Kek pisang antara kek yang tak jemu di makan. Ia antara salah satu juadah yang digemari semua peringkat umur dan boleh dinikmati bila-bila masa. Jika anda teringin nak dapatkan kek pisang yang garing di luar dan ranggup bahagian dalamnya, ini resipinya.
Resipi yang dikongsikan oleh Soliha Salleh ini mesti anda cuba. Selain bahan asas yang mudah, cara membuatnya juga mudah dan pasti jadi. Tak rugi mencuba!
Bahan bahan:
-300g pisang bersamaan 6 biji pisang
(Pisang apa sahaja-tapi saya lebih suka pakai pisang berangan sebab lebih sedap)
-4 biji telur
-2 biji kuning telur
-200g gula pasir
-200g tepung gandum
-1/2sudu makan baking soda
-1/2sudu makan baking powder
-100g marjerin dicairkan
Toping
-potongan pisang secukupnya
Cara-cara membuatnya:
Lecekkan pisang berangan tadi.
Masukkan pisang dan gula 200 gram ke dalam mixer. Gulanya boleh dikurangkan jika mahu kurang manis.
Masukkan dulu 4 biji telur dan dua biji kuning telur.
Kisar pisang, gula dan telur sehingga menjadi putih.
Masukkan 200gram tepung gandum (tepung di ayak dahulu) ke dalam adunan tadi.
Campurkan 1/2 sudu makan baking soda dan masukkan 1/2 sudu makan baking powder.
Masukkan 100gram majerin yang telah dicairkan.
Kisar bahan-bahan tadi sehingga sebati.
Ok sahabat sahabat, adunan telah sebati, sekarang masukkan ke dalam loyang kek. Letak baking paper terlebih dahulu sebelum masukkan aduan tadi.
Sebelum masukkan kek ke dalam ketuhar, panaskan selama 10 minit. Ini basic ya semua baker kena tahu. Masukkan adunan ke dalam ketuhar. Bakar selama 30 minit. Selaraskan suhu 160 darjah celcius. Menggunakan api atas dan bawah.
Ini topping yang saya guna untuk bahan hiasan. Nice kan. Kalian boleh sahaja menggunakan topping lain seperti cip coklat. Ok untuk letak topping ni, kena keluarkan kek dahulu dari ketuhar setelah 15 minit dibakar. Susun topping seperti di atas.
Bakar semula kek setelah siap dihias.
Tadaa..kek dah masak..tak sabar pula nak makan.
Kalian boleh potong mengikut topping seperti gambar di atas.
Nampak sedap sangat. Moist di dalam, ranggup di luar.
Selamat mencuba
Kredit: Soliha Salleh
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI