Manalah tahu nak buat pemanis mulut untuk dibuat makan waktu minum petang nanti, bolehlah cuba resipi baharu yang tak menggunakan banyak bahan. Untuk anda yang sukakan makanan manis tapi tak mahu kerja yang rumit, bolehlah cuba resipi puding 3 bahan ini.
Caranya juga tidak sukar dan tidak memerlukan tepung atau agar-agar. Resipi puding ini dikongsikan oleh Farisha Sofea melalui akaun Facebook.
💓 PUDING BISKUT VIRAL 3 BAHAN 💓
Hari ini sy nak share resepi puding biskut 3 bahan . Ya 3 bahan je, jadi janganlah tanya, ” tak guna tepung ke ? “ ” tak letak agar agar ke ? “ ” sukatan air berapa ? ” 😂
Ikut je resepi nie okay 😄 telur tu boleh guna 4 biji je saiz standard. Sy guna 5 biji saiz D sebab tu je yang ada 😆
1. Susunkan biskut di dalam bekas dan tuangkan air suam panas sehingga paras biskut.
2. Rendam sehingga biskut menjadi kembang dan lembut tak perlu rendam terlalu lama , cukup sekadar biskut tersebut lembut sudah memadai.
3. Kemudian toskan biskut dan masukkan ke dalam pengisar bersama susu dan juga telur. Kisar sehingga semua adunan mesra. Sementara itu panaskan kukusan .
4. Tuangkan adunan ke dalam beberapa bekas dan letakkan pewarna pilihan .
Ads
#Kalau nak buat 3 warna , bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama rata dan letakkan pewarna pilihan. Setelah itu, ambil sedikit adunan dan tuangkan ke dalam loyang/acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.
5. Kukus selama 5 minit menggunakan api sederhana. Ulang proses untuk setiap lapisan warna. Lapisan yang terakhir, kukus selama 8 – 10 minit .
6. Setelah siap, sejukkan seketika adunan sebelum dipotong/dikeluarkan daripada acuan.
#Puding biskut ini sedap dimakan sejuk , jadi bolehlah diletakkan di dalam peti untuk beberapa jam sebelum dimakan. Siap , sedia dihidang 💓
Resipi puding ni mudah sangat dan boleh dibuat tanpa mengambil masa yang lama. Sesuai untuk mommies yang baru nak belajar buat manisan kerana langkahnya tidak renyah dan bahan pun tak banyak. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menyediakan makanan anak sememangnya satu percubaan yang mencabar. Apatah lagi untuk melihat keputusannya samada anak suka atau pun tidak. Namun setiap kali anak menolak makanan yang kita sediakan, janganlah cepat putus asa dan cuba lagi mencari apa yang menjadi kesukaan si kecil kita. Lalui momen indah ini dengan gembira. Kita cuba semua resipi.
15 resipi yang dikongsikan oleh Pn Nur Wahida ini buat anaknya Aidan ketika usia 8 hingga 10 bulan cukup menarik dan kreatif. Bukan hanya resipi yang mantap, gambarnya pun cukup cantik. Resipi Cucur Jagung Cheese dan Murtabak Nasi misalnya, pastinya pasti memberi kelainan pada anak. Jom cuba!
Malah gabungan menu lama dan baru yang digabungkan nampak serasi dan cukup enak. Cucur jagung dengan cheese, begitu juga dengan menu-menu hebat lain seperti sup taofu dan sebagainya. Semuanya cukup enak.
Assalammualaikum Mommies. Hari ini Mommy nak share compilation makanan Aidan 8-10 month. Yang paling penting all food #NoSaltNoSugar. Even takde gula garam kadang-kadang mami and dedi pon ngap sikit. Hahahaha.
Mula mula rebus kentang dan carrot sampai masak. Toskan. Dalam mangkuk leftover nasi tu campurkan kentang and carrot yang dah dilenyek. Masukkan juga brokoli yang dipotong halus. Brokoli tu mommy rebus/steam dulu. Next masukkan cream cheese. Kacau semua bahan hingga sebati.
Next dalam mangkuk lain, pecah telur dan masukkan sedikit lada hitam. Mixed them well. Then baru campurkan telur dalam adunan nasi tadi tu. Atas pan, panaskan minyak. Masukkan adunan tadi. Biarkan hingga masak. Baru terbalikan. Ok doneeee.
CUCUR JAGUNG CHEESE LEMBUT Memandangkan jagung ade balance. Mommy buat cucur harini. And btw aidan dia tak berapa suka cucur yang banyak tepung. Means cucur tu kenyal-kenyal dia tak suka sangat. So tadi mommy try and error la buat cucur kurangkan tepung. Tapi mommy lebihkan cheese. Masya Allah kejadiannya crunchy di luar. Lembuuitttt di dalam. Lembut gilaaa. Maybe sebab cheese lebih.
Jagung yang dah dikukus tu mommy racik-racik sikit. Dalam mangkuk, satukan jagung and tepung. Tepung agak-agak je ok. Mommy rasa dalam 2-3 sudu je tepung. Cream cheese dengan unsalted butter mommy panaskan kejap. Then campur terus dalam adunan tepung and jagung tadi. Kacau adunan hingga sebati. Letak air sikit lepastu gaul sampai adunan sekata. Ok lepastu boleh la goreng. Dah siap.
CREAMY SALMON NOODLE
Bahan-bahan
Organic Noodles
salmon
Cream Cheese
Tomato Paste
Mirepoix
Sawi Pakchoy
garlic
bawang Holand
Carrot
lada hitam
Rebus Noodle, tos dan ketepikan.
Panaskan pan dengan unsalted butter, masak salmon dahulu, agak-agak salmon dah masak, ketepikan salmon. Next guna pan yang sama, masukkan unsalted butter lagi, tumis bebawangs dan carrot, bila dah naik bau masukkan sedikit air. Kacau. Then baru masukkan tomato paste and mirepoix. Kacau hingga sebati. Masukkan cream cheese, gaul hingga mesra. Kalau rasa macam pekat sangat. Tambah air lagi. Masukkan sawi pakchoy. Kalau takde sawi. Boleh masukkan sayur lain juga. Macam brokoli ke spinch ke. Ikut availability sayur. Last sekali campurkan noodles yang kita dah rebus tadi. Tabur salmon yang kita da masak awal tadi. Ok doneee.
Terdapat 13 resipi lagi yang dikongsikan olehnya di facebook. Semuanya sedap-sedap belaka. Rasa rugi kalau tak cuba!
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Bagi penggemar roti ban, roti dengan inti krim yang penuh sememangnya membuatkan suapan ke mulut terasa lebih bermakna. Apa lagi bila inti krimnya merupakan krim yang lemak, manis dan cukup lengkap rasanya.
Inti krim homemade yang dikongsikan oleh Fierah Zulaikha ini sememangnya lain daripada yang lain. Bukan hanya berkongsi resipi inti krim pelbagai rasa bahkan turut dikongsikan dengan roti ban manis yang terlihat cukup lembut dan gebu. Hujung minggu ini apa kata anda mencuba resipi roti yang satu ini. Nampak cukup sedap!
Saya kongsikan resepi krim roti bajet. Mudah jimat. Resepi ban manis di bawah.
Bahan-bahan:
500gm marjerin pelangi atau puteri
200gm gula halus -blender halus
Sedikit esen vanila
Untuk perisa -boleh guna emulco
Untuk coklat -saya guna emulco coklat
Jagung -saya guna emulco, kordial jagung dan esen jagung
Putar marjerin dan gula hingga putih dan kembang sedikit.
Resepi Ban Manis (Resipi untuk 500g):
Telur ikut suka nak letak pun boleh, tak nak pun tak ada masalah.
Sesuai untuk semua jenis ban roti, donut, pizza.
30g marjerin
8g yis
3g magic improver
266 ml air sejuk (Air sukatan anggaran sahaja) jadi letak air sikit-sikit ikut kelembutan doh masing-masing)
Campurkan semua bahan kecuali yis dan air sejuk.
Putar sebati. Masukkan air sejuk dan adun.
Kemudian last masukkan yis dan adun hingga elastik.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!
Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).
Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.
Anak jadi pandai tidak semestinya memerlukan kelas mahal. Ketahui rahsia sebenar yang diamalkan ibu bapa untuk membantu anak membaca, belajar dengan yakin dan cemerlang di sekolah.