Kesihatan oral adalah sangat penting buat semua individu agar senyuman yang terukir di wajah tampak menarik.

Disebabkan itu, penjagaan gigi, gusi, lidah dan mulut wajarlah dititikberatkan agar kesihatan oral dapat dikekalkan.

Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

Antara cara untuk memastikan kebersihan oral dan senyuman kekal cantik adalah dengan mencuci kawasan ini.

Mencuci bermaksud bukan sahaja anda perlu memberus gigi, tapi juga memflos gigi dengan kerap.

Namun inilah yang menjadi cabaran kerana individu akan lebih fokus kepada berus gigi sahaja dan bukan flos gigi.

Jom ubah persepsi ini dari sekarang!

Baca: Ada Anak Bawah 6 Tahun? Amalkan Formula 3H Supaya Apa Anak Belajar Kekal Lama!

Apa maksud flos gigi?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu tentang perkara ini terlebih dahulu. Buat anda yang mungkin belum tahu, flos gigi adalah perbuatan mencuci kawasan di antara celah-celah gigi menggunakan flos – sejenis tali atau jaring halus yang boleh memasuki kawasan celah gigi.

Kebiasaannya, proses mencuci kawasan celah gigi ini dilakukan selepas memberus gigi untuk melengkapkan kitaran atau aturan mencuci mulut. Namun inilah yang menjadi masalahnya kerana individu cenderung menganggap bahawa memberus gigi sahaja sudah lebih daripada cukup.

TIDAK, ini kerana memberus tanpa memflos tidak akan mengeluarkan plak yang tersepit di kawasan celah gigi. Dengan flos, maka segala kotoran tersembunyi dapat dibuang lantas menghindarkan masalah mulut berbau.

Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

Siapa perlu flos gigi?

IKLAN

Hakikatnya, persoalan ini tidak perlu timbul kerana semua orang perlu tahu maksud flos gigi dan melakukannya demi kesihatan oral yang lebih baik. Di sebalik kenyataan ini, mungkin terdapat beberapa golongan yang wajar menitikberatkan soal ini iaitu pemakai pendakap gigi.

Ini kerana pengguna pendakap gigi adalah lebih disarankan untuk memflos gigi ekoran besi yang dipakai pada gigi itu akan menyukarkan atau menyulitkan proses memberus gigi.

Ia seterusnya akan menyebabkan lebih banyak plak berkumpul pada kawasan celah gigi dan juga celah besi yang digunakan untuk merapatkan atau meratakan susunan gigi itu.

Selain itu, ada satu lagi golongan yang ditekankan iaitu kanak-kanak atau bayi.

Persoalannya, bila ibu bapa boleh mula membantu si kecil melakukannya?

Umur berapa si kecil boleh mula melakukannya?

Menurut kajian yang dijalankan oleh Stanford Children’s Health, ibu bapa perlu mula memflos gigi anak apabila si kecil sudah mempunyai 2 batang gigi.

Ini adalah sekitar usia 2 ke 3 tahun di mana proses pertumbuhan gigi susu biasa berlaku. Sebelum 2 batang gigi si kecil anda tumbuh, maka flos gigi masih belum diperlukan.

Kebiasaannya, ibu bapa perlu membantu mereka memflos gigi dari usia 2 ke 3 tahun sehingga 8 ke 10 tahun sebelum mereka boleh melakukannya secara sendiri.

IKLAN

Namun, ini sudah pasti menjadi satu cabaran buat ibu bapa bukan?

Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

Bagaimana ibu bapa boleh membantu si kecil?

Pertama sekali, ibu bapa perlu sentiasa menemani anak anda di dalam bilik air dan membantu gosokkan gigi mereka lebih-lebih lagi golongan bayi.

Berikut merupakan langkah yang wajar ibu bapa ikuti:

-Gunakan berus gigi kecil dan lembut yang boleh anda masukkan ke dalam satu jari sahaja.

-Gunakan ubat gigi khas untuk bayi yang tidak mempunyai kandungan menghakis terlalu kuat.

-Gosokkan gigi mereka dengan perlahan dan menyeluruh di bahagian depan, tepi dan belakang gigi.

IKLAN

-Bilaskan gigi yang telah dicuci dengan menggunakan air bersuhu sederhana.

-Floskan gigi si kecil dengan menggunakan flos yang halus di antara celah gigi.

-Bilaskan gigi sekali lagi untuk membuang kotoran yang berjaya dicungkil.
berus gigi bayi

Bagaimana jika berlaku pendarahan pada mulut mereka?

Sedang ibu bapa asyik membantu si kecil memberus dan memflos gigi, tiba-tiba kalian perasan bahawa keluar darah daripada mulut mereka.

Apa yang perlu dibuat? Yang paling penting, jangan panik!

Ini kerana pendarahan ketika pertama kali flos gigi anak terutamanya yang masih kecil adalah normal. Pendarahan tersebut juga mungkin boleh berlaku kepada orang dewasa yang memflos gigi buat pertama kalinya.

Hari demi hari, pendarahan ini akan berhenti dengan sendiri ketika memflos gigi anak kerana gusi mereka sudah menjadi lebih kuat dan sihat.

Sekiranya pendarahan ini berlaku dengan sangat teruk dan tidak berhenti setelah beberapa hari atau minggu, segera berjumpa doktor gigi untuk rawatan lanjutan.

Akhir kata, jangan lambat sangat untuk mula flos gigi anak ya? Mulakan dari hari ini juga!

Sumber: Hello Doktor

Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI