Kek Pisang Tambah Berat Anak, Nak Buat Pun Semudah ABC

Share

Mencari snek yang sihat, lazat dan mudah untuk anak-anak? Ibu-ibu boleh cuba Eggless Banana Raisin kek, satu pilihan snek yang sesuai untuk kanak-kanak, terutama yang mempunyai alahan telur atau yang sedang dalam pemakanan seimbang. Resepi ini menggunakan bahan semula jadi, rendah gula, dan padat dengan khasiat dari pisang dan kismis.

Bahan-bahan:

  •  pisang

  • kismis

  • serbuk penaik organik

  • minyak masak

  • susu penuh krim

  • tepung gandum unbleached

Cara penyediaan:

  • cincang halus kismis
  • kupas 1 biji pisang pilihan (dah masak)
  • lenyekkan pisang tersebut sehingga hancur
  • Masukkan kismis yang telah dicincang tadi dan gaul sebati
  • masukkan minyak masak 3 sb kedalam dan
  • masukkan 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • masukkan tepung gandum unbleached
  • tuang susu krim penuh 1/4 cawan sehingga adunan lembut
  • isikan bancuhan adunan separuh atau 3/4 aluminium cup
  • hiaskan dengan buah pisang yang dipotong nipis dan kismis
  • bakar pada suhu 150 darjah, api atas bawah selama 25 minit
  • Tadaaa! Dah siap menu untuk snacking
    anak. Mudah kan?

Boleh juga tonton versi video kalau nak lebih mudah faham!

 

Published by
Syaza