Setelah lama mendiamkan diri, pengacara versatil Jihan Muse berkongsi perkembangan terbarunya yang kini sedang menanti kelahiran anak kedua tak lama lagi.
Dijangka bakal bersalin bulan ini, isteri kepada Ungku Hariz turut memohon doa yang baik-baik daripada peminatnya.
Jihan pada masa turut memuat naik beberapa foto kandidnya sekeluarga di instagram.
“Kejap macam nak keluar, kejap macam tak nak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda (bonda). Betul-betul anak nombor dua. Doakan ya,” tulisnya dengan hashtag #lastcheckup dan #kujipham.
Terdahulu, sebelum ini Jihan berkongsi perasaan keterujaannya dan bersyukur apabila kali ini dia diberikan rezeki zuriat selepas anak pertamanya Ungku Arsalan Haq sudah mencecah usia empat tahun.
Ads
Jihan, 39, mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016.
Menerusi ruangan komen pada hantaran berkenaan, rakan artis dan peminat mendoakan agar urusan Jihan sekeluarga dipermudahkan.
“Berseri- seri jihan😍
Ads
“MasyaAllah.. Lama tak tengok Jihan 😍😍.. Cantik berseri-seri, semoga dipermudahkan segala urusan jihan ye ❤️❤️
“Semoga dipermudah urusan bersalin sis..dan kedua-dua ibu dan anak selamat & sihat”
“Ya la berseri-seri, lama tak nampak. Inshaa ALLAH akan dipermudahkan semuanya, semoga selamat kedua mommy dan baby”
Ads
“Ni macam nak dapat puteri jer…sebab emaknya makin berseri-seri❤️”
Gugurkan kandungan perlu sebab yang jelas dan menggunakan ubatan, bukan nanas. Tidak semudah itu.
Proses ini perlukan kukuh dan jelas mengancam kesihatan dan nyawa ibu atau fetus, fetus yang cacat ketara hingga tidak mampu hidup sekiranya lahir. Merancang kehamilan lebih baik daripada menggugurkan.
Menurut Dr Rusyainie Ramli di laman Facebooknya baru-baru ini telah menyentuh tentang isu ini ekoran daripada kenyataan seorang artis wanita yang mendakwa menggugurkan kandungan menggunakan buah nanas atas nasihat doktor. Ketika itu dia baru sahaja empat bersalin secara Caesarean.
Berikut ialah perkongsian Dr Rusyainie;
HARI TU DURIAN, SEKARANG NANAS.
Aduh…
Tersebar baru-baru ini tentang seorang artis tempatan yang baru saja melahirkan bayi beberapa bulan dan mengandung lagi. Dia mengeluarkan kenyataan yang doktor yang merawatnya menasihatkan dia untuk memakan nanas bagi tujuan menggugurkan bayi tersebut.
Ada beberapa isu yang menjadi persoalan saya sekarang.
#1 MERANCANG KEHAMILANLEBIH BAIK DARIPADA MENGGUGURKAN
setiap pasangan mesti berbincang dengan doktor dan jururawat yang merawat mereka untuk mencapai keputusan sepakat dalam memilih kaedah merancang keluarga yang berkesan dan bersesuaian dengan mereka.
Mengapa bab ini dipandang sepi oleh pasangan suami isteri, malah bersulam dengan segala mitos, sehinggakan apabila isteri sudah hamil, mula lah mencari jalan keluar untuk menggugurkan kandungan. Ini satu konsep yang sangat salah.
Mengapa tidak sediakan payung sebelum hujan? Saya sudah kerap kali menyatakan pentingnya merancang keluarga. Tahukah kalian yang kalian boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan tanpa risau pada risiko untuk mengandung? Kebebasan itu milik kita. Kenapalah pendek sangat akal tu?
Tu belum sebut bab dosa sebab sengaja menggugurkan kandungan. Sedangkan merancang keluarga, fatwanya harus.
#2 WAS-WAS DENGAN PERNYATAAN ‘DOKTOR’ SURUH GUGURKAN DENGAN NANAS
Pernyataan memakan nenas untuk menggugurkan kandungan itu, saya was-was. Benarkah ia datang dari seorang doktor yang bertauliah, berlesen dan beretika. Tidak ada kajian saintifik ke atas manusia tentang makan nenas boleh menggugurkan kandungan.
Ada 1 kajian yang dilakukan untuk melihat kesan nenas ke atas rahim tikus. Berdasarkan kajian itu, ada kemungkinan bahan aktif dalam nenas boleh mempengaruhi kontraksi rahim tikus yang bertindak seakan-akan seperti sebatian serotonin.
Malangnya kajian itu, hanya pada rahim tikus. Untuk manusia, kesannya tidak diketahui. Kita kena tahu, bahan aktif yang dimaksudkan dalam nanas yang digunakan dalam kajian tadi, mungkin sudah jauh berubah apabila ia melalui sistem penghadaman manusia, maka kesan yang sama ke atas rahim, mungkin tidak wujud pun.
Jadi, berapa banyak nanas yang artis itu ambil untuk tujuan itu. Berpuluh-puluh biji mungkin sekali hadap? Mahu meragam sistem penghadaman makan nanas sebanyak itu. Itu pun belum tentu dapat hasilnya.
#3 HAMIL LAGI DALAM MASA 12 BULAN TIDAK BERMAKNA TIDAK BOLEH DITERUSKAN
Benar, kalau wanita itu baru bersalin secara Caesarean, dan mengandung lagi dalam masa kurang 12 bulan, risiko untuk mendapat rahim pecah, uri melekat secara tidak normal di dinding rahim, bayi tidak cukup berat atau bulan, uri di bawah dan sebagainya, adalah tinggi. Tetapi, iatidak bermakna, kandungan itu tidak boleh diteruskan.
#4 PROSEDUR MENGGUGURKAN KANDUNGAN SANGAT TELITI
Untuk menggugurkan kandungan atau Termination of Pregnancy, ia adalah prosedur yang mesti dilakukan dengan perbincangan yang terperinci di antara pakar sakit puan yang terlibat dan pesakit. Mesti ada sebab musabab yang jelas. Contohnya, dengan mengandung, nyawa mak itu terancam atau fetus yang dikandungnya mengalami kecacatan yang ketara menyebabkan ia tidak mampu hidup sekiranya lahir nanti.
Saya sendiri tidak pasti apa butiran diskusi artis itu dan doktor terbabit sehinggakan keluar topik makan nenas sebagai jalan untuk menamatkan kandungan sekarang. Untuk menggugurkan kandungan, doktor tidak menggunakan nanas ya. Kita bagi ubat yang bersesuaian. Sebab kita tahu dos selamat dan potensi kesan sampingan.
#5 NANAS TIDAK MENYEBABKAN KEGUGURAN
Nanas selamat dimakan semasa mengandung dan dalam pantang selepas bersalin selagi mana ia dimakan mengikut sukatan yang biasa, iaitu sepotong kecil untuk 1 hidangan. Amalan makan makanan sihat, suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah mesti untuk seumur hayat. Adakah nenas menyebabkan keguguran? Tiada kajian mengatakan begitu.
#6 BIMBANG IA BERI PEMAHAMAN SALAH KEPADA WANITA LAIN
Dengan apa yang artis ini katakan, saya bimbang ramai wanita di luar sana beranggapan yang kalau mengandung rapat-rapat, menggugurkan kandungan itu adalah satu pilihan yang mereka ada. Sedangkan ia tidak benar. Saya risau menderulah nanti wanita datang mencari doktor untuk tujuan itu.
Media sukakan berita yang sensasi. Sosial media juga begitu. Makin merapu, makin viral lah kisah itu. Kebenaran di sebalik kisah itu, tiada siapa ambil peduli. Maka saya menjadi risau, adakah ini juga salah satu cara slapstik untuk publisiti murahan sesetengah pihak. Entahlah.
Pelakon, Nora Danish tanpa berselindung memaklumkan, dia sedia hamil lagi tahun depan kerana mengimpikan cahaya mata perempuan.
Katanya, keinginan menimang bayi perempuan tetap membara, walaupun kehidupannya kini lengkap dengan kehadiran dua cahaya mata lelaki.
“Anak kedua saya, Ney Ney atau Mohamed Neqayl Nedim masih terlalu kecil, baru sembilan bulan.
“Rasanya tahun depan masa yang sesuai untuk menambah ahli keluarga, seorang lagi sudah memadai.
“Seronok melihat anak membesar kerana masing-masing mempunyai karakter tersendiri. Ney Ney umpamanya, semakin tembam kerana begitu berselera makan,” katanya.
Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Puteri itu menyifatkan dirinya bertuah kerana suaminya, Nedim Nazri ringan tulang dan sentiasa membantunya menguruskan anak.
“Nedim pandai melayan kerenah anak dan jika kami dikurniakan bayi perempuan, pasti rumah akan lebih meriah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Oh Most Wanted.
Selain Ney Ney, Nora turut dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9, hasil perkahwinan pertama.
Menyentuh mengenai kelibatnya yang kebelakangan ini agak jarang muncul di kaca TV atau layar perak, Nora berkata, dia lebih banyak menumpukan perhatian terhadap keluarga selain bisnes.
Akui Nora, dia juga semakin selektif dan mencari watak yang mencabar diri kerana inginkan kelainan dalam kerjaya lakonannya.
Sumber: BH Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang anggap makan vitamin boleh buat ibu hamil gemuk dan bayi dalam kandungan besar. Itu salah! Sepatutnya jangan culas untuk mengambilnya kerana ini untuk elakkan masalah perkembangan janin.
Vitamin prenatal ni penting sebab ibu mengandung memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa untuk pastikan keperluan ibu dan janin dipenuhi.
Antara supleman yang sesuai untuk ibu-ibu hamil ialah :
✔ASID FOLIC > mengelakkan risiko spina bifia dan kecacatan tiub neutral
✔OBIMIN > multivitamin yang sesuai untuk wanita mangandung adalah yang tidak mengandungi Vitamin A atau retinol.
✔VITAMIN PRANATAL > amalan diet seimbang sememangnya amat mustahak dan wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau prenatal vitamin ini juga penting untuk menampung nutrien penting yang diperlukan oleh si manja. Vitamin pranatal seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya dibekalkan kepada bakal ibu oleh doktor mengikut keperluan kehamilan masing masing.
JANGAN RISAU IA TIDAK MENYEBABKAN KEGEMUKAN DAN BAYI BESAR
Wanita hamil akan berubah fizikal dan hormon dan kadang kadang tu boleh mnyebabkan perubahan dan ketahanan fizikal dan juga emosi. Pengambilan vitamin pranatal ni hanyalah sebagai pelengkap kepada diet seimbang yang sangat penting untuk ibu-ibu mengandung. Jadi, ibu-ibu tak perlu risau dan jangan culas ya.
TAPI
Tak semua vitamin boleh diambil oleh ibu mengandung tau. Jom baca vitamin apa yang ibu mengandung kena elak.
Antaranya :
vitamin A atau retinol > kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan juga keracunan hati.
Gamma Linolecic Acid atau GLA > dikhuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya
kepada kandungan.
Waktu bila nak ambil vitamin?
Kebanyakan suplemen dan vitamin digalakkan untuk diambil selepas makan pada waktu pagi.
Cara ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya dari fungsi vitamin seperti meningkatkan kecergasan dan meningkatkan tenaga sepanjang hari.
Manakala bagi zat besi pula, waktu pengambilan yang disarankan ialah sebelum makan
kerana ia akan menyerap dengan berkesan ketika perut kosong.
Jangan bertindak sendiri, dapatkan nasihat dari pakar farmasi atau doktor sebelum mengambil supplemen atau vitamin dan dapatkan maklumat berkaitan secukupnya.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...