Hujung minggu mak-mak sudah semestinya mempersiapkan menu istimewa untuk dijadikan aktiviti bersama anak-anak. Menyediakan kek antara kegemaran anak-anak. Kali ini apa kata anda cuba kek pandan gebu gebas ini pula.

Tak perlu susah menggunakan mixer, cukup hanya dengan blender dan bakar sahaja di dalam air fyer. Memang senang. Jom cuba resipi perkongsian Pn Sally Aqua ini.

Kek Pandan Gebu Paling Senang Nak Buat, Guna Blender, Bakar Dalam Air Fyer Pun Jadi!

Kek pandan gebu lembut guna blender ja cara kak.

Bahan-bahan:
1 cawan planta
1 cawan gula kastor
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
1 cawan tepung gandum + 0.5 cawan – tepung bleu key
1 sk baking powder
Sedikit pewarna hijau
Perasa pandan

Kek Pandan Gebu Paling Senang Nak Buat, Guna Blender, Bakar Dalam Air Fyer Pun Jadi!

Blend telur dan gula caster serta sedikit esen vanilla. Blend sampai halus dan kembang.

IKLAN

Kemudian masukkan planta dan blend lagi sampai sebati.

Lepastu masukkan dalam bekas, dan masukkan tepung gandum. Kak guna tepung blue key, memang kek gebu sangat puas hati).

Kek Pandan Gebu Paling Senang Nak Buat, Guna Blender, Bakar Dalam Air Fyer Pun Jadi!

Jangan lupa baking powder dan kacau sebati.

IKLAN

Masukkan sedikit pewarna hijau dan perasa pandan. Tapi kak punya kali ni terlajak tuang pewarna pulak dah macam warna incredible hulk..hihi.

Kek Pandan Gebu Paling Senang Nak Buat, Guna Blender, Bakar Dalam Air Fyer Pun Jadi!

Bakar 40 minit, suhu 140°.

IKLAN

Kak guna air fyer saja. Kalau nak guna oven pun boleh, kukus pun boleh.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Kek Pandan Gebu Paling Senang Nak Buat, Guna Blender, Bakar Dalam Air Fyer Pun Jadi!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI