Jarang-jarang kita menikmati Kek Indulgence apatah lagi cuba membuatnya sendiri di rumah. Namun rupanya menyediakan kek ini tidaklah sesukar mana. Boleh cuba hasilkan sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Pn Ariana Sofia Ahmad.
Resipi langkah demi langkahnya yang lengkap buat kita merasa yakin untuk mencuba. Memang terbaik!
Kek Indulgence ni bila makan sejuk lagi sedap. Kek coklat ni dari resepi asal kek coklat moist yang ariana pernah share sebelum ni cuma diubah sikit supaya tekstur kek lebih sesuai bila diletak cream. Cara setiap orang mungkin berbeza.
Resipi Kek Indulgence – sedap macam aiskrim.
Bahan Kek:
3 biji telur gred B
1 sudu besar ovallete
2 cawan @ 220g tepung gandum
3/4 cawan @ 60g serbuk koko
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1sk esen vanila
3/4 cawan @ 135g gula halus
3/4 cawan @ 180g susu pekat manis
3/4 cawan @ 135ml minyak
3/4 cawan @ 150ml air panas
Bahan Cream putih:
150g cream cheese
300ml non dairy whipping cream@ fresh cream
2 sudu besar gula aising
Bahan Cream coklat
180g dark compound coins (beryl’s)
350g non dairy whipping cream @ fresh cream
Untuk kek, mula-mula mix gula, ovallete Dan telur hingga sebati. Bila dah sebati masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Sambung mix hinggalah sebati. Tak perlu mix lama.
Lepas tu ayak serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Mix hingga sebati. Adunan memang pekat. Lepas tu masukkan minyak masak dan mix bagi sebati je. Sampai adunan jadi licin. Lepas tu masukkan air panas dan kacau guna spatula sahaja.
Bila adunan dah sebati ambil loyang 8 inci dan lapik baking paper di bawah dan letak tepi loyang. Kalau taknak letak baking paper tepi loyang, sapu butter atau marjerin. Wrap loyang dulu sebelum dikukus supaya air kukusan tak menitik.
Kukus selama 50-60 minit @ sehingga masak.
Sementara tunggu kek masak, buat cream coklat. Cairkan dark compound coins dengan cara double boil. Bila dah cair biarkan sejuk sekejap.
Lepas tu masukkan non dairy whipping cream yang masih sejuk. Mix hingga bila diterbalikkan tak jatuh tapi jangan terlebih mix nanti keluar air @ada bubble.
Lepas tu masukkan coklat yang sejuk tadi. Kacau guna spatula sahaja sehingga sebati.
Bila dah sebati masukkan dalam pipping bag supaya senang nak letak atas kek. Masukkan dalam peti ais dalam 15 minit supaya tak mudah cair dan senang nak lepa atas kek.
Bila kek dah masak, terbalikkan terus kek supaya kek tak mendap. Tanggalkan baking paper dan biarkan dalam 10-15 minit sebelum diterbalikkan pada kedudukan asal.
Sementara tunggu kek sejuk, buat mousse putih pulak. Mix cream cheese dan gula aising hingga sebati. Masukkan non dairy whipping cream yang sejuk dan mix hingga pekat. Sampai tekstur jadi macam ni. Lepas tu masukkan dalam pipping bag dan bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak. Letak dalam peti ais 10-15 minit.
Kek tadi potong pada 4 bahagian. Permukaan atas kek kalau ada yang tak rata bolehlah potong nipis supaya sekata. Boleh tengok video cara nak potong. Untuk susunan, mula-mula ambil 1 potongan kek, Lepas tu letak 1 pipping bag cream putih. Ratakan cream ni hingga sekata. Dalam video boleh tengok lebih jelas cara ratakan.
Ambil lapisan kek yang kedua dan letak atas. Lepas tu letak cream coklat yang beratnya sama 1 pipping bag cream putih atau sama layer. Ratakan hingga sekata.
Lapisan kek yang ketiga, ulang semula letak cream putih 1 pipping bag lagi. Lepas dah ratakan, letak kek yang terakhir@kek yang ke 4 macam dalam gambar ni.
Lapisan terakhir letak cream coklat yang ada dan sapukan nipis di bahagian atas sekali termasuklah di sekeliling kek. Tebal cream coklat bahagian atas tak perlu sama tebal dengan lapisan lain, nanti cream coklat tak cukup. Hanya sapu nipis diatas kek dan sekeliling kek.
Ratakan cream coklat ni hinggalah licin. Nak senang ratakan, celup pisau dalam air panas dan lap pisau, guna pisau panas tu untuk ratakan cream coklat ni. Dah siap masukkan kek dalam peti ais selama 20 minit bagi cream lebih kemas dan tak cair bila nak tuang coklat ganache nanti.
Untuk buat coklat ganache cairkan dark compound coins dan butter dengan cara double boil. Bila coklat dah cair, masukkan dairy whipping cream dan kacau sebati. Biarkan coklat sejuk Dalam 35-36°c sebelum curah atau tuang atas kek.
Keluarkan kek dari peti ais dan tuangkan coklat atas kek ketika coklat masih cair. Nak ratakan coklat pun kena buat ketika coklat masih cair. Jika tengah ratakan coklat dan coklat macam dah nak keras, guna pisau panas untuk ratakan. Supaya permukaan jadi licin dan kemas.
Atas kek ni saja letak white coklat yang dicairkan. Tak letak pun takpe. Sapu atau lap keliling papan dengan tisu atau Kain supaya nampak kek lebih bersih dan kemas. Masukkan kek dalam peti ais selama 20 minit bagi coklat keras.
Selain Nasi Arab, Nasi Ayam juga antara pilihan terbaik keluarga untuk juadah berbuka nanti. Anak-anak pun bukan main suka kalau mama sediakan nasi ayam. Tak gitu? Salah satu resipi nasi ayam paling ringkas dan mudah hendak disediakan ini mama wajib cuba. Paling membantu mama di dapur!
Resipi yang dikongsikan oleh Pn Amirah Husain ini memang mudah. Hasil nasinya yang berkilat juga buat kita sudah mula terasa-rasa akan kesedapannya. Jom sediakan buat anak-anak petang ini.
Assalamualaikum. Hari ni sis nak share resepi nasi ayam terlajak senang dan sedap.
Bahan-bahan untuk sup:
Untuk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yang brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Bahan-bahan untuk perap ayam:
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nak manis macam mana)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu
Bahan-bahan untuk nasi:
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yang sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)
Bahan-bahan untuk kuah lada:
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka
Mula-mula korang tumis semua bahan yang telah dipotong mayang dan 4 sekawan sampai naik bau.
Ok lepas tu korang letak la air banyak mana korang nak tapi bagi sis kene letak banyak la sebab korang akan guna kuah sup ni untuk masak nasi dan perap ayam. Ok.. lepas tu korang masuk laa ayam dan kiub pati ayam. Bila dah mendidih korang letak la garam dan pak aji. Pastikan masak sampai ayam empuk tau.
Ok sambil-sambil tunggu sup korang tu masak, korang buat la kuah lada pulak. Blender semua ok, masuk sekali cuka, gula dan garam.
Lepas tu masak balik, api slow je tau. Kacau sampai mendidih pastu tutup la.
Ok part ni bagi sis senang, setengah orang kalau nak masak nasi mesti kena tumis segala mak nenek tu kan. Ok kalau resepi sis, korang takyah susah-susah nak tumis dah. Korang basuh beras macam biasa, lepas tu korang tuang la marjerin yang dah dicairkan.
Ok lepas tu ambik kuah sup yang korang dah masak tadi masuk ke dalam periuk nasi korang tu. Pastikan ambik sikit minyak dalam kuah tu. Nanti nasi korang cantik tau, berkilat aje. Kuah tu ikut sukatan banyak mana korang masak nasi tau.
Ingat tu. Jangan lupa daun pandan, baru la wangi nasi uolss..tanak nasi macam biasa. Jangan gatal tangan nak tambah garam ke apa ke sebab masa uolss masak sup tu korang dah masukkan. So nasi dah cukup sedap dah.
Ok ni untuk perap ayam pulak. Masukkan kuah sup dan campur segala kicap dan sos yang sis tulis tadi termasuk madu.
Lepas tu korang golek-golek la ayam kat dalam bahan tadi. Jangan celup dengan tangan sebab lepas uolss goreng ayam tu, lebihan kuah tu untuk kuah kicap. Lepas ayam tu dah sebati dengan kuah kicap, korang letak dalam peti sat. Setengah jam pun dah ok, lepas tu goreng dengan api kuat.
Bila-bila korang goreng guna api kuat, ayam korang akan garing kat bahagian luar tapi juicy di dalam. Walaupun dah sejuk ayam tu tetap lembut. Bila ayam tu dah bertukar warna terus agkat. Gambar untuk kuah kicap sis lupa nak snap. Lebihan kuah perap ayam tu, korang masak balik lepas tu letak bancuhan tepung jagung. Bila mendidih dan pekat tutup api.
Sekarang ni resipi kuih tradisional atau moden semuanya boleh buat sendiri. Tak perlu dah nak beli kalau pandai buat. Lagipun banyak perkongsian resipi yang menarik dan boleh dicuba.
Kali ini mama boleh cuba pula buat kuih tradisi orang Terengganu yang sememangnya popular dan sedap iaitu Kuih Bunga. Cara buatnya juga sekejap. Tak sampai sejam semua dah siap.
Nak cuba buat kuih ni, resipi dari Nor Al Fatihah ini dah ada setiap langkah-langkah pembuatannya.
Kuih bunga atau tepung bunga. Kuih orang Terengganu paling simple dan cepat buat. Tak sampai satu jam dah siap.
Guna 4 bahan je. Tepung pulut, air, telur dan gula. Ada juga orang masukkan santan sikit nak bagi lemak. Tapi kita ikut resepi mak kita. Kecil-kecil dulu suka tolong mak buat kalau bulan puasa. Rasa dia lembut + liat-liat + manis.
👉 Campur air dengan tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sikit lagi.
👉 Ambik sikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari. Pastu, celupkan kuih ke dalam telur.
👉 Goreng di dalam minyak yang panas hingga merekah & berbunga-bunga. Kalau tak berbunga tak lah namanya kuih bunga kan. Jaga-jaga kuih ni meletup sikit ketika goreng.
👉 Angkat & toskan. Salut dengan gula.
Apabila anak menghampiri usia 6 bulan, keterujaan pastinya untuk menyediakan makanan pejal buat bayi. Namun dalam rasa teruja, terselit rasa ragu-ragu untuk menggabungkan makanan tertentu agar serasi dengan bayi kita.
Tip dan resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Aini Suriani boleh dijadikan panduan untuk ibu lain yang kini masih tercari-cari resipi sesuai untuk diberikan kepada bayi. Tipnya cuba dulu dan lihat samada ia serasi atau tidak. Jom cuba!
Bubur kosong.
Harini genap Aira 7 bulan. Saja nak share meal Aira sepanjang umur dia 6 bulan.
20 hari pertama mama bagi solid food, ikut konsep 3 dr (3 day rule) dimana perkenal bahan baru selama 3 hari berturut-turut untuk melihat alahan dan ok atau tak. Setakat ni semua ok kecuali pisang. Ada sembelit sikit. Next day baru mama campur protein macam ayam dan ikan merah.
Snacking.
Bahan wajib ada
Antara bahan yang wajib dalam meal Aira ialah:
1. EVOO minyak zaitun (minyak masak pun boleh) Tujuan minyak supaya makanan baby padat dengan tenaga. Selain tu membantu serapan vitamin larut lemak seperti vitamin ADEK.
2. Air masak, sangat penting kalau tak nak anak sembelit.
Mama pun tak letak garam, gula atau sesedap rasa dalam meal Aira. Biar Aira rasa natural bahan. Ok je, yang penting jangan paksa anak makan, jangan sumbat terus kat mulut takut gagging. Just sua kan sudu kat depan mulut dan biar anak yang sua ke mulut sendiri. Baru dia bagi respond nak ke tak nak.
Ramai ibu bapa fikir bila hantar anak ke sekolah berasrama, secara automatik anak akan berubah jadi lebih rajin, lebih pandai, dan lebih berdikari. Tapi...