Tak lengkap kita beraya tanpa sajikan kek buatan sendiri. Bosan dengan kek marble biasa, apa kata raya kali ini kita cuba Kek Marble Orange pula. Hanya gunakan sedikit pewarna dan perasa sunquick. Cukup sedap.
Paling senang bila chef masakan popular Azlina Ina gunakan tepung magic viralnya. Cukup mudah. Jom cuba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpantang dimusim PKP ini sebenarnya tidak mudah. Jika sebelum ini kita dibolehkan untuk merentas negeri untuk pulang ke kampung berpantang bersama emak tetapi kini tidak lagi. Semuanya perlu dilakukan sendiri dengan bantuan suami.
Air tangan suami ketika pantang tidak kurang hebatnya. Perkongsian Pn Aida Haruddin yang berpantang sendiri dan hanya diuruskan suami ini memang terbaik.
Menunya simple tapi semuanya sedap-sedap belaka. Siap lengkap dengan protein, sayur dan buah-buahan yang baik untuk memulihkan semula tubuh. Jom intai menu-menu sedap yang dikongsikannya.
“Antara menu berpantang saya. Pantang pkp seronok, tak stress. Semua suami masakkan semua saya makan.
“Alhamdulillah tak ada kembung ke sakit urat ke, susu pun banyak. Czer kali kedua. Yang 1st dulu pun pantang sendiri. Alamak banyaknya saya kena edit.
“Kat sini saya tak pantang ikut cara orang tua. Ada sayur sejuk, sayur panas, sayur kembung, telur bentan, cili berak la semua, semua saya makan.
“Yang baik boleh ambil, kalau rasa tak nak ikut tak perlu ikut ya. Anda berhak memilih. Saya Alhamdulillah dua kali berpantang sendiri sihat tak pernah tahu kembung, bentan tu apa, anak-anak saya pun ok tak meragam,” kongsinya.
Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Apa yang penting adalah pemilihan sayur yang segar dan berkhasiat untuk mengembalikan semula tenaga selepas kehilangan banyak tenaga selepas bersalin.
Bagi mama yang bakal berpantang, boleh intai resipi dan idea menarik yang dikongsikan. Terbaiklah!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak pikat selera anak-anak memang kena selalu bereksperimen dalam masakan. Tapi lama-lama boleh naik buntu juga tak ada idea apa lagi yang hendak dimasak untuk penuhi selera si kecil tersayang.
Perkongsian resepi oleh Puan Nor Hazlina Othman ini mungkin boleh dijadikan idea untuk bekal anak-anak. maklum sahaja minggu depan semua dah mula sekolah. Nak buat pun cepat anak pun kenyang.
Dah buntu nak buat breakfast untuk kids?
Tadaa! Terhasil lah ROTI BAKAR CHEESE LELEH PADU!
Boleh lah buat bekal sekolah tak lama lagi ni. Buat pun cepat jer. Kenyang pun kenyang
Mama Ina ada share resipi. Ada yang nak cuba buat boleh la buat nanti. Senang jer, semudah ABC githeww.
Dipersilakan share untuk reference korang?
BAHAN-BAHAN
****************
1@2 biji telur
2 keping roti putih gardenia
2 keping cheese
1 sudu susu pekat manis
Minyak masak
CARA-CARA
**************
1. Pukul telur dgn susu pekat sehingga kembang.
2. Panaskan frying pan dengan sedikit minyak (just tak nak bagi melekat)
3. Masukkan telur and gerakkan kuali supaya telur tu nipis and besar (dapat balut roti)
4. Bila telur separuh masak letak cheese dan roti.
5. Balut roti dengan telur then balikkan.
6. Ermm dap dap makan panas panas and cheese still meleleh lagii!. Wajib korang toraii. Makan satu mesti tak cukup.
Bosan menikmati sajian nasi setiap hari, apa kata bawakan ayam panggang terkenal, Nando’s ke rumah dengan cuba menyediakan nya sendiri untuk anak-anak.
Sos masam dan pedas yang dikongsikan oleh doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ini memang nampak menyelerakan. Nak buat pun nampak cukup mudah. Jom cuba ikuti resipi yang dikongsikan olehnya.
Apa kata kita masak resepi ayam dari Afrika Selatan. Pernah makan ayam Nando’s? Ya, kita masak Ayam Peri Peri macam dekat Nando’s tu. Kita buat sos dia sekali!
Bahan-bahan: (2-3 orang)
½ ekor ayam
1 biji tomato
3 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
½ biji bawang merah /Holland
2 sudu serbuk paprika/cili
1 biji lemon
1 cubit oregano
1 cubit parsli
2 sudu minyak
Garam dan gula secukup rasa
Saya guna ayam bahagian pinggul dan peha. Jika nak diet gunakan bahagian dada ayam, ambil isi dia sahaja. Bersihkan dan tos air sampai kering.
Sementara tunggu ayam ditos. Kita sediakan bahan-bahan untuk buat perapan ayam. Jika nak pedas, lebihkan cili merah, atau tambah cili padi.
Bakar bahan-bahan untuk dapatkan aroma smoky. Tu bukan terhangus, tapi memang sengaja dibakar sampai macam tu. Jika tak nak bakar, celur bahan-bahan sampai lembut.
Lepas bakar, masukkan dalam pengisar. Letak oregano, parsli dan serbuk paprika. Kalau tak ada paprika, guna serbuk cili pun boleh.
Perah separuh lemon. Saya tak ada lemon, jadi saya gantikan dengan limau nipis.
Masukkan minyak 2 sudu. Boleh guna minyak zaitun, minyak sawit, minyak jagung, dan sebagainya. Letak garam dan gula secukupnya, dan kisar sehingga halus.
Tuang bahan kisar ke atas ayam. Perap ayam selama 1-2 jam dalam peti ais agar ramuan meresap ke dalam isi ayam.
Di Nando’s, ayam dibakar atas api. Di rumah kita bakar dalam ketuhar sahajalah. Tapi untuk dapatkan kesan “bakar”, kita bakar atas kuali dulu. Kalau nak bakar atas kuali macam ni sampai masak pun boleh.
Bakar dua-dua belah. Sementara bakar ayam atas kuali panaskan ketuhar dahulu ke suhu 180°C.
Dah ada kesan bakar, boleh angkat ayam dan letak atas dulang pembakar. Alas kertas minyak supaya mudah nak bersihkan dulang nanti.
Kelar ayam, dan masukkan dalam ketuhar. Set oven pada 180°C, bakar selama 30 minit jika oven ada setting convection.
Jika tak ada setting convention, bakar lama sikit. Dalam 45 minit. Jika tak cukup lama, nanti dalam dia tak masak.
Sementara tunggu ayam dibakar. Kita sambung buat sos peri peri. Bahan perapan tadi, kena tambah air dan ditapis. Kalau tak tapis, nanti sos berketul-ketul.
Cantik warna sos peri-peri ni, kan? Panaskan. Tambah garam dan gula secukupnya. Sos ni patut rasa pedas, dan masam. Kalau tak cukup masam, perah lebihan lemon tadi. Limau nipis saya dah habis, jadi saya tambah cuka untuk tambah masam.
Rasa dah OK, tapi sos ni kurang likat, jadi saya pekatkan dengan tepung jagung. Sos likat baru melekat pada ayam.
Yeya ayam dah siap bakar! Bau ayam, bau sitrus memang mengancam. Semerbak bau dia bila keluar dari ketuhar.
Semasa saya siapkan ayam. Isteri saya buat coleslaw dan goreng kentang. Coleslaw tu dia buat dengan kobis, lobak merah, bawang, mayonis, garam dan lemon. Eh, ada lemon? Biasalah kalau suami cari mesti tak jumpa. Kena isteri juga cari.
Hidang cantik dalam pinggan. Paduan ayam yang di tuang sos peri-peri yang pedas, dan coleslaw yang lemak dan sejuk, memang menyelerakan. Kentang tu pun sedap cicah dengan sos peri-peri.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!