Ads

Anne Tak Tahan Bau Sejak Hamil, Tiara Pula Rupanya Dah Pilih Nama Adik!

Anne Tak Tahan Bau Sejak Hamil, Tiara Pula Rupanya Dah Pilih Nama Adik!

Selepas 15 tahun menanti, pasangan selebriti Achey dan isterinya, Anne akhirnya berkongsi berita gembira apabila disahkan bakal menimang cahaya mata pertama menerusi rawatan IVF kali kedua.

Dalam keterujaan menyambut rezeki ini, kehamilan Anne turut menjadi perhatian apabila dia berkongsi pengalaman alahan ketika hamil yang membuatkannya terlalu sensitif terhadap bau.

Lebih mencuit hati, anak angkat mereka, Tiara juga tidak kurang teruja apabila sudah siap memilih nama untuk adik yang bakal lahir sekitar Hari Raya Aidiladha tahun hadapan.

Anne Tak Tahan Bau Sejak Hamil, Tiara Pula Rupanya Dah Pilih Nama Adik!

Achey Syukur Doa Dimakbulkan, Kagum Isteri Sanggup Turunkan Berat Badan Demi Zuriat

Menerusi satu temu bual, Achey dan Anne berkongsi perjalanan mereka mendapatkan zuriat selepas menjalani rawatan buat IVF kali kedua.

Menurut Achey, dia sendiri menyaksikan segala kesukaran dan pengorbanan yang dilalui isterinya sepanjang menjalani rawatan tersebut.

Malah, demi merealisasikan impian memiliki cahaya mata, Achey melihat sendiri isteri yang berusaha keras untuk menurunkan berat badan malah menjalani prosedur bariatrik serta rawatan IVF yang bukan untuk dilalui.

Kata Anne pula dia sedaya udaya berusaha sehabis baik untuk mendapatkan zuriat malah menjadikan suami dan anaknya sebagai kekuatannya sepanjang tempoh berjuang.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami saban waktu. Tak terbalas jasa semua.

“Sebenarnya, bila Tiara nak adik, saya sehabis baik cuba usahakan juga. Daripada badan berisi 100kg, saya usaha kuruskan badan. Saya buat bariatrik dan usaha untuk dapatkan anak.

“Akhirnya, saya tak sangka Allah kurniakan rezeki ini untuk kami,” kongsinya penuh kesyukuran.

Bagi pasangan ini, kehamilan Anne bukan sekadar berita gembira, sebaliknya menjadi hadiah paling berharga selepas bertahun-tahun berusaha dan tidak pernah berhenti berharap.

Anne Tak Tahan Bau Sejak Hamil, Tiara Pula Rupanya Dah Pilih Nama Adik!

Ads

Alahan Bau Sampai Cadar Baru Basuh Pun Rasa Busuk!

Berkongsi pengalaman kehamilan pertamanya, Anne mendedahkan bahawa dia mula mengalami alahan terhadap bau sejak awal hamil.

Menurutnya, deria baunya menjadi terlalu sensitif sehingga ada kalanya bau yang dianggap biasa oleh orang lain boleh menyebabkan dirinya berasa tidak selesa.

Malah, gelagatnya yang terlalu sensitif terhadap bau turut mencuit hati apabila anak angkatnya, Tiara, menjadi antara individu yang sering ditegur setiap kali pulang dari sekolah.

“Sekarang saya dah melalui fasa mabuk. Saya tak boleh bau busuk. Kadang-kadang Tiara balik sekolah, saya selalu cakap dia berbau.

“Macam itu juga kalau cadar tilam, walaupun baru basuh dan bau sabun, tapi saya tetap rasa berbau busuk. Sampai Tiara ambil minyak wangi untuk sembur supaya wangi.

“Orang kata tak boleh bau suami, tapi saya lain pula. Tak boleh bau persekitaran, padahal tak rasa busuk pun,” kongsinya lagi.

Walaupun berdepan alahan yang agak kuat, Anne tetap bersyukur kerana akhirnya dapat merasai sendiri pengalaman mengandung yang sekian lama diimpikan.

Mengidam Taufu Fa Pukul 3 Pagi, Kini Teringin Telur Ikan Mayong Di Melaka

Selain mengalami alahan terhadap bau, Anne turut berkongsi pengalaman mengidam makanan sepanjang awal kehamilannya.

Ads

Menurut Anne, dia pada mulanya begitu teringin menikmati makanan manis, termasuk taufu fa, sehingga menyuarakan hasrat tersebut kepada Achey pada awal pagi.

“Pukul 3 hingga 4 pagi, saya beritahu Achey nak makan taufu fa. Selepas tiga kali pergi, baru saya dapat makan,” ceritanya.

Tidak terhenti di situ, Anne turut mendedahkan bahawa dia kini begitu teringin menikmati telur ikan mayong di Melaka.

Gelagat Anne yang mula mengalami pelbagai perubahan ketika hamil pastinya menjadi pengalaman baharu buat pasangan ini, lebih-lebih lagi selepas sekian lama menantikan peluang untuk bergelar ibu dan ayah.

Achey Hargai Pengorbanan Isteri, Anne Pernah Jalani Pembedahan Buang Kedua-Dua Tiub Falopio

Dalam pada itu, Achey turut meluahkan rasa terima kasih kepada isterinya yang sanggup melalui pelbagai pengorbanan sepanjang usaha mereka mendapatkan zuriat.

Bukan sahaja perlu menurunkan berat badan, Anne juga terpaksa berdepan pelbagai prosedur rawatan, suntikan dan cabaran fizikal serta emosi demi menjayakan rawatan IVF.

Lebih menyentuh hati, Anne turut berkongsi bahawa dia pernah menjalani pembedahan membuang kedua-dua tiub falopionya selepas rawatan IVF pertama.

Menurut Anne, keputusan tersebut dibuat selepas mendapatkan penjelasan mengenai keadaan kesihatannya ketika itu.

Ads

“Lepas buat IVF pertama, saya minta izin daripada Achey untuk buang kedua-dua tiub sebab sebelah tersumbat dan sebelah lagi mengalami pendarahan serta boleh jadi kanser.

“Dekat situ jantung dah jatuh sebab perempuan, bila hilang kedua-duanya, rasa down sangat. Tapi anak dan suamilah yang selalu jadi kekuatan,” luahnya.

Selepas pelbagai ujian dilalui, kejayaan rawatan IVF kedua akhirnya membawa sinar baharu dalam kehidupan mereka sekeluarga.

Anne Tak Tahan Bau Sejak Hamil, Tiara Pula Rupanya Dah Pilih Nama Adik!

Tiara Sudah Sedia Nama Adik, Siap Pilih Untuk Lelaki Dan Perempuan!

Dalam kegembiraan Achey dan Anne menyambut kehamilan pertama ini, anak angkat mereka, Tiara, juga tidak kurang teruja menantikan kehadiran ahli keluarga baharu.

Malah, Tiara yang sememangnya mengimpikan seorang adik sudah pun mempunyai pilihan nama tersendiri untuk bayi yang bakal dilahirkan nanti.

Menariknya, dia sudah menyediakan nama untuk kedua-dua jantina, sama ada adiknya lelaki mahupun perempuan.

“Kalau perempuan, Thia Melor Zahirah. Kalau adik lelaki, Abu Thakif,” kongsi Tiara teruja.

Comelnya Tiara! Walaupun adiknya masih dalam kandungan, dia nampaknya sudah bersedia untuk menggalas peranan sebagai seorang kakak.

Lebih menggembirakan, bayi yang dinanti-nantikan itu dijangka dilahirkan sekitar sambutan Hari Raya Aidiladha tahun hadapan, sekali gus bakal menambah seri dan kebahagiaan keluarga kecil mereka.

Semoga segala urusan kehamilan Anne dipermudahkan sehingga detik kelahiran nanti. Tahniah buat Achey dan Anne, semoga kehadiran cahaya mata ini terus melengkapkan kebahagiaan keluarga kecil mereka!

Sumber: Mstar Online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Pernah Viral Usia 2 Tahun Kerana Hafal Sifir 1 Hingga 10,...

Pernah viral kerana hafal sifir 1 hingga 10 pada usia 2 tahun, ibu Noah Ariz kongsi cara didik anak sejak bayi tanpa paksaan.