, bukan? Jadi mengapa sekarang kita mahu anak-anak duduk diam? Tidak ada gunanya memaksa anak-anak duduk diam kerana ia tidak merangsang deria keseimbangan badan mereka.
Ads
Akibat memaksa anak-anak duduk diam:
Anak akan sukar fokus.
Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas.
Anak kurang keyakinan diri.
Anak tidak boleh mengawal emosi.
Dengan adanya taman permainan, anak-anak boleh bergerak dan bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan. Mereka akan fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di taman permainan.
Seterusnya, apabila tiba waktu belajar, mereka tidak mudah terganggu untuk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak. Ini meningkatkan keyakinan diri dan membentuk emosi yang seimbang.
Persepsi Salah Mengenai Taman Permainan
Takut Anak Jatuh
Kita terlalu risau mereka akan cedera! Takut anak jatuh, takut anak itu ini, sedangkan di tangan kita telefon 24 jam. Bila bawa anak ke taman permainan, kita pula sibuk bermain telefon! Anak-anak perlukan bimbingan untuk memanjat, memegang, masuk, dan keluar dari peralatan permainan.
Ads
Jadi peganglah anak itu jika takut mereka jatuh, bukan pegang telefon! Jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila terbiasa jatuh dan menahan sakit, anak kita semakin kebal.
Takut Anak Sakit Berjangkit
Risau anak dapat penyakit berjangkit terutamanya di taman permainan indoor. Ada ibu bapa yang sudah tahu anak sakit, tetapi tetap bawa anak keluar. Jika anak tidak sihat, duduklah di rumah.
Kadang-kadang anak kita menjadi mangsa, tetapi kita harus ingat bahawa jangkitan ini tidaklah membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah menjaga anak semasa sakit. Janganlah terlalu risau dengan perkara seperti ini.
Selalu Cakap ‘Jangan’
Selalu cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” juga menyebabkan anak-anak jatuh di taman permainan. Tukarlah minda dan perkataan kita. Daripada cakap “jangan jatuh,” lebih baik tolong anak dan bantu mereka mengelak daripada jatuh.
Anak-anak juga manusia seperti kita, bukan robot yang boleh diarahkan sesuka hati. Mereka juga mahu berseronok dan tidak suka diganggu ketika bermain. Bawalah anak bermain di taman permainan, sama ada indoor atau outdoor, sekerap mungkin. Jika boleh, bawa setiap hari. Namun, apabila saya melawat taman permainan, suasananya sunyi sepi.
Ads
Anak-anak saya pun lama-lama bosan kerana tiada kawan untuk bermain. Taman permainan tidak lagi menjadi tempat yang menyeronokkan seperti dahulu. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ibu bapa, rajin-rajinlah membawa anak bermain di taman permainan untuk merangsang deria dan perkembangan mereka.
Zaman sekarang, semakin ramai ibu bapa memilih untuk “mengisi” hari anak-anak dengan pelbagai aktiviti seperti sekolah pagi, kelas tambahan petang, malam pula kelas online atau latihan sukan. Dari luar nampak anak hebat, aktif dan berpotensi. Tapi, adakah kita benar-benar dengar suara hati anak? Mungkinkah semua ini satu bentuk tekanan terselindung yang kita tak sedar?
Kenapa Jadual Anak Dipenuhi Aktiviti?
Ramai ibu bapa berpandangan bahawa lebih banyak aktiviti bermakna lebih banyak ilmu dan kemahiran yang anak akan kuasai. Ada juga yang mahu pastikan anak tak ketinggalan dalam pelbagai bidang, takut anak membuang masa, atau kerana pengaruh sosial dan bila tengok anak orang lain sibuk, kita pun rasa perlu buat yang sama.
Fakta Menarik: Kajian oleh American Academy of Pediatrics menunjukkan bahawa terlalu banyak struktur aktiviti boleh mengurangkan kreativiti dan keupayaan anak menyelesaikan masalah secara sendiri.
Kepentingan Aktiviti Tambahan
Memang tak dinafikan, aktiviti luar kelas seperti kelas muzik, sukan, bahasa tambahan atau STEM sangat bermanfaat. Ia bantu anak jadi lebih yakin, berdisiplin dan membina potensi diri. Aktiviti ini juga menyediakan anak untuk masa depan yang lebih kompetitif.
Berikut ialah beberapa kepentingan utama aktiviti tambahan yang boleh dirujuk dalam jadual di bawah:
Kepentingan
Huraian
Keyakinan diri
Anak belajar bercakap di hadapan orang ramai, berani mencuba sesuatu yang baru dan mengekspresikan diri dengan lebih baik.
Disiplin dan pengurusan masa
Aktiviti luar kelas memerlukan anak ikut masa, bersedia lebih awal dan menyusun keutamaan serta kemahiran penting untuk kehidupan.
Perkembangan bakat
Anak yang didedahkan dengan pelbagai aktiviti berpeluang mencungkil bakat terpendam dalam bidang tertentu.
Kesihatan fizikal & mental
Aktiviti fizikal seperti sukan bantu kekuatan tubuh, manakala aktiviti seni bantu keseimbangan emosi.
Sosialisasi & kerjasama
Anak belajar bekerja dalam kumpulan, menghormati peraturan dan mengasah kemahiran komunikasi.
Keburukan Jadual Terlalu Padat
Namun, bila jadual terlalu padat, anak boleh alami keletihan mental dan fizikal. Mereka hilang masa rehat, masa bersama keluarga dan paling penting masa bermain. Anak yang stres boleh mula menunjukkan tanda seperti cepat marah, murung, hilang selera makan atau kurang tidur. Dalam jangka panjang, ia boleh jejaskan perkembangan emosi dan kesihatan mereka.
Fakta Menarik: Satu kajian tempatan mendapati bahawa 3 daripada 5 murid sekolah rendah mengalami simptom tekanan akibat aktiviti akademik berlebihan.
Tips Seimbangkan Aktiviti Anak
Kenali minat anak dan libatkan mereka dalam merancang aktiviti.
Hadkan aktiviti luar sekolah kepada 2-3 kali seminggu sahaja.
Pastikan anak ada masa bermain bebas setiap hari.
Jadualkan hari tanpa aktiviti setiap minggu.
Utamakan komunikasi dan tanya pendapat anak.
Info Menarik: Permainan bebas (free play) terbukti secara saintifik dapat meningkatkan daya tumpuan dan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak.
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa bukan sekadar pendorong, tapi juga penjaga emosi anak. Perhatikan bahasa tubuh anak, kadang mereka tak tahu nak luah rasa penat. Tunjukkan bahawa rehat juga satu bentuk kejayaan. Didik anak seimbang antara usaha dan kesihatan mental.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak. Tapi dalam keghairahan mencorak masa depan mereka, jangan sampai kita abaikan detik berharga masa kecil mereka. Anak bukan robot. Mereka perlukan ruang untuk tertawa, berehat dan menjadi kanak-kanak seperti sepatutnya.
Nota: Anak yang gembira dan sihat mental lebih mudah berjaya dalam jangka panjang berbanding anak yang dipaksa untuk sentiasa “sibuk”.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gelagat anak sulungIntan Ladyana dan Harris Alif nyanyi lagu ‘Cikebum’ untuk adik curi perhatian, lembut suaranya. Intan selamat melahirkan anak kedua seorang bayi lelaki pada 26 April lalu. Anak sulung mereka, Evie Khadeeja baru berusia 2 tahun lebih.
Walaupun pasangan ini berbeza usia 17 tahun namun itu bukan masalah untuk masing-masing menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga. Malah Harris Aliff dilihat cukup matang menguruskan rumah tangga sebagai suami dan juga bapa.
Gelagat Anak Sulung Intan Ladyana & Harris Alif Nyanyi Lagu ‘Cikebum’ Untuk Adik Curi Perhatian
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok milik Harris Alif yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 127 ribu, tanda suka sebanyak 6,409 dan sebanyak 139 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Evie bersama ayahnya iaitu Harris Alif menyanyikan lagu ‘Cikebum’ sambil duduk di sebelah adiknya yang baru lahir itu.
Rata-rata warga maya teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Evie seorang kakak yang sangat lembut suaranya, ditambah pula dengan telatahnya yang sangat comel itu.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Doktor selebriti dan pempengaruh, Dr Say Shazril meminta ibu bapa yang mempunyai anak istimewa sepertinya semakin memahami anak kecil mereka.
Dr Say yang mempunyai seorang anak istimewa berkongsi kisah anak kecilnya itu yang tidak mahu menyambut hari lahir beramai-ramai.
Malah kata Dr Say lagi, anak sulungnya, Ace yang disahkan mempunyai autisme hanya mahu meraikan dirinya secara bersendiri bersama ibu dan ayahnya sahaja.
Berkongsi kisah itu, Dr Say dan isteri nyata sebak dengan perkembangan diri Ace yang semakin baik dari hari ke hari.
“Tiap-tiap kali celebrate birthday kat rumah parents saya, mesti Ace takkan join dan larikan diri.
“Hari ni akak saya buat something yang buat saya & bini berlinang.
“Kakak saya belikan kek untuk Ace secara diam-diam dan senyap-senyap akak saya bagitau Ace yang dia ada chocalate cake untuk Ace.
“Terus Ace kembali excited. Dia siap nak makan kek tu dan yang buat kami berlinang airmata adalah bila Ace cakap, “Mommy can i sing Happy Birthday by myself?”
“Berjurai air mata bila saya dengar ayat yang dia ungkapkan ni. Maksudnya dia tak suka ramai-ramai menyanyi untuk dia,” tulisnya.
Tambah Dr Say lagi, dia semakin belajar untuk memahami anak istimewanya itu kini namun amat tersentuh dengan kemahuan Ace.
“Dengan anak-anak istimewa ni, kita kena fahami keunikan mereka. After all thats what make them special than everyone else.
“Happy 5th Birthday Ace. Mommy & daddy will always love you along with Sefriel & Zeqriel,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen rata-rata para pengikut Dr Say turut berkongsi kisah anak-anak istimewa mereka malah turut memberikan kata-kata semangat agar perjalanan Ace semakin baik dari hari ke hari.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.