
Kehamilan berlaku apabila telur yang disenyawakan hasil daripada penyatuan telur dan sperma berjaya menanam dirinya ke dalam rahim. Namun begitu, tidak semua kehamilan berkembang secara normal. Terdapat pelbagai komplikasi yang boleh berlaku semasa kehamilan, dan salah satu yang paling berbahaya ialah kehamilan ektopik.
Istilah “kehamilan ektopik” berasal daripada perkataan Greek ektopas yang bermaksud “tidak pada tempatnya”. Ia merujuk kepada keadaan di mana telur yang telah disenyawakan menanam dan mula berkembang di luar rahim.
Dalam kehamilan biasa, telur yang disenyawakan akan bergerak dari tiub falopio ke rahim untuk menanamkan diri dan membesar. Namun, apabila pergerakan ini terganggu, telur tersebut boleh melekat di tempat yang tidak sepatutnya, sekali gus menyebabkan kehamilan ektopik.
Kebanyakan kes berlaku di tiub falopio dan dikenali sebagai kehamilan tiub. Keadaan ini sering berpunca daripada kerosakan atau penyempitan tiub falopio yang menghalang telur daripada bergerak ke uterus.
Menariknya, hampir separuh daripada wanita yang pernah mengalami kehamilan ektopik tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang jelas. Namun, terdapat beberapa keadaan yang diketahui boleh meningkatkan risiko.
Wanita yang aktif secara seksual sangat disarankan peka dengan sebarang perubahan pada badan, terutama jika ada tanda yang kelihatan seperti kehamilan awal namun disertai ketidakselesaan yang tidak biasa.
Ada wanita yang tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal, ada yang hanya mengalami simptom ringan, dan ada juga yang mengalami simptom yang jelas serta semakin teruk.
Antara gejala kehamilan ektopik ialah:
Kesakitan ini boleh berlaku secara tiba-tiba atau muncul perlahan-lahan dalam tempoh beberapa hari. Dalam kebanyakan kes, sakit ini lebih ketara pada satu bahagian sahaja.
Pendarahan mungkin berbeza daripada haid biasa. Ada yang mengalami pendarahan ringan, ada juga yang lebih banyak atau kelihatan lebih gelap daripada biasa.
Gejala ini boleh menjadi tanda keadaan semakin serius. Ia berlaku apabila darah daripada pendarahan dalaman mula meresap ke bahagian abdomen dan memberi kesan kepada saraf tertentu, lalu menyebabkan sakit bahu.
Kesakitan ini biasanya:
Sentiasa terasa dan tidak hilang
Lebih teruk apabila baring
Bertambah sakit apabila bergerak
Tidak lega walaupun selepas mengambil ubat tahan sakit
Jika anda mengalami tanda ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Sesetengah wanita mengalami rasa tidak selesa pada perut seperti masalah usus, atau rasa sakit sewaktu membuang air kecil atau besar.
Jika tiub falopio pecah, ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang berbahaya. Dalam kes yang jarang berlaku, pengsan boleh menjadi tanda awal yang pertama. Ini adalah situasi kecemasan dan memerlukan rawatan segera di hospital.
Kebanyakan wanita mula mengalami gejala sekitar minggu keenam kehamilan, iaitu kira-kira dua minggu selepas haid terlepas. Bagi wanita dengan kitaran haid tidak teratur, kehamilan mungkin tidak disedari pada peringkat awal.
Disebabkan simptomnya yang pelbagai dan kadangkala samar, mendiagnosis kehamilan ektopik bukanlah sesuatu yang mudah tanpa pemeriksaan lanjut.
Diagnosis kehamilan ektopik biasanya melibatkan gabungan beberapa pemeriksaan dan ujian perubatan.
Pengesanan awal sangat penting bagi mengelakkan komplikasi serius yang boleh mengancam nyawa wanita.