Bila nampak baju putih anak terkena warna dari baju-baju lain semasa mencuci dalam mesin basuh, rasa kecewanya bukan main lagi. Terus rasa down. Tak gitu mama?
Janganlah rasa kecewa kerana sebenarnya ada cara terbaik untuk hilangkan kesan warna pada baju putih ini. Nak tahu caranya?
Tip dan perkongsian pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini mak-mak kena cuba. Memang baju jadi putih bersih.
Baju & kain kena warna tak boleh hilang? Sebenarnya cara nak bersihkannya senang sahaja.
Masukkan sabun mandi rata.
Masukkan pula baking soda.
Kemudian tuangkan air panas.
Biarkan kain dan baju direndam selama 30 minit.
Hasilnya warna pada baju akan luntur dan keluar.
Memang jadi putih bersih.
Kalau macam ni senanglah kerja mak-mak, lagi-lagi waktu nak basuh baju sekolah anak.
Hari ini ramai ibu ayah anggap cara didik anak guna rotan macam orang dulu sebagai ketinggalan zaman. Tiada lagi hukuman rotan dikenakan jika si anak melakukan kesalahan.
Anak adalah amanah dari Allah supaya dididik dengan sebaiknya oleh ibu ayah supaya jadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Dalam pada kita sayang dan kasih pada anak serta sibuk mendidik mereka supaya menjadi anak yang pandai jangan lupa untuk mengajar mereka menjadi manusia yang berakhlak dan beradab.
Bila dari kecil tak pernah ditegur, dimarah atau dirotan akan perbuatan nakal mereka maka sampai besarlah mereka tak belajar dari kesilapan dan akhirnya menjadi individu yang tidak beradab dan tak tahu menghormati orang lain.
Berkongsi kisah pengalaman yang dilalui oleh Saiful Nang ia boleh dijadikan pengajaran dan panduan berguna untuk yang bergelar ibu ayah.
Tolong Ajar Anak Beradab
Semalam saya makan di sebuah kedai berhampiran ofis. Saya jarang makan di luar tetapi jika taqwim harian terganggu dari kebiasaan, maka itu akan jadi pilihan untuk makan di luar.
Bersebelahan saya ada sekeluarga bersama 2 anak. Seorang perempuan seorang lelaki. Yang sulung saya anggarkan berumur dalam 7 atau 8 tahun dan yang adiknya masih kecil.
Mereka makan hanya bersebelahan meja sahaja. Selepas anak lelaki yang sulung itu selesai makan maka dia mula bermain. Ini bukan main mainan biasa, ini main sembur-sembur air liur sambil buat effect kapal terbang kejar mengejar dan tembak menembak berlaku dan bila meletup dia guna effect air liur berhamburan keluar.
Kali pertama saya sabar lagi sekadar lap sahaja lengan saya dengan tisu. Saya jeling mak ayah dia perasan saya mengelap air liur yang dihamburkan oleh anaknya. Namun dengan bahagianya mereka teruskan makan tanpa menegur anak mereka. Saya pun dengan extra sikit mengelap lebih lama sikit mungkin lah mereka ni tak faham lagi.
Setelah confirm mereka tak faham, maka saya beralih sedikit di meja yang sama tetapi di sudut lain yang menjauhi keluarga dan anak lelakinya itu.
Namun, jarak penerbangan mainan budak ini rupanya masuk ke kawasan saya melarikan diri juga. Nak juga dia tembak menembak dan ntah apa nasib saya, kapal terbang budak ni akan meletup juga dekat dengan saya. Sekali lagi air liur berhamburan dan saya mula bersuara dengan baik… “Adikk…masuk makanan abanglah air liur buat macam tu”.
Tak semena-mena pasangan bahagia konon itu menoleh ke arah saya dengan muka ketat. Anaknya masih bebas terbang dengan jet-jet pejuangnya. Dah tiba-tiba saya pulak yang kena jegil oleh mak ayahnya.
Hati saya menyirap dan lebih sirap dari air sirap yang mereka sedang hirup. Saya tekadkan dalam hati “Saiful…jangan cari gaduh”. Ok, lalu saya lemparkan senyuman kepada mereka berdua.
Punya kekwat…aku dah senyum dia masih lagi stare macam aku pulak yang tembak pesawat anak dia tu.
Apa terjadi selepas itu sudah tidak penting. Tetapi saya nak cerita sikit cara orang sekarang mendidik anak dengan orang dahulu. Saya ni kolot sikit didik anak tak macam orang generasi terkini.
Ayah saya dulu (Wak Nang) sekarang ni memang nampak macam kawan baik jer kan? Memang nampak kamcing kan? Tahu tak korang, dulu Wak Nang punya misai macam Wak Doyok terpacak tau. Dalam sejarah, ayah jarang rotan anak dia tapi tidak saya kata tak pernah. Tapi dari kecil kami diajar RETI BAHASA.
Pergi bertandang rumah orang, kemudian tuan rumah hidang sahaja makanan dalam talam terus kita nak menyambar kuih terus kena YELLOW CARD. Macam mana cara Yellow card? Bunyinya ringkas sahaja…
“Ehemmmmm…..” (berdehem Wak Haji Nang sambil mata menjeling tajam)
Saya terus jadi kecik dan terus duduk dengan baik menunggu arahan seterusnya. Kena tunggu orang paling tua sekali menjamah makanan barulah yang lain ikut. Ini tidak, bukan sekadar main cekuh jer makanan tu tapi siap kejar mengejar jet lagi dan buat letupan air liur memang bukan sekadar berdehem yang dapat…kalau standard Wak Nang itu memang dah kena pelempang Jawa pergi balik dah.
Prinsip Wak Nang masa itu lebih kurang begini “biar aku cubit dan rotan anak aku depan tetamu atau tuan rumah daripada orang ingat aku tak didik anak aku”
Itu orang dulu. Yellow card berdehem tu korang jangan ingat boleh forgive and forget bro…balik rumah ada hidangan “roti panjang”. Ini pantun orang lama. Agak-agak berdehem pun tak faham masuk kali kedua akan keluar verbal reminder yang agak lembut juga tapi sebenarnya SANGAT KERAS…seperti berikut bunyinya… “Angahhhh…duduk sini, balik nanti ayah bagi roti panjang”
DEMM!! ketika ini memang wajib kecut punya. Memang nakal macammana, terjal macammana sekalipun akan terus landing dan bersila duduk diam. Tapi itu orang-orang dulu lah.
Dalam pendidikan anak-anak saya juga, saya terapkan benda yang sama. Anak saya faham bahasa berdehem. Mereka faham intonasi suara saya marah atau suka. Hatta, saya jeling sahaja mereka tahu apa maksudnya.
Bila mengenang balik kisah budak main air liur di tempat makanan saya tu, hati saya meruap dan rasa KENAPALAH BAPAK DIA TUNGGUL SANGAT??? KENAPA MAK DIA TAK AJAR ANAK DIA ADAB?? DAH BESAR DAH TU ANAK KAU DAH TAHU TENGOK PORNO pun.
Orked, Seri, Lela dan Wafa bertuah kerana bukan sekadar saya sahaja tetapi bila bercampur dengan anak-anak Warga Prihatin kami di sana juga praktikkan cara pendidikan KUNO ini. Yang kiranya orang zaman sekarang rasa itu cara lama yang ketinggalan zaman. Sporting sangat mak bapak sekarang sampai anak umur 8 tahun kena romen dengan abang umur 10 tahun pun steady lagi….alaaaa budak-budak tahu apaaa.
Bila dah mengandung, baru menyalahkan takdir “Ya Allah kenapa aku ditakdirkan menerima ujian ini?”
BULLSHIT.
Itu bukan ujian yang Allah sengaja bagi. Tapi itu BALA yang engkau sendiri tempah.
Saya tak mahu cerita banyak apa yang terjadi dengan pasangan bahagia itu di restoran itu. Tetapi anda tahulah saya ni panas sikit hati bila jumpa orang-orang tak sensibel macam ni.
Saya meninggalkan restoran itu dalam keadaan sebuah kerusi jatuh dan sempat saya “letupkan” 2 jet anak lelaki mereka itu di atas makanan mereka. Saya dapat sabar dengan perangai budak tapi hilang sabar dengan perangan orang tua yang macam tak ada akal dah. Barulah pasangan bahagia ini nak minta maaf.
Dan saya katakan “Makan lah makanan ni…takde apapun, tadi lagilah 2 kali kapal terbang meletup atas makanan saya”.
Sebelum hantar anak umur 3-4 tahun korang belajar matematik tambahan, baiklah korang didik dengan ADAB dahulu. Senang bawa diri bila besar. Yang orang sanjung ialah ketinggian budi pekerti dan adab sopan. Hantar tusyen anak belajar matematik awal-awal nanti CGPA tinggi-tinggi tapi kena maki juga kerana ADAB TU OUT!! Sekian
Sumber: Saiful Nang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cadar dan tuala putih memang cantik, nampak cerah dan bersih apabila dibentang di atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah cadar putih dan tuala putih apabila dicuci, selalunya ada kesan karat yang datangnya dari kotoran melalui air paip. Boleh juga diaplikasikan untuk lampin kain yang terkena kesan karat.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh cuba kaedah jimat dengan menggunakan tuala tangan yang kecil. Caranya ialah dengan memasukkannya ke dalam tempat letak sabun. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkn karat ‘terjun’ terus pada kain cucian.
Cara ini berkesan. Tiada lagi kotoran yang melekat pada kain-kain yang dicuci. Sekali-sekala boleh gunakan nila agar kain-kain yang dicuci nampak berseri-seri.
Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Nila boleh cair atau pekat. Ikut suka anda.
Nila jadi cair begini tapi airnya tetap kebiru-biruan.
Beginilah cucian yang terhasil. Nampak bersih dan ‘sejuk’ mata memandang. Cubalah!
Satu tip penting yang perlu diingat ialah apabila menggunakan nila, jangan letak pelembut kain sekali. Ia akan menyebabkan nila jadi bertompok-tompok dan jadi tidak sekata pada kain cucian.
Bagi pasangan yang sedang melalui fasa ‘Trying to Conceive’ (TTC) untuk mencuba mendapatkan anak, pastinya berdepan kesukaran malah ada waktunya membuatkan diri sentiasa dalam tekanan.
Bagi pasangan suami isteri yang tengah mencuba untuk mendapatkan zuriat, paling Utama pastinya elakkan sentiasa berada dalam keadaan stres hingga menguasai diri.
Bagi pasangan TTC, tip yang dikongsikan ini pastinya dapat membantu. Paling penting perlu bersedia lebih awal.
Ini prosedur bagi pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat (TTC):
Bagi wanita:
– Berhenti makan selepas pukul 7 malam.
– Hentikan pengambilan minuman bergula.
– Elakkan makanan yang tidak memberi manfaat.
– Minum air kosong sahaja.
– Ambil nasi dalam kuantiti sedikit.
– Ayam, ikan, telur, dan daging merupakan makanan utama.
– Dari hari pertama haid hingga hari ke-14, lebihkan pengambilan daging, ayam, ikan dan telur. Makan paling awal sekitar jam 9 pagi, atau jika lewat, sekitar jam 11 pagi.
– Hanya makan dua kali sehari.
– Cari coklat gelap (dark chocolate) 75% ke atas. Makan hanya apabila benar-benar mengidam.
– Dari hari ke-18 hingga hari ke-28 kitaran haid, puasa antara waktu makan (intermittent fasting) tidak perlu terlalu lama.
– Sekiranya makan semula keesokan harinya, makan selewat-lewatnya jam 9 pagi.
– Boleh makan tiga kali sehari, tetapi hanya satu kali untuk hidangan berat. Dua lagi hidangan sederhana.
– Berjalan sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari.
– Dapatkan cahaya matahari secukupnya.
– Lakukan grounding (berkaki ayam di atas tanah) tiga kali seminggu.
– Elakkan penggunaan sabun yang boleh mengganggu hormon (terutamanya sabun berparaben).
– Jangan minum minuman bergula.
– Elakkan makanan ringan dan jajan yang tidak berkhasiat.
– Daging merah adalah makanan utama.
– Kurangkan pengambilan nasi.
– Jangan ambil roti, walaupun jenis sourdough, tangguhkan dahulu.
– Elakkan makanan berasaskan soya buat sementara waktu.
Lupa nak cakap. Tengah buat prosedur ni, garam SANGAT penting. At least kena dapatkan one teaspoon quantity dalam masakan setiap hari.
Kalau tak dapat amaun yang memuaskan dari makanan, suplemen dengan Celtic Salt atau Lake Salt Light, at least suku sudu sehari. When you do elimination type diets, salt is VERY important. Kalau boleh jangan minum kopi dulu. Stay buat ni at least 4 bulan. Do it and tell me how it goes.
Semoga tips kesuburan lelaki dan wanita ini dapat memberi manfaat!