Sebut je kek coklat, semua anak-anak pasti suka. Kalau ikut rangking, ni antara yang popular dan digemari ramai. Biasanya kek coklat pilihan adalah kek coklat leleh. Namun untuk kali ini apa kata cuba resepi Kek Coklat Karamel Moist.

Kek ini tak susah sangat pun, tetapi perlu sediakan dulu karamelnya dan lapisan atas sebelum buat adunan kek. Lagi sedap bila diletakkan dalam peti sejuk, memang layan. Berikut perkongsian Nor Al Fatihah.

KEK COKLAT KARAMEL

Karamel
💛 2 sudu besar gula pasir

Puding
💛 4 biji telur gred A atau B
💛 1 tin (390 gm) susu cair
💛 1/2 cawan susu pekat manis
💛 1 sudu teh esen vanila

Kek Coklat Karamel Moist Mudah & Gerenti Anak Suka. Makan Sejuk-Sejuk, Sedap!

Kek
💛 1/2 cawan serbuk koko*
💛 1/2 cawan gula pasir*
💛 1/2 cawan susu cair*
💛 1/2 cawan susu pekat*
💛 1/2 cawan minyak masak*
~bahan-bahan bertanda * di masak atas api hingga gula larut & berkilat
💛 3 biji telur gred A atau B
💛 1 sudu teh esen vanila
💛 1/2 cawan tepung gandum*
💛 1/2 sudu teh serbuk penaik*
💛 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
(bahan-bahan bertanda * di ayak bersama)

Cara Membuatnya :
👉 Karamel 👉 Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras

IKLAN

👉 Puding 👉 Satukan semua bahan2, iaitu telur, susu cair, susu pekat & esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati
Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau..ia adalah perkara biasa..

Kek Coklat Karamel Moist Mudah & Gerenti Anak Suka. Makan Sejuk-Sejuk, Sedap!

👉Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat & biarkan 10 minit

👉Kek 👉 Satukan semua bahan-bahan bertanda * iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat & minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut & adunan berkilat. Angkat & biarkan suam seketika

IKLAN

👉 Pukul telur & esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yg telah di masak tadi. Kacau sebati

👉 Ayak tepung, serbuk penaik & soda bikarbonat ke dlm adunan. Kacau rata dengan whisk

👉 Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan.

Kek Coklat Karamel Moist Mudah & Gerenti Anak Suka. Makan Sejuk-Sejuk, Sedap!

IKLAN

👉 Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak

👉 Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek & terbalikkan perlahan-lahan

👉 Potong & hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais

Kredit: Nor Al Fatihah

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Kek Coklat Karamel Moist Mudah & Gerenti Anak Suka. Makan Sejuk-Sejuk, Sedap!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI