Kebanyakkan wanita akan merancang kehamilan mereka beberapa bulan lebih awal. Bagaimanapun, dalam beberapa kes, kesilapan dalam pemahaman hubungan seks dan fungsi kaedah pencegah kehamilan boleh membawa kepada kehamilan secara mengejut. Jadi, pernahkah anda terfikir bahawa satu hari nanti, kehamilan secara mengejut mampu berlaku kepada anda? Atau anda yakin ianya tidak akan berlaku kepada anda?
Berapa banyak yang anda tahu tentang kaedah pencegah kehamilan
Ads
Terdapat pelbagai jenis kaedah pencegah kehamilan seperti kondom, pil, alat dalam rahim dan lain-lain. Kaedah ini cukup efektif dan mempunya keberkesanan melebihi 90%. Tambahan lagi, pensterilan lelaki dan wanita cukup susah untuk gagal. Namun yang demikian, kejadian berlaku tanpa diduga termasuklah bagi mereka yang menggunakan kaedah pencegah kehamilan. Jadi, bagaimana ianya boleh terjadi?
Jika anda menggunakan kaedah-kaedah tadi dengan salah, peluang untuk mengandung meningkat. Contohnya, pasangan anda menggunakan kondom tetapi terdapat lubang kecil yang tidak disedari padanya. Atau, semasa anda sedang berasmara dan kondom tersebut pecah, jadi anda gunakan pil kecemasan. Ianya mampu mencegah kehamilan sehingga 72 jam namun yang demikian, kadang-kadang anda terlepas atau terlupa untuk memakan pil. Sebab utama kehamilan mengejut adalah pasangan tidak menggunakan sebarang kaedah pencegah dan sebilangan mereka terlupa untuk makan pil harian atau pasangan tidak mahu mereka memakan pil tersebut.
Ads
Anda betul-betul memahami badan anda?
Sesetengah wanita tidak sedar mereka mengandung hinggalah mereka tidak datang bulan. Sekiranya anda mempunyai masalah kesuburan, tidak mempunyai kitaran haid yang normal atau dalam fasa sekitar menopause, anda terdedah kepada kemungkinan kehamilan mengejut.
Tambahan lagi, sesetengah wanita tidak boleh mengira ovulasi mereka kerana kitaran haid mereka tidak seragam. Ataupun, mereka yakin mereka akan datang bulan jadi mereka tinggalkan kaedah pencegah yang akhirnya, membawa kepada kehamilan. Tiada sebarang jaminan yang anda tidak akan hamil sekiranya anda tidak menggunakan kaedah perancang.
Ads
Justeru, jika anda tidak bersedia untuk memiliki anak, anda dan pasangan perlu merangkan pelan keluarga anda dan gunakan kaedah perancang. Hamil secara mengejut merupkan satu berita yang mencabar buat anda dan pasangan anda, sama ada anda ingin menyimpan kandungan itu, adalah keputusan anda dan pasangan.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan usahawan berbakat, Yana Samsudin, yang telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penulis skrip Fadzil Zahari sejak tahun 2015, kini berkongsi berita gembira yang kini dia sedang hamil anak keempat! Perkongsian bersama majalah Nona tersebut menjadi bukti bahawa impian mereka untuk memiliki keluarga besar semakin hampir menjadi kenyataan.
Walaupun ini merupakan kehamilan keempat, Yana mengakui ia adalah antara pengalaman paling mudah dan tidak mencabar setakat ini. Katanya, mungkin sebab sudah terbiasa dengan peranan seorang ibu dan lebih memahami tubuh sendiri. Tenang dan bersyukur, itu rahsia dia hadapi kehamilan kali ini.
“Kandungan kali ini kurang mencabar, masih mencabar tapi kurang sikit berbanding anak ketiga saya. Waktu tu sampai tak boleh bangun semua kan. Kali ni masih ada morning sickness tapi masih boleh bekerja sedikit.”
Menurut Yana, sejak awal perkahwinan lagi dia dan Fadzil memang memasang niat untuk mempunyai keluarga besar. Malah, dia tak malu mengaku yang dia pernah berdoa untuk dikurniakan ramai anak – dan doa itu kini makin dimakbulkan satu demi satu.
“Semua tahu kan saya ada PCOS, jadi saya menunggu 4 tahun dari anak sulung ke anak kedua dan 4 tahun lagi untuk dapat anak ketiga tapi kali ni alhamdulillah, anak ketiga baru setahun setengah saya pregnant anak keempat ni. Memang impian saya nak anak lebih dari 2,3. Allah makbulkan.”
Yana turut berkongsi bagaimana sokongan suami tersayang banyak membantu mengurangkan tekanan sepanjang kehamilan. Fadzil bukan sahaja memahami keperluan emosi dan fizikalnya, malah sentiasa ada bila diperlukan. Bagi Yana, itu adalah nikmat yang tak semua orang dapat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah darah tinggi ketika hamil boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja ibu hamil. Jika pemeriksaan tekanan darah anda didapati bacaannya melebih daripada 140/90 pada dua kali pemeriksaan maka ibu hamil didiagnos mendapat tekanan darah tinggi.
Sekiranya ibu disahkan mendapat tekanan darah tinggi selepas minggu ke-20 kehamilan dan tiada protein dalam air kencing anda, anda mungkin didiagnos dengan masalah hipertensi akibat kehamilan. Sementara tekanan darah tinggi dengan kehadiran protein dalam air kencing pula menandakan masalah praeklampsia.
Tetapi jika anda sudah pun mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil, atau didiagnos sebelum 20 minggu kehamilan, ia dikenali sebagai kronik hipertensi. Selagi kronik hipertensi kekal pada tahap rendah hingga sederhana, ia biasanya tidak menyebabkan sebarang masalah dalam kehamilan.
Masalah hipertensi akibat kehamilan berisiko berlaku ke atas wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Dianggarkan kira-kira 10 peratus wanita mempunyai BMI 30 atau lebih akan mengalami hipertensi akibat kehamilan, berbanding hanya empat peratus wanita dengan BMI 19 hingga 25.
Masalah hipertensi akibat kehamilan biasanya pada tahap rendah dan mungkin tidak akan menyebabkan masalah yang ketara pada ibu atau bayi dalam kandungan.
Walau bagaimanapun lebih awal ia berlaku, lebih besar risiko bayi bersaiz lebih kecil daripada usianya atau ia berkembang menjadi praeklampsia. Risiko praeklampsia akan meningkat jika ibu obes atau mempunyai berat badan berlebihan atau berat badan bertambah dengan banyak semasa hamil.
Oleh itu penting bagi ibu hamil menjalani semua pemeriksaan antenatal kerana daripada situ doktor akan memeriksa tekanan darah ibu. Sekiranya bacaan menunjukkan peningkatan, doktor akan memantau serta mempreskripsikan ubat bagi merawat masalah tersebut.
Biasanya jika ibu hanya mengalami masalah tekanan darah tinggi ketika hamil sahaja, kemungkinan ia akan kembali normal dalam masa enam minggu selepas bersalin. Namun, sekiranya ia tidak kembali normal, doktor akan membuat pemeriksaan lanjut untuk rawatan yang bersesuaian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedang sarat hamil tujuh bulan, pelakon dan pengacara cantik Sarimah Ibrahim, 41, masih aktif bersenam malah nekad meneruskan aktiviti sihat itu sehingga menjelang kelahiran bayi sulungnya Julai depan.
Bagaimanapun, Sarimah berkata dia perlu memperlahankan aktiviti itu atas nasihat doktor.
“Sebelum Ramadan, saya melakukan senaman pilates sekali seminggu, latihan berat dua kali seminggu dan senaman kardio 30 minit setiap hari seperti ‘eliptical trainer’ dan ‘uphill walking’.
“Sesuai dengan usia kandungan saya masih boleh bersenam tetapi yang ringan setiap malam selepas solat Isyak,” katanya.
Hingga Kini Berat Naik 6.5 Kilogram
Ditanya mengenai berat badannya pula, kata Sarimah, setakat ini hanya naik 6.5 kilogram kerana sering bersenam dan menjaga pemakanan.
“Saya pastikan makanan penuh protein, kalsium dan kurang gula mengikut nasihat doktor.
“Insya-Allah, saya harap boleh mengekalkan tenaga dan tahap kesihatan untuk teruskan aktiviti senam sehingga proses bersalin nanti,” katanya.
Sarimah juga menasihati wanita hamil yang mahu bersenam supaya mendapat nasihat doktor terlebih dulu kerana keperluan tubuh setiap individu berbeza.
“Wanita hamil juga digalakkan menghadiri kelas persediaan menyambut kelahiran bersama jurulatih khas.
“Jika sebelum ini, anda berjoging selama 45 minit, kali ini cuba berjalan ‘Uphill’ 30 minit. Kalau sudah biasa buat ‘Circuit training’ dengan berat, kali ini kurangkan berat dan buat perlahan sikit.
“Selain itu pastikan minum air dua hingga tiga liter sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan,” katanya.
Kata Sarimah, jika wanita hamil sudah biasa bersenam dan tiada masalah kesihatan, boleh untuknya meneruskan aktiviti itu.
“Menurut kajian sains dan penyelidikan membabitkan ibu mengandung, digalakkan bersenam setiap hari untuk mengelakkan atau mengurangkan sakit badan, lemah, ‘gestational diabetes’, obesiti bayi dan kemurungan selain dapat membantu memudahkan proses bersalin,” katanya.
Sarimah ditemui di majlis melenggang perut mengikut adat istiadat Diraja Melayu yang berlangsung di Istana Nurul Jannah di Changkat Tunku, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama, ibu mentuanya, Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah.
Masak sahur untuk suami
Walaupun sarat, Sarimah berusaha menjalani ibadah puasa pada minggu pertama Ramadan.
Namun, dia terpaksa akur dengan saranan doktor kerana menghidap demam bronkitis selama lima hari.
“Doktor tidak membenarkan saya berpuasa kerana tekanan darah menurun dan badan kekurangan air pada hari pertama dan kedua saya cuba berpuasa.
“Saya terpaksa akur dengan arahan doktor kerana kesihatan bayi dalam kandungan perlu diutamakan,” katanya.
Sarimah turut berkongsi tiada masalah masuk dapur untuk menyediakan juadah sahur suaminya setiap hari.
“Saya memang cerewet bab makan minum suami. Dia juga tidak suka makanan terlalu berat ketika bersahur.
“Biasanya saya akan sediakan roti gandum penuh, telur dadar dan minimum protein supaya badannya bertenaga sepanjang hari,” katanya.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.