Kek Pisang Coklat Lembap, Resipi Semudah ABC. Gaul Bahan & Bakar, Siap!

Share

Kek pisang merupakan antara resipi yang paling asas dan sangat mudah untuk dibuat. Resipi ini juga boleh dipelbagaikan dengan menambah bahan lain untuk gabungan rasa yang lebih mantap. Salah satunya dengan mencampurkan coklat ke dalam adunan kek.

Resipi ini dikongsikan oleh Nina Diana. Menurutnya, pemilik resipi asal untuk Kek Pisang Coklat Lembap yang dibuat ini adalah influencer Instagram, Khairul Aming. Tambah Nina lagi, kek ini menjadi kegemaran anak-anaknya sedangkan kek pisang yang biasa mereka kurang gemar.

Resipi Lain: [Buat 3 Jenis Cookies Ala Famous Amos. Guna Bancuhan Sama Je, Jimat Masa & Mudah. Biskut Pun Sedap!]

Ikuti perkongsian resipi yang menarik ini:

Kek Pisang Coklat Lembab

Saya share resepi dari Khairul Aming Rasapop
Tq brother!

Kali kedua buat. Anak2 memang suka. Kalau kek pisang biasa dorg tak layan.

BAHAN-BAHAN:

4 biji pisang (saya pakai 8 biji pisang kecik)
2 biji telur
2/3c gula perang
1sk baking soda
1sk baking powder
1sk esen vanila
1/3 blok butter dicairkan
secubit garam
1c tepung gandum
1/2c serbuk koko
1/2c coklat cincang (optional)

CARA MEMBUAT:

1. Lenyekkan pisang. Campur semua kecuali tepung, serbuk koko dan coklat cincang.

2. Gaul sebati. Masukkan tepung dan serbuk koko.

3. Masuk coklat cincang.

4. Gaulkan sebati. 

5. Masak 180 deg lebih kurang 45 min. Guna loyang apa2 pun boleh.

Resipi Lain: [Resipi Puding Guna 3 Bahan. Tak Guna Tepung & Serbuk Agar-Agar Langsung!]

Kek pisang coklat lembap ini tidaklah begitu sukar untuk dibuat. Boleh juga dijadikan hidangan ketika menyambut Aidilfitri nanti. Selamat mencuba!

 

IKLAN