Banyak pilihan kek, tapi kek coklat antara yang menjadi kegemaran semua. Bukan kanak-kanak je, orang dewasa pun menyukainya. Tapi nak dapat kek yang lembut ada ketikanya susah juga. Sebab ada macam-macam versi.

Kali ini resipi kek coklat moist kukus yang semuanya di blend sahaja gerenti sedap. Tak perlu buat topping pun. Makan macam tu pun dah sedap sangat-sangat. Resipi dikongsikan Noriza Awang Hamat bolehlah anda cuba.

Alhamdulillah sedap sangat-sangat. Kek yang lembut dan tak muak.

Kek Coklat Kukus, Blend Semua Bahan. Tak Perlu Topping, Makan Gitu Pun Sedap!

Resipi Kek Coklat Kukus

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair

IKLAN

**Semua bahan ni dimasak sekejap, jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati tutup api ketepikan.

4 biji telur gred A
*1 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil soda bikarbonat
*1 sudu kecil baking powder

**Ketiga bahan ni diayak.

Kek Coklat Kukus, Blend Semua Bahan. Tak Perlu Topping, Makan Gitu Pun Sedap!

IKLAN

Dah agak suam bahan yang dimasak tadi masukkan ke dalam blander, masukkan 4 biji telur, blend sekejap kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat, blend sehingga semuanya sebati.

Panaskan pengukus terlebih dahulu. Loyang sapukan sedikit planta kemudian masukkan adunan kek.

Kek Coklat Kukus, Blend Semua Bahan. Tak Perlu Topping, Makan Gitu Pun Sedap!

Nampak air dah mendidih masukkan adunan kek tadi. Kukus selama 45 minit. Api sederhana yer.

IKLAN

Kek Coklat Kukus, Blend Semua Bahan. Tak Perlu Topping, Makan Gitu Pun Sedap!

Cik Za gandakan bahan tu nampak kek besar.

#kekcoklatkukus
#BIKMM

Kredit: Noriza Awang Hamat

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI