
Setiap ibu ayah pasti menyimpan harapan yang sama nak lihat anak membesar jadi bijak, cepat faham, dan berjaya dalam hidup. Tapi bila bercakap soal “anak pandai ikut siapa”, ramai mula tertanya-tanya lebih ikut mak atau ayah?
Sebenarnya, persoalan ini sering dikaitkan dengan faktor genetik dan juga persekitaran. Dalam banyak perbincangan sains, topik kecerdasan anak sering menjadi fokus kerana ia melibatkan gabungan biologi dan cara didikan.
Kecerdasan Anak Dari Sudut Sains
Hubungan ibu dan anak bukan sekadar rapat dari segi emosi, tapi juga sangat kuat dari sudut biologi dan genetik. Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa kecerdasan anak mungkin lebih cenderung diwarisi daripada ibu, khususnya melalui gen yang berkait rapat dengan perkembangan otak.
Jadi, betulkah kepandaian anak lebih banyak datang dari ibu? Jom fahamkan satu per satu.
Genetik Dari Ibu: Peranan Dalam Kecerdasan Anak

Setiap anak mewarisi 50% gen daripada ibu dan 50% daripada ayah. Itu fakta asas.
Namun begitu, dalam dunia genetik, ada satu konsep dipanggil “gen terkondisi” — iaitu gen yang hanya aktif jika diwarisi daripada salah satu ibu bapa sahaja.
Menariknya, banyak gen yang berkait dengan fungsi otak didapati lebih aktif apabila ia datang daripada ibu, sekali gus mempengaruhi kecerdasan anak.
Antara contoh yang sering dikaitkan:
- Gen pada kromosom X (wanita ada dua kromosom X)
- Gen yang mengawal perkembangan korteks serebrum (bahagian otak penting untuk pembelajaran dan pemikiran)
Sebab itu, ada kajian menyatakan bahawa asas kecerdasan anak mungkin banyak dipengaruhi oleh gen daripada ibu.
Kenapa Ibu Ada “Kelebihan” Ini?
Wanita mempunyai dua kromosom X, berbanding lelaki yang hanya ada satu.
Kromosom X pula mengandungi lebih banyak gen yang berkait dengan fungsi intelek. Jadi, dari situ datangnya teori bahawa ibu memainkan peranan lebih besar dalam pewarisan kecerdasan anak.
Ciri seperti:
- Kebolehan berfikir secara logik
- Keupayaan menyelesaikan masalah
- Kemahiran belajar dengan cepat
Semuanya ada kaitan dengan genetik ini.
Peranan Ayah Dalam Membentuk Kecerdasan AnakX

Tapi… ayah tak penting ke?
Jawapannya, tidak sama sekali. Walaupun ada kajian yang menunjukkan gen daripada ibu lebih dominan dalam aspek tertentu, ayah tetap memainkan peranan penting dalam membentuk kecerdasan anak secara menyeluruh.
Hakikatnya, kedua-dua ibu dan ayah memainkan peranan penting dalam membentuk siapa anak itu.
Contohnya:
- Ibu: lebih dikaitkan dengan perkembangan kognitif, emosi dan empati
- Ayah: sering dikaitkan dengan kekuatan fizikal, struktur tubuh dan ciri-ciri tertentu
Gabungan kedua-dua gen inilah yang menjadikan setiap anak unik bukan sekadar dari segi rupa, tapi juga personaliti dan kebolehan termasuk kecerdasan anak.
Gen Bukan Penentu Mutlak Kecerdasan Anak

Ini part yang ramai terlepas pandang.
Walaupun genetik memainkan peranan, ia bukan satu-satunya faktor yang menentukan tahap kecerdasan anak.
Pakar anggarkan sekitar 40% hingga 60% sahaja kecerdasan diwarisi melalui gen.
Selebihnya datang daripada:
- Cara didikan ibu ayah
- Persekitaran rumah dan sekolah
- Nutrisi sejak kecil
- Aktiviti rangsangan otak seperti bermain, membaca, berinteraksi
- Sokongan emosi yang konsisten
Maksudnya, walaupun gen “basic” datang dari ibu atau ayah, potensi sebenar kecerdasan anak tetap dibentuk melalui cara kita membesarkan mereka.
Memang benar, dari sudut sains, genetik daripada ibu ada pengaruh besar terhadap kecerdasan anak. Tapi itu bukan bermaksud semuanya bergantung pada ibu sahaja.
Hakikatnya, anak adalah hasil gabungan ibu dan ayah ditambah pula dengan persekitaran, didikan, dan kasih sayang yang mereka terima setiap hari.
Akhirnya, bukan soal anak pandai ikut siapa… tapi sejauh mana kita sebagai ibu ayah bantu mereka jadi versi terbaik diri mereka.
Sumber: hellodoktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





