Tahu tak mama bahawa 100 gram ayam mengandungi 15 mg kalsium dan 182 mg phosphorus. Ternyata, dua mineral ini mampu untuk menguatkan tulang badan anak kita! Jadi, amat bagus untuk anak-anak khususnya bayi dibiasakan dengan menu ayam supaya proses pembinaan tulang yang kuat dapat berjalan dengan lancar.
Itu sebahagian khasiat ayam yang baik untuk perkembangan anak kita. Jadi seawal usianya 6 bulan, perlahan-lahan campurkan sedikit ayam yang dikisar bersama bubur nasi supaya anak menerima khasiatnya untuk perkembangan otaknya.
Itu ceritanya khasiat untuk bayi, untuk kakak dan abang yang semakin membesar, mama bolehlah sediakan ayam goreng singgit yang cukup terkenal ni. Tak perlulah beli kerana kosnya agak mahal, jadi mama buatkan sahaja untuk anak-anak. Berebut anak-anak makan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi ni. Superb!
Resepi ayam goreng singgit sebenarnya telah dikongsi oleh adik cikgu, Ben Safwan. Cikgu goreng ayam ni masa sambutan hari lahir anaknya beberapa minggu yang lalu. Cikgu terfikir nak buat menu ini sebab tahu budak-budak suka. Sedekah kat mereka. Ternyata laku keras sambutannya. Sekelip mata licin.
Kenapa cikgu pilih untuk repost lagi resepinya hari ini?
Salah satunya cikgu nak bantu anak-anak ibu di sini melepaskan rasa teringin nak makan ayam kepci. Menu untuk masak sendiri di rumah.
Ads
Memandangkan ekonomi kita sekarang dalam keadaan yang susah untuk dijangka masa depannya, cikgu akan cuba untuk berkongsi menu yang menjimatkan.
Nak beli kepci original untuk dua tiga ketul tidak lagi memadai buat masa ini. Perlu fikir banyak kali nak keluarkan duit. Jadi buatlah seekor ayam tapi boleh makan ramai-ramai. Sebab tu namanya singgit. Saiz ayam ini pun dikerat kecil sahaja.
Haa kalau rupa ayam gorengnya macam ni, tak kata budak je suka. Orang tua pun terliur sama. Betul tak?
Resepi untuk seekor ayam. Ayam kerat 18. Basuh ayam sebersihnya dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.
Ads
Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi.
Perap ayam selama lima jam.
Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung di bawah: – 500 gram tepung bestari asli – 100 gram tepung gandum – 100 gram tepung beras
Gaul rata.
Ads
Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
Ini cikgu buat satu-satu untuk sekali gus masuk ke dalam periuk masa goreng nanti.
Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Dalam saiz periuk cikgu gunakan di atas, cikgu cuma masukkan enam ketul sahaja setiap kali menggoreng. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan. Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas.bNampak sedap kan? Jimat pun jimat.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak, bila duduk rumah kejap-kejap lapar. Daripada bagi anak makan jajan atau gula-gula, apa kata ibu cuba buat muffin milo yang paling mudah ini. Tak perlu nak guna mixer pun, cuma kacau dengan senduk je. Tersangatlah mudah.
Kalau yakin, nak buat duit poket jual muffin ni pun boleh. Resepi yang dikongsikan oleh Azlina Ina ni sekurang-kurangnya boleh bagi idea untuk ibu-ibu.
Muffin milo coklat mudah
Bahan-bahan:
8 biji telur gred A atau B
450g gula perang atau gula halus kalau xnak manis guna gula perang atau kurg kan(2 cawan )
1 sudu besar emolco coklat
330g/3 cawan self raising + 1 sk soda bikarbonat(ayak)
100g milo
50g serbuk coklat
*Campurkan tepung dengan serbuk coklat dan milo dalam 1 bekas ya
350g majerin cair/2 cawan (cair kan dulu awal-awal sukat dalam cawan atau dah cair baru timbang)
1/2 cawan air panas
Cara-cara:
Telur+ gula+satukan. Kacau-kacau sebati dengan senduk ke whisk ke dengan hand mixer pun boleh
2. Tambah emolco dan kacau sebati
3. Tambah kan tepung yang disatukan tadi berselang dengan marjerin sampai habis.
4. Akhir sekali tambah air panas dan kacau rata
**Nak tambah coklat chips boleh nak tambah coklat rice pun boleh
5. Masuk dalam paper cup atau muffin cup. Nak tabur badam nips atau coklat chips pun boleh
6. Bakar suhu 170 masa 25-30 minit atau kukus 15-20 minit
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menikmati air coconut shake yang begitu popular di Melaka pasti menggamit kenangan kita. Namun apakan daya, jarak jauh dan PKP membataskan kita untuk menikmati air hebat ini. Tak perlu merentas negeri, apa kata kita cuba buat sendiri sahaja.
Bukan air coconut shake tapi aiskrim coconut shake untuk anak-anak di rumah sepanjang PKP ini. Paling mantap pastikan menggunakan seratus peratus air kelapa tanpa sedikit pun penambahan air kosong. Memang sedap. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nana Rena ini.
Masak apa harini? Kami masak ni ja. Buat aiskrim coconut shake ja. Kami guna air nyoq (kelapa muda) saja. Tak tambah air kosong pun.
Bahan-bahan:
5 biji buah kelapa muda -ambil airnya
Esen vanila
Susu cair 2 tin
Susu pekat 1 tin (nak manis tambah gula dan susu lagi)
Sedikit tepung jagung -tak nak letak pun tak apa
Satukan kesemua bahan dalam periuk.
Biarkan masak sampai mendidih. Tapi pastikan sentiasa dikacau.
Dah masak, bolehlah sejukkan.
Masukkan isi kelapa dalam plastik aiskrim dan tuangkan sekali bancuhan tadi.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semasa berpantang, ibu kena cukup makan untuk memastikan dirinya cukup tenaga untuk menyusukan bayi pula. Bukan itu saja, ibu yang makan dengan elok juga lebih mudah sembuh. Namun, mungkin ada sesetengah menu pantang membuatkan ibu kurang berselera.
Siapa kata kalau berpantang tak boleh makan sedap? Banyak pilihan menu yang sesuai untuk ibu selepas bersalin dan rasanya juga sedap. Kadang-kadang tu, yang tak bersalin pun suka makan masakan pantang.
Perkongsian dari Nanny Ammar melalui grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), yang menyediakan menu Kuah Perah Asam sesuai untuk ibu berpantang;
Buatkan lauk pantang utk mama si baby, lebihkan sekali utk atok sibaby..sbb atok pun feberet lauk ni. Tp atoknya letak cili. Kuah nmpk kurang cantik sbb less oil…Sayur rebus² utk org pantang, nanny baby pun nak jugak. Sayur goreng pulak atok nanny punya juga…
Atok tak sempat g pasar harini nak suh beli ikan tenggiri, so kita buat dgn ikan bilis jelah lauk tu. Xpe..esok².lah kita makan tggiri ya menantu…,ada 29 hari lagi nak berpantang ni…😃 harap nanny pun blh kurus makan lauk.pantang …Pantang nampak…😂
Edited: Kami panggil namanya Kuah Perah Asam
Sumber foto: Facebook Nanny Ammar
Bahan-bahan:
Ikan bilis segenggam (klu buat sikit, letak sikit jer) goreng garing terlebih dahulu
Bawang merah 5 ulas hiris + 3 ulas sebiji-biji atau belah 2.
Bawang putih 3 ulas hiris + 2 atau 3 ulas sebiji-sebiji
Halia sebesar ibu jari dihiris
Sedikit minyak untuk menumis
2 cawan air (kalau nak lebih kuah, lebihkan. Kalau nak kurang kuah, kurangkan).
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis semua bawang (halia paling kemudian).
2. Letak air 2 cawan dan didihkan. Masukkan air asam jawa pekat sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan bilis yang siap digoreng tadi dan perasakan (pandai-pandailah balance asam dgn garam). Siap!
Sumber foto: Facebook Nanny Ammar
Kalau nak tambah cili padi boleh, terpulang. Saya tak masuk cuka sbb tak baik utk ibu yang sedang berpantang, so camni jelah resepi saya.
Selamat mencuba. Bismillahhirrahmanirrahim.
Sedap resipi ni, untuk kuatkan lagi rasa bolehlah ditambahkan dengan sedikit cuka dan boleh gantikan bilis dengan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Dimakan dengan nasi panas, memang terangkat!