Keguguran berulang bukan disebabkan oleh keadaan mama (isteri) sahaja, banyak faktor lain yang menjadi punca. Suami dan ahli keluarga kena faham!
Keguguran berulang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia sering kali dihadapi wanita yang mendambakan zuriat yang tak kunjung tiba. Jangan risau, kerana ada rawatan dan sokongan boleh diberikan untuk mengelakkan ia berulang lagi.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan, masalah ini sering terjadi kepada kandungan yang berusia 24 minggu ke bawah.
DEFINISI KEGUGURAN
Apakah keguguran ?
Kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan dipanggil keguguran. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal.
Keguguran awal adalah perkara yang biasa berlaku 10-20 kes dalam 100 kehamilan ( 10-20%)
Keguguran lewat berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan, tidak biasa di manja hanya berlaku 1-2 kes sahaja dalam 100 kehamilan ( 1-2%).
KEGUGURAN BERULANG
Apakah keguguran berulang-ulang ?
Bila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang (recurrent miscarriages). Berlaku dalam 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat
11 FAKTOR MUNGKIN BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN BERULANG
Kenapa berlakunya keguguran berulang-ulang dan keguguran lewat kehamilan?
Kadang-kadang doktor dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan. Walaubagaimanapun dalam kebanyakkan kes, doktor tak dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran ini, lebih-lebih lagi jika semua ujian yang dijalankan adalah normal belaka.
Ads
Ada beberapa faktor yang dikenalpasti mungkin menyumbang kepada keguguran lewat kehamilan
UMUR
Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalan 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran tinggi.
ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME (APS)
APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan
FAKTOR GENETIK
2-5 dalam 100 pasangan ( 2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya akan ada ketidaknormalan salah satu kromosom ( struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan perwarisan dari ayah ibu ). Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menujukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.
PANGKAL RAHIM YANG LEMAH
Kelemahan pangkal rahim (cervical incompetence) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung. Mungkin ini adalah penyebabkan keguguran jika kehamilan sebelumya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun
Ads
PERKEMBANGAN BAYI TIDAK NORMAL
Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.
JANGKITAN KUMAN
Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun bagaimana jangkitan boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum pasti.
BENTUK RAHIM
Tidak sahih lagi faktor bentuk rahim yang tak normal boleh menyebabkan keguguran
KENCING MANIS & MASALAH TIROID
Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.
Ads
FAKTOR IMUN (Immune Factors)
Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal, dinamakan sebagai alloimmune reaction. Walaubagaimanapun, takda bukti sahih lagi yang menyokong kenyataan ini. Lebih banyak kajian diperlukan.
Berat badan berlebihan
Merokok, pengambilan kafein dan alkohol secara berlebihan.
risiko berlakunya keguguran BERULANG meningkat APAbila terjadinya satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut berisiko 4 dalam 10 peluang untuk mengalami keguguran sekali lagi.
DOKTOR AKAN MENYIASAT
Penyiasatan yang boleh dilakukan untuk keguguran berulang-ulang melalui ujian-ujian berikut iaitu:
Ujian darah untuk mengenalpasti Antiphospholipid syndrome dan thrombophilia
Ujian darah untuk mengenalpasti ketidaknormalan kromosom jika bayi menunjukkan kromosom yang tidak normal.
Ujian darah untuk menentukan jangkitan kuman
RAWATAN
Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab-sebab berlakunya keguguran berulang-ulang ini. Jika doktor tidak dapat mengenalpasti sebab selepas melakukan pemeriksaan serta ujian-ujian yang berkenaan, wanita itu tidak perlu menerima rawatan.
Wanita dan pasangan sepatutnya mendapat rawatan serta kaunseling oleh pakar. Wanita yang mendapat sokongan perubatan daripada awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat. Walaupun tidak dapat mengenalpasti sebab-sebab keguguran berulang-ulang ini, 75 dalam 100 kes ( 75%) akan berjaya hamil sehingga ke hujung kehamilan.
Tenangkan hati dan ingat bahawa kebanyakkan pasangan akan berjaya dengan kehamilan, walaupun pernah gugur 3 kali berturut-turut.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak subur pada lelaki menjadi sebab masalah untuk mendapatkan cahaya mata. Bila gagal hamil, jangan hanya ingat ia berpunca daripada wanita sahaja!
Masalah kesuburan pada lelaki merangkamu kegagalannya untuk menghasilkan sperma yang berkualiti pada kuantiti yang kuantiti tertentu. Selalunya ia disahkan oleh doktor setelah meneliti keputusan analisis sperma yang dilakukan di makmal.
Menurut Dato’ Dr Hamid Arshad melalui video di Facebook beliau, lelaki yang mempunyai masalah sperma selalunya berpunca daripada benihnya kurang aktif dan abnormal. 20-30 peratus masalah kesuburan ialah berpunca daripada lelaki. Video ini menerima tontonan lebih daripada 36 ribu.
Beliau telah mencadangkan 10 langkah yang boleh membantu meningkatkan kualiti sperma lelaki dan mencetuskan kehamilan. Antaranya ialah;
#1 KURANGKAN STRES
Apa langkah-langkah yang boleh diambil ialah secara amnya mengurangkan stres, merehatkan fizikal dan mental kerana ia boleh mengganggu penghasilan sperma.
#2 LEBIH REHAT & TIDUR AWAL
Amalkan tidur awal dan elakkan menonton televisyen sehingga lewat malam.
#3 JAGA PEMAKANAN
Makan makanan yang elok, berkhasiat dan berzat.
#4 KURANGKAN/ BERHENTI MEROKOK
#5 KURANGKAN KAFEIN
Elakkan minum kopi berlebihan dan minuman soda yang terlalu banyak kafein dan gula.
Dr Hamid juga berkongsi info yang menerangkan penghasilan sperma bagi lelaki. Penghasilannya sentiasa berubah dan sekiranya dikeluarkan, ia dihasilkan semula dalam masa 24 jam dan 48 jam untuk mempunyai kebolehan dan aktif untuk bercantum dengan ovum (sel telur pada wanita).
#6 ELAKKAN KEPANASAN
Kepanasan atau heat, jika anda bekerja dalam suasana yang terlalu panas, badan menjadi panas dan penghasilan benih juga menjadi berkurangan. Menggunakan komputer riba dengan meletakkannya di atas riba juga boleh menyebabkan gangguan kepada penghasilan sperma kerana haba yang dihasilkan oleh komputer tadi. Elakkan amalan ini jika mahu penghasilan benih dipertingkatkan.
#7 SELUAR KETAT
Pemakaian seluar dan seluar dalam terlalu ketat juga boleh mengganggu penghasilan sperma. Ini kerana apabila memakai pakaian ketat, testis akan melekat pada badan dan menyebabkan suhu menjadi panas. Dr Hamid menyarankan pemakaian seluar dalam jenis boxer supaya testis tidak melekat pada badan.
#8 MENYEJUKKAN TESTIS
Ia khususnya dilakukan pada hari isteri subur iaitu hari ke-12 hingga 20. Anda boleh meletakkan pek ais di bawah testis untuk menyejukkan pada sebelah petang, selepas solat Asar selama 30 hingga 40 minit.
Penyejukan ini akan meningkatkan penghasilan sperma dan pada sebelah malam boleh bersama dengan isteri ini meningkatkan peluang kehamilan.
#9 AMBIL SUPLEMEN
Ambil suplemen seperti vitamin seperti vitamin E dan asid folik.
#10 ELOK DIAMALKAN 2 MAKANAN INI
Madu dan telur amat disarankan bagi lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.
Sikit panduan bagi lelaki Yang kurang subur. Benih kurang bilangan, kurang aktif dan abnormal. Cuba ikut tips ini.
Ibu hamil perlu tahu apa yang perlu dimakan untuk memastikan kesihatan dan kandungan sentiasa baik. Pengambilan makanan yang sihat dalam diet harian amat penting agar dapat menjamin kesihatan diri anda sendiri dan perkembangan positif kandungan.
Empat superfood ini mampu tingkatkan kesihatan ibu hamil dan kandungan.
Ikan
Pengambilan ikan ketika hamil selalu menjadi pertikaian kerana ada yang bimbang tentang kandungan merkuri yang tinggi. Biasanya ikan yang hidup di dalam lautan dalam mempunyai risiko sebegini.
Walaupun begitu, anda perlu maklum bahawa ikan sangat kaya dengan sumber protein. Ia juga memiliki kandungan Omega-3 yang tinggi. Oleh yang demikian, ikan sangat diperlukan untuk membolehkan anak dalam kandungan mempunyai sumber yang baik untuk mengembangkan keampunan otaknya.
Sayur-sayuran Berdaun Hijau
Ramai yang sedia maklum bahawa sayur-sayuran adalah sangat penting untuk menjamin tahap kesihatan berterusan. Oleh sebab itulah, adalah penting untuk anda mengambil jumlah hidangan sayur-sayuran yang mencukupi dalam menu harian.
Anda digalakkan untuk lebihkan sayur-sayuran berdaun hijau. Sayur bayam adalah sayur yang paling disyorkan kerana ia tinggi dengan kandungan asid folik.
Asid folik adalah sumber yang bagus untuk perkembangan saraf tunjang anak di dalam kandungan.
Brokoli
Selain dari sayur-sayuran berdaun hijau, anda juga perlu memberi perhatian kepada satu lagi sayur yang mempunyai warna hijau iaitu brokoli.
Memasukkan brokoli sebagai salah satu makanan bagi memenuhi keperluan pengambilan sayur harian memastikan anda memperoleh beberapa nutrien makanan penting. Anda secara tak langsung mengambil potassium. Potassium dapat membantu proses pertumbuhan tulang bayi di dalam kandungan.
Produk Tenusu
Mengambil kandungan kalsium yang cukup ketika hamil adalah sangat penting. Selain menguatkan tulang dan gigi anda, kalsium juga membantu menguatkan tulang dan pertumbuhan tubuh anak dalam kandungan.
Pastikan anda minum satu hingga dua gelas susu, anda boleh gantikannya dengan melebihkan pengambilan produk tenusu yang lain juga. Contohnya keju dan yogurt.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan tidak menunjukkan petanda, Kaka Azraff tidak sedari dirinya hamil sehingga mengalami situasi hampir pengsan semasa memasak.
Penyanyi yang popular dengan lagu Buku Merah & Bukan Hal Aku, Kaka Azraff mengumumkan dirinya kini sedang hamil 4 bulan. Kaka yang mendirikan rumah tangga pada 14 Disember dengan suaminya, Adam Azriff.
KANDUNGAN DALAM KEADAAN BAIK
Penyanyi ini mengambik keputusan untuk mengumumkan kehamilannya kepada umum setelah yakin kandungannya dalam keadaan baik.
Mengimbau detik awal mengetahui dirinya hamil, Kaka memberitahu dia hampir pengsan ketika memasak.
HAMPIR PENGSAN
“Sepupu saya mencadangkan supaya membuat ujian kehamilan dan keputusannya adalah positif. Saya sangat terkejut dan tidak sangka akan hamil. Pada masa yang sama, saya juga sangat bersyukur dengan anugerah ini,” katanya kepada Gempak yang menemui Kaka dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
TIADA ALAHAN PADA TRIMESTER PERTAMA
Tidak seperti kebanyakan wanita hamil yang lain, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff dia tidak mengalami sebarang alahan atau morning sickness setakat 4 bulan hamil.
“Melepasi trimester pertama kehamilan, saya tidak mengalami sebarang alahan. Saya ternanti juga perasaan dan pengalaman semasa alahan,” katanya lagi.
UCAPAN TAHNIAH!
Para peminat dan rakan-rakan Kaka mengucapkan tahniah kepada Kaka atas kehamilannya ini.
@itsraymeray_co Waahh. Bun in the oven. Congratulations to you and hubby. I’m really happy for you my dear. Always support and ❤️ you always.
@musicspeaksss congrats kaka! love u!!
@meormluqman Tahniahhh sistur and suami terchenta ?
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.